"Amiesya? Amy? Bangun lah Amy. Ni...aku ade datang ni. Bangun lah"
lalu bahu Amiesya ditepuk beberapa kali untuk mengejutkannya. Melihat keadaan Amiesya yang sangat lemah, dia pun tak sampai hati nak kejutkan dia. Cuma...dia hanya nak dengar kejadian sebenar.
Selepas mendengar suara yang agak dikenali, matanya mula membuka perlahan-lahan dan melihat orang yang duduk di sebelahnya. Lalu air mata mula mengalir di pipinya. Bukan air mata kesedihan, tetapi air mata kegembiraan.
"Zara! Bile kau sampai ni? Dah lama tak jumpa kau nii! Ya Allah! Rindunya kat kau!!"
lalu kawan baiknya dipeluk erat. Selepas berkahwin dengan Hafez, Zara pun sudah berkahwin...tetapi dia menginap di rumah suaminya, yang terletak di luar negara. Dah nama kawan baik, mestilah rindu kan?
"Aku baru je sampai, lepas dengar news yang Hafez accident. Aku pun dah lama tak jumpa ngan kau! Mestilah aku pon rindu kat kau! Ni Amy...macam mane Hafez boleh accident? What happened actually?! Kau tau tak aku dah panik lepas dengar cite camtu?"
A..a..aku tak t..t..tau lah wei. Masa tu aku baru je nak balik rumah, tibe-tibe, aku tengok ade ramai yang berkumpul kat satu tempat ni. Aku pon...tak sedap hati, diorang kata ade kes langgar lari. Lepas aku tengok, mangsanye..Hafez! Aku terus masukkan die dalam hospital. Dah dua hari aku tunggu kat sini...a..a..aku risau!"
"Dah, kau relax dulu. Ni aku tengok kau pon...cam mayat yang hidup! Muka kau pucat, bibir kau dah kering..kau dah makan ke ni?"
"Suami aku dalam keadaan kritikal... Macam mane kau boleh expect aku nak makan bagai?! Aku dah banyak berdosa dengan dia...Aku takut..it'll be too late! Aku takut wehh!!"
"Hah! Tau pon takut! Tau pon kau dah banyak berdosa dengan dia!! Sekarang tengoklah! Apa akibatnya!"
Dari entah mana, muncullah Datin Nur Imani di depannya. Melihat muka mertuanya yang agak tegang, bulu roma Amiesya mula meremang. Sejak Hafez dimasukkan ke hospital, Datin Nur Imani tidak langsung menegur dirinya. Malah, hanya merenung dan menjeling ke arahnya sahaja!
"Aunty, aunty banyak bersabarlah ye? InshaAllah, Hafez will be alright. Aunty doakan yang terbaiklah untuk anak auntie..."
Zara pulak tak sampai hati nak tengok kawan baiknya dimarahi oleh Datin. Sebab itulah dia pula terpaksa menyampuk.
Lalu Datin Nur Imani beredar dari situ. Hatinya semakin panas melihat Amiesya yang hanya mendiamkan diri.
....
Selepas 1 jam...
"Datin Nur Imani, Ameisya Azmi?"
lalu mereka menoleh ke arah jururawat yang memanggil nama mereka. Mereka pun menuju ke arah jururawat tersebut dan menanyakan tentang keadaan Hafez.
"Puan, sabar dulu ye? Ni..doktor ada panggil puan. Kalau nak tanya pasal pesakit, boleh tanya kat doktor ye?"
lalu senyuman diukir di bibir jururawat tersebut. Kesian pula melihat kedua-dua ibu dan isteri...yang setia menunggu untuk mengetahui keadaan pesakit tersebut.
Selepas itu, Datin Imani dan Amiesya masuk ke dalam bilik doktor itu. Hati masing-masing sedang berdebar...untuk mengetahui keadaan Hafez dengan lebih lanjut...
"Okay, the following results show that Hafez takde cedera teruk di bahagian badan, cuma...seperti saya dah bagitau tadi, disebabkan hantukan di bahagian kepala Hafez kuat sangat...Hafez sedang mengalami amnesia...tapi lepas session psychiatrist session, we asked him a few questions. Alhamdulillah, dia ada ingat sikit memori lamanya dan ada seorang yang dia ingat...maybe we can seek that person's help to cure him..."
"Ermmm..boleh saya tau siapa orang tu?"
soalan dilemparkan kepada doktor tersebut. Sedih juga hati Amiesya apabila teringatkan keadaan suaminya sekarang. Dalam hatinya, dia berdoa agar orang yang Hafez ingat adalah dirinya sendiri. Bukan apa, dia hanya nak tebus segala dosanya terhadap suaminya selama ini.
"Okay...nama yang disebut oleh Hafez adalah..."
ayat doktor Haikal tergantung di situ apabila sedang meneliti fail laporan Hafez...untuk mendapatkan nama yang disebut Hafez. Selepas itu, Doktor Haikal pun memberitahu nama tersebut kepada Datin Imani dan Amiesya.
"Mia Fateha binti Dato Fairuz"
HEHEHEHEHE...KESIAN KAN HAFEZ? DAH CEDERA KAT BAHAGIAN BELAKANG KEPALA DIA..
TAPI...DIA INGAT MIA JE?!!
HAH..LEPAS NII..TUNGGU UNTUK NEXT CHAPTER OKAYY??
DAN SAYA NAK MINTA MAAF SEBAB LAMBAT UPDATE...
LEPAS NI..KALAU BOLEH SAYA AKAN UPDATE BAB-BAB SETERUSNYA SECEPAT MUNGKIN YE?
AND JGN LUPERR VOTE AND KOMEN!
#STAYHOME
#STAYSAFE! :)
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomanceMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...