BAB 11

340 24 2
                                    

"Hah?! Ape doktor cakap ni? Biar betul! Cuba doktor check nama tu lagi sekali?"

"Ye memang dah betul nama tu...cuba puan tengok kat sini. One of the psychiatrist tulis nama ni. Sampai dia eja nama tu..."

lalu fail laporan Hafez diserahkan kepada Datin Nur Imani. Alangkah terkejutnya apabila mendengar nama itu! Nama yang paling dibenci. Nama yang diharap agar tidak akan muncul lagi dalam hidupnya dan anaknya. Nama yang kalau boleh hendak sahaja dihapuskan!

Tetapi malangnya, dah memang betul tu namanya. Selepas itu, fail diserahkan kepada doktor Haikal, dengan muka sedih dan letih. Letih menghadapi segala ujian ini.

"Beginilah, saya cuma nak nasihatkan satu je. Andai kata kalau puan tak dapat orang ni, puan boleh cuba cara lain. Seperti tunjuk segala gambarnya, dan mengingatkan tentang memori lamanya, slow by slow...and one more thing, puan kena jaga Hafez betul-betul..jangan bagi dia dekatkan orang yang dia tak suka atau benci. It will affect his mental health."

"Ermm, doktor..macam mane saya tau orang yang dia benci? Rasanya dia takkan ingat lagi..."

"Okay..beginilah...since Hafez dah sedar, his mind is completely empty. Dia tak tau ape-ape lagi. Jadi...if his expression changes when he sees a specific person, hah tu lah orang yang dia tak suka. Contohnya, sekarang saya masuk dalam wad Hafez...dan bile expression mukanya tukar jadi tegang, dingin dan marah...hah maksudnya dia tak suka saya lah. So, I should stay away from him..coz it will affect his mental health. When mental health is affected, chances untuk pulihkan Hafez akan berkurang. Kita kena sentiasa bagi dia happy and chill. Jangan bagi dia marah atau nangis..puan faham?

Fuhh! Nafas lega dihembus oleh Doktor Haikal apabila dia dapat menerangkan tentang keadaan Hafez..walaupun panjang lebar! Rasanya boleh tulis karangan kut!

"Ermm..baiklah doktor. Thank you for the explanation. Boleh saya tengok Hafez sekarang?"

"Yes ma'am, sure"

Lalu Datin Imani beredar dari situ sambil mengelap air mata yang laju mengalir di pipinya. Sungguh, dia tak pernah sekali terfikir tentang semua ni! Tetapi, perasaan marah muncul lagi apabila teringatkan Amiesya, yang dari tadi mendiamkan diri dalam bilik doktor.Laju kakinya melangkah ke arah wad anaknya..dengan hati yang sedang berdebar...

Di bilik Doktor Haikal...

"Amiesya, awak ok tak?"

pelik pula rasanya apabila dia hanya mendiamkan diri tadi. Satu soalan pun tak tanya pasal Hafez...tak sayang suami ke ni??

"Huh? Ermmm..saya ok je Haikal...cuma..saya agak kecewa.."

"Eh..kenapa pulak ni?"

"Takdelah....ingatkan...sayalah orang yang Hafez ingat..rupa-rupanya..Mia.."

"Hmmm..ye..saya pun agak terkejut bile dia sebut nama Mia. Sampai dia eja nama si dia tu."

"Haikal, saya risau sangat. Bukan ape..kalaulah Hafez ingat kat saya, bolehlah saya tebus segala dosa kepadanya...saya dah banyak berdosa dengannya Haikal! Ye..memang saya bersyukur..sebab Hafez made it out..but, he just remembers Mia..his one-sided lover!"

"Hmm..saya pun agak risau jugak Amy..tapi takpelah..ni maknanya Tuhan sedang uji awak...and this means Tuhan sayangkan kau. All you have to do is..berdoa..just seek for His guidance..don't worry, everything will be fine,Amy..."

"Well, thank you Haikal. Anyways, I'll get going first okay? Assalamualaikum."

"Walaikummusalam. Take care..."

dengan senyuman yang diukir di bibirnya, Amiesya beredar dari situ...dan menuju ke wad suaminya. Makin lama degupan jantungnya semakin kencang...

Selepas beberapa minit, kini dia berada di depan wad Hafez,suaminya. Dengan bacaan bismillah, dia pun menolak daun pintu di depannya lalu memberi salam.

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now