"Mama, Amiesya pergi dulu eh? Assalamualaikum!"
dijerit Amiesya kepada ibunya lalu menuju ke arah kereta milik mamanya. Harini, mamanya tak jadi nak hantar Amiesya ke sekolah kerana mengalami demam dan sakit kepala. Walaupun Amiesya risau tentang keadaan mamanya, dia terpaksa pergi ke sekolah. Kalau tidak, hmmmph, siap ibunya memberi ceramah pagi-pagi ni!
Selepas 30 minit,
"Baiklah pak cik, Amy pergi dulu ye? Pak cik... suruh buah hati pakcik tu, jaga mama elok-elok."
"Alah Amy ni...janganlah buat pakcik blush..kang tak pasal-pasal pipi pakcik dah merah pagi ni! Hahahaha"
"Waduh! Pakcik ni! Cakap pasal buah hati pon nak blush! Yelah, Amy dah nak lambat ni! Jaga mama elok-elok tau!Amy pergi dulu ye?Assalamualaikum!"
"Yelah Amy....Walaikumussalam!"
lalu kereta yang dipandu pakcik Yusof berlalu dari situ. Dari kecil sampailah sekarang, Amy sentiasa dilayan macam anaknya sendiri. Amiesya pun, sentiasa mesra dengan pakcik Yusof. Sejak kehilangan ayahnya, pakcik Yusoflah yang menjaga Amiesya, bermain dengan Amiesya dan sebagainya.
Dengan senyuman yang lebar, pakcik Yusof memandu kereta tersebut...nak jumpa buah hati lah tu!
Di kelas 4 Bestari...
"Hi Hafez! Selamat pagi!"
sengaja suaranya ditinggikan supaya Hafez akan bangun dari mimpinya. Hafez pun tersentak lalu...
"Selamat pagi,cikgu!"
semua murid-murid dalam kelas 4 Bestari ketawa tak berhenti! Amiesya di sebelahnya pun dah ketawa terbahak-bahak. Apabila dia sedar yang cikgu belum pun masuk kelasnya, muka Hafez mula berubah...dingin! Hah! Setelah melihat muka Hafez yang sudahpun berubah dingin, semua murid telah berhenti ketawa dan duduk di tempat masing-masing. Selepas itu...
"Oii, mak cik! Mak ayah kau tak ajar kau ke untuk bagi salam dulu?!"
dijerkah begitu kepada Amiesya. Suasana di kelas pun berubah menjadi tegang. Tetapi...
"Alah, rileks bro! Fine, kau nak aku bagi salam an? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hah, puas?"
lalu meletakkan beg berwarna hitamnya sebelah meja sambil duduk di sebelah Hafez yang mempunyai jarak antara mereka. Mestilah, nak jaga ikhtilat!
Hafez pun mengambil tempatnya dan mengambil buku-buku yang penting untuk kelas pertama sambil menggeleng kepalanya. Dah sebulan mereka berkawan, tidak sekali pun Amiesya takut dengan jerkahannya. Padahal, semua murid di kelasnya takut pada dirinya...dia sahaja yang tak takut...fearless konon!
Bagi Hafez, hari yang dijalankan di sekolah sebelum kedatangan Amiesya memang bosan yang teramat! Sehinggalah pada satu tahap ni...dia hampir pindah sekolah. Tetapi sehari selepas dia berjumpa dengan Amiesya, semuanya berubah. Ada orang yang chill, cool dan tidak takut kepada dirinya. Selepas itulah, dia berkata bahawa dia tidak mahu memindah sekolah. Semuanya disebabkan Amiesya. Dia sedar..selepas kedatangan Amiesya dalam hidupnya, semuanya bukan seperti biasa...
Amiesya sedar yang dirinya sedang direnung oleh Hafez. Lalu...
"Assalamualaikum, Hafez oii!!"
dijerit kepada kawannya yang satu tu. Hafez tersentak buat kali kedua dan membetulkan kedudukannya kepada posisi asli. Nak cover lah tu!
"Oii, yang kau renung aku cam nak telan aku ni kenapa? Aku tau lah diri aku ni cantik, comel...tapi tak yah lah nak renung camtu. Rimas lah!"
"Eh eleh, banyaklah kau! Cantik konon! Amrya Rosli lagi cantik lah daripada kau!"
"Eh, ape bezanya? Nama 'Amrya' pon ade 'Amy' tau! Jadi..ape bezanya? Sama je kan?"
Hah! Setepek kena! Tu lah kau Hafez! Sibuk sangat usik die...karang kau yang kena, bebel dalam hatinya. Tetapi, tidak boleh dinafikan yang sebenarnya Amiesya tu cantik dan comel. Dengan matanya yang besar dan berwarna hijau, hidungnya yang mancung serta bibir yang cantik terbentuk. Wajahnya pun sentiasa cerah, dengan pipinya yang montel tu. Kalau ada orang yang melihai si dia ni mesti hatinya dah tenang.
Di perhentian bas...
"Weii..aku nak cakap sikit ni. Dengar tau"
muka Hafez mulalah menjadi tegang. Ni lah Amiesya yang paling benci, asyik tukar mood je! Tapi, dia sendiri takut jugalah tengok muka tegang Hafez...tapi, hensem! Hehehe...
"Ape benda? Cakap ah. Aku dengar."
"Hmmm..sebenarnya, aku nak minta maaf pasal semalam se..."
"Minta maaf? Buat ape?"
"Oii makcik! Tunggu dululah! Aku belum habis cakap lagi!"
"Hah? Yelah yelah..."
"Aku nak minta maaf kat kau dan mak kau sebab dulu...mak aku pernah sakitkan hati mak kau kan? One month before? Aku wakilkan mak aku...sorry eh?"
"Ohh..pasal tu..baru je nak minta maaf? Dah sebulan kot?"
"Memang dah sebulan..tapi aku baru teringat pasal tu..sorry eh? Maafkan lah ye?"
Melihat Hafez yang membuat muka merayu, Amiesya mencuba sedaya upaya untuk menahan gelak. Kelakar, tapi...comel!
"Dah...aku ngan mak aku dah lama maafkan lah pasal tu! Stop buat muka cam tu weii..aku dah tak boleh tahan gelak!"
lalu Amiesya pun ketawa sepuas hatinya. Melihat Amiesya yang ketawa macam orang hilang ingatan, dia pun turut ketawa. Kelakar juga eh dia ni...bermonolog dalam hatinya. Sama-sama mereka ketawa...menghiraukan pandangan orang-orang sekelilingnya.
Tetapi, mereka tidak sedar...ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka dari jauh dengan perasaan benci yang teramat...
HAH...ITU SAHAJA UNTUK BAB 4..CAMNE? OK TAK?
KALAU TAK..BLH KOMEN..
DAH MESRA EH..HAFEZ NGAN AMIESYA NI..BAGUS II...HEHE
TAPI..SIAPA PULAK YANG PERHATIKAN MEREKA??
SEMUANYA TERJAWAB DALAM BAB-BAB SETERUSNYA..
ANYWAYS...JGN LUPERR VOTE DAN KOMEN..
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomanceMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...