"Mak?Mak okay tak ni?"
Terkejut Datin Erina apabila dipanggil oleh si anaknya. Lamunannya terus terhenti. Lalu anaknya dipandang dan memberikan senyuman yang manis agar anaknya tidak menyesyaki apa-apa.
"Ah?Mmm..mak okey je ni. Well...Hafez,terima kasih ye sebab tolong Amiesya ni. Yelah...dia ni penakut yang teramat.Hehehe..."
Terus cubitan yang dihadiahkan kepada mamanya apabila memalukannya depan Hafez begitu. Patutkah mama malukan aku cam ni?!Hmm..balik umah..siap mama!" bebelnya dalam hati.
"Ouch! Sakitlah sayang! Hmmm...anyways,Hafez...auntie nak tanya boleh?"
soalan itu dilemparkan kepada Hafez sambil menahan sakit akibat cubitan Amiesya.
"Tanya je lah auntie."
"Ermmm..sebenarnya..boleh auntie tau siapa ibu Hafez? Sebab salah satu kawan auntie ni..matanya exactly warna ni..warna amber."
Erk..apa kes tiba-tiba tanya siapa ibu aku ni? Pelik doh! Hmm.takpe lah...jawab je Hafez.Pelik pula buat Hafez apabila ditanya soalan itu.Tapi buat macam mana? Kena jawab juga kan?
"Nama ibu Hafez..Nur Imani...kenapa auntie?Any problem?
Terlopong mulut Datin Erina apabila mendengar nama yang disebut oleh Hafez tadi. Nur Imani...musuh sekolah rendah dan menengah!! Patutlah mata berwarna amber. Tuan punya badan pun sama, mata amber! Waduh...kecilnya dunia ni! mengeluh dalam hatinya
Tidak sampai 2 minit,muncullah sebuah kereta Mercedes Benz berwarna putih berkilat di hadapan sekolah. Lalu seorang wanita keluar dari perut kereta, dengan pakaian yang cantik bergaya dan berjalan menuju ke arah Hafez.
"Hafez...sorry ye sayang sebab mama datang lambat ni. Tadi mama ada urusan..."
Selepas itu, Datin Nur Imani tidak dapat meneruskan kata-katanya tadi selepas melihat wanita yang sama berusia dengannya di hadapannya. Terkejut yang teramat! Ye lah, dah 10 tahun lebih kot! Tup tup...semua dah dewasa, mula bekerja dan siap ada anak lagi!
"Well, lady...are you shocked jumpa I lagi?"
Datin Nur Imani hanya berdiri kaku,tanpa sebarang pergerakan. Jumpa lagi dengan musuh lama kot! Siapa je tak terkejut? Lagi-lagi, anak musuh sama sekolah dengan anak sendiri. Uishh..seram wehh!
"Well..ehemm..memang I terkejut! Tiba-tiba you muncul lagi depan I ni! Well, how's life going? Aku tengok kau...pakaian kau, beg kau semuanya bersederhanaan je? Kenapa, takde duit nak beli ke? Suami kau tak mampu? Bankrap? Dah jadi isteri Dato' pun..kesian I tengok you ni."
Datin Erina hanya bersenyum.Tenang sahaja mukanya. Dia tidak mahu buat kecoh di tempat sekolah.Dari dulu sampailah sekarang...memang mulut Imani tak pernah ada insurens langsung! Nak cakap pun..memang nak menyakitkan hati orang je.
Walaupun muka mamanya hanya tenang, tetapi tuan punya badan? Hah..memang tak lah! Panas hatinya apabila diri ibunya dipandang rendah. Terus dia menjawab...walaupun ia sikap kurang ajar.
"Ewah ewah! Ringannya mulut auntie cakap macam tu! Auntie ingat mama saya macam auntie ke? Nak tunjuk harta semua? Walaupun kami berkemampuan, tak ingin lah nak tunjuk harta,wang semua! And one more thing, auntie jangan mak berani sangat nak cakap buruk pasal ayah aku ye? Auntie memang takde hak dan tak layak pun nak cakap sebegitu. Dah lah, saya malas nak bertengkar...jom lah mama!"
lalu Amiesya menarik tangan ibunya untuk beredar dari situ. Makin lama melayan, makin lama sakit hati pulak dah. Datin Erina hanya bersenyum dan membiarkan perlakuan anaknya itu. Mesti Imani dah panas hati...bagus lah tu! Biar padan muka! ibu Amiesya mula bermonolog dalam hatinya.
Hmmph!Mak pun sama, anak pun sama! Keluarga tak guna langsung! Datin Nur Imani mendengus dalam hatinya. Terus dia memimpin tangan Hafez dan beredar dari situ juga. Hafez dari tadi melihat percakapan Amiesya hanya berdiri kaku. Dalam hati, dia sudahpun memuji gadis itu. Boleh tahan juga eh dia ni...ingatkan lemah lembut! Rupanya keras juga! Hafez hanya mampu berkata dalam hati.
Di rumah Datin Erina...
"Mama kenapa mendiamkan diri je masa auntie tu cakap macam tu? Suka hati mak cik dia je nak cakap buruk cam tu! Ingat kita ni ape hah?!Anyways...siapa auntie tu ah? Kurang ajar betul!"
Amiesya sudah pun bermula berbising setelah balik dari rumah. Naik geram pula dia apabila teringatkan peristiwa tadi. Boleh pula mama dia ni menahan sabar.
Melihat anaknya suadah mula berbising, Datin Erina mengeluh kecil dan membuka mulutnya untuk menjawab soalan yang ditanya oleh anaknya.
"Auntie tu sebenarnya musuh mama masa sekolah rendah dan menengah."
Tenang sahaja suara Datin Erina apabila menjawab. Laju Amiesya memandag ibunya yang duduk di sofa. Musuh? Musuh sekolah? Apa cite ni? Pelbagai jenis soalan mula ligat berfikir dalam otaknya.
"Musuh? Maksud mama?"
" Ya Amy, Imani tu musuh masa mama belajar dekat sekolah rendah dan menengah. Kitorang selalunya gaduh untuk mendapat tempat pertama dalam pelajaran.Macam battle fight lah. Masa SPM, kitorang ada buat cabaran siapa akan dapat straight A's...pastu dalam battle ni pula, alhamdulillah, mama dapat straight A's dan dia dapat 9 A's je...sebab tu sampailah sekarang..dia tu tak puas hati."
Peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu pendek diceritakan kepada anaknya hanya dengan 4 ayat. Tetapi, dia tetap merahsiakan sesuatu yang amat penting tentang Datin Nur Imani. Dia tidak mahu mengungkit pasal itu lagi. Hanya bazir air mata sahaja.
Melihat muka mamanya yang kelihatan sayu,Amiesya terus mendiamkan diri. Dia tidak mahu meneruskan hajatnya untuk menanyakan soalannya. Laju dia meminta diri daripada ibunya untuk masuk dalam biliknya. Datin Erina hanya mengangguk dan bersenyum.
Di rumah Datin Nur Imani,
"Mummy kenapa ibu cakap camtu kepada ibu Amiesya?Tak baik tau sakitkan hati orang.Mummy yang ajar Hafez jangan buat macam tu. Mesti dia sakit hati kan?"
Hafez pula mula memberi ceramah kepada ibunya yang dari tadi mendiamkan diri. Tak selesa pula buatnya apabila ibu Amiesya diperlakukan begitu tadi.
Setelah mendengar suara anaknya, lamunannya terus terhenti. Tapi, dia sempat menangkap soalan yang ditujukan kepadanya tadi. Lidahnya kelu untuk menjawab. Walau bagaimanapun, dia terpaksa menjawab...kalau tak...Hafez naik bengang!
"Ibu Amiesya tu sebenarnya musuh mama masa sekolah rendah dan menengah"
Tenang sahaja suara Datin Nur Imani. Tetapi, terselit juga perasaaan sebak dalam suaranya.
Melihat muka ibunya yang sedih dan kepenatan, Hafez membawa masuk ke dalam bilik ibunya. Dia tidak mahu meneruskan soalannya, takut nanti keadaan ibunya makin teruk pula. Kesian pula ibunya, dari pagi sampailah sekarang, kerja,kerja,kerja! Suruh rehat, degil sangat! Sejak kehilangan ayahnya, ibunya makin bekerja keras...demi keselesaan dirinya dan anaknya yang satu itu.
Tetapi...musuh? Kenapa pula musuh? Apa yang terjadi?Arghh..serabut kepala otak aku ni! lalu mukanya diraup beberapa kali. Dia tidak mahu mengetahui tentang kisah silam ibunya, yang mungkin perit untuk diceritakan.
Kerana dia tahu, apa yang berlaku semuanya pada masa dahulu, bukan seperti biasa...
PART YANG PALIIINGGGG BOSANNN!!AHAHAHAHAHA....
TAPI, KENAPA DATIN NUR IMANI SEBAK BILA CAKAP CAMTU EH? APA YANG SEBENARNYA JADI NI? DAN KENAPA DATIN ERINA MERAHSIAHKAN SESUATU KEPADA AMIESYA?
APA YANG DIRAHSIAKAN?
SEMUANYA DALAM BAB-BAB YANG AKAN DATANG..
JGN LUPERR NK VOTE TAUU..
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomansaMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...