BAB 17

281 21 5
                                    

"Berapa kali saya nak bagitau kat puan? Jaga dia elok-elok! Jangan sesekali buat dia stress! Kenapa, puan tak dengar ke nasihat saya? Disebabkan kecuaian korang, kemungkinan BESAR Hafez akan kembali ke critical condition. Lepas ni, semuanya dalam tangan Tuhan..."

"Tapi doktor..."

"Dah, puan. Kalau puan nak jumpa anak puan, silakan. But just don't disturb him. Okay?"

"Ermmm...baik doktor. Assalamualaikum."

"Walaikummusalam"

Dan selepas itu, Datin Nur Imani beredar dari situ sambil menyeka air matanya yang gugur. Dia tak dapat menahan kesedihannya selepas melihat keadaan anaknya yang kini berada di tahap kritikal.

Tetapi, Amiesya sahaja yang belum keluar dari bilik doktor Haikal. Melihat Amiesya yang berduduk kaku di depannya...

"Yes, Puan Amiesya? Anything else?"

"Ermm...sebenarnya..boleh saya tahu macam mana suami saya jadi macam ni?"

"Okay, since puan sedia dengar, I will tell you. Masa Hafez dimasukkan dalam hospital ni, saya dah lama bagitau puan kan tentang keadaannya kan? Tapi sekarang ni, dah satu tahun tapi dia masih tak dapat cam sesetengah orang. Tapi puan kena faham, he is in his recovering stage. Tahap pemulihan. Maksudnya, dia tengah start ingat beberapa orang dalam hidupnya. Last time dia datang hospital ni pun, he seems friendly to me. He looked fine Ameisya, it's just that, dia tak boleh strain himself. Dia kena banyak rehat masa ni juga. You know what I mean right?"

"Yes, doktor..."

"Hah, tu lah masalah dia. Don't make him stress. Kalau dia nak ingat segalanya pun...he can't! He should move slow by slow..."

"Saya faham, doktor.."

"Baguslah kalau puan faham...kalau puan nak jumpa Hafez pun boleh juga. But as I said, don't disturb him."

"B..b..baik doktor. Saya pergi dulu ye? Assalamualaikum."

"Walaikummusalam."

Selepas salam dijawab. Amiesya pun berlalu dari situ, meninggalkan doktor Haikal bersendirian dalam biliknya, Tapi...

"Erghh!! Amiesya!!! Kenapa kau kena risau sangat dengan si Hafez tu hah?! Aku kan ada??!! Sial lah kau Hafez! Sesenang kau je eh nak rampas Amy dari aku!! Tapi..aku takkan lepaskan kau Amy...jangan risau.."

Barangan yang dibeli olehnya yang disusun kemas di atas mejanya ditolak kasar ke bawah, menyebabkan sesetengah barang kaca hancur berderai.

Dia benci! Dia benci tengok Amiesya risaukan si Hafez tu! Padan muka kau Hafez! Ni lah akibat kau cari fasal dengan aku! Senyuman sinis terukir di bibirnya...

Kau jangan risau, Amiesya...aku akan pastikan Hafez akan mati...sedikit demi sedikit...

Amiesya's POV:

Hatiku mula berdebar saat aku berdiri di depan wad suamiku. Setahu aku, mertua aku dah keluar dari wad masa aku keluar dari bilik Doktor Haikal. Tapi, aku masih takut dan gelisah. Tapi, aku kuatkan semangatku untuk masuk dalam wad tu. Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Mataku kini fokus ke arah suamiku, yang sedang berbaring di atas katil,dengan kelopak matanya tertutup, membuatkan aku rasa sebak. Baru je tadi dia mesej aku dari pejabat, tiba-tiba aku tengok dia dalam keadaan begini. Aku mengeluh kecil dan menatap muka kacak suamiku. Walaupun tengah rehat, tapi dia masih kelihatan kacak dan tampan seperti biasa, membuatkan semua anak dara terjatuh kepada dirinya.

Tapi bagaimana sekali pun, dia tak pernah menoleh ke arah perempuan lain. Perempuan yang pernah meluahkan rasa cinta terhadapnya diabaikan sahaja...walaupun dia hilang ingatan. Hanya setia kepadaku.. Kau ada suami macam aku punya? Takde kan? Kesiannnn...hehehehe...

Selepas itu, aku duduk di sebelah katil suamiku, dan hanya merenung ke arahnya. Tiba-tiba, mataku mula berkaca melihat suamiku yang baring atas katil hospital. Baru aku sedar, betapa rindunya dengan sentuhannya, pelukkannya, dan suaranya...masa dia berada di sisiku, aku tak menghargainya langsung..sekarang baru aku nak menyesal...

Tak guna kalau crying over spilt milk sekarang ni...

Aku betul-betul menyesal...

Lepas tu, aku memegang tangan kasarnya dengan erat, bagaikan tidak mahu lepaskannya..

"Amy minta maaf abang..Amy menyesal sangat apa yang Amy buat selama ni..Harap-harap abang akan maafkan Amy. Amy janji... lepas abang sedar, Amy akan jaga abang elok-elok...I love you abang.."

Aku cium tangannya dan dahinya. Agak lama juga aku cium, sebab aku rindu sangat terhadap dirinya! Dalam kehidupan perkahwinan aku sebelum ni, tak pernah langsung aku cium dia..lagi-lagi tangan dia lah..salam pun tak pernah...hmmm..

Dan selepas itu, aku memejamkan mataku dan tiba-tiba, segala kenangan bersama Hafez mula melayang di depan mataku lagi,membuatkan air mataku kembali mengalir. Tapi kali ni, kenangan di universiti...

Di situlah bermula satu perubahan...perubahan yang membuatkan kehidupan kami berubah buat selama-lamanya...













AGAKNYA, KENAPA DOKTOR HAIKAL BUAT CAMTU EH?..HEHEHEHHE

TEKA SENDIRI YE? HUEHUEHUEHUE

OK NEXT CHAPTER...SAYA AKAN CITE PASAL KEHIDUPAN UNIVERSITI MEREKA...

SORRY LA YE KALAU BAB-BAB NI NAMPAK BORING CIKIT...

TAPI GUARENTEE...NEXT CHAPTER..I WILL DO MY VERY BEST..

HAH JGN LUPA TEKAN BINTANG TU..TAK SUSAH PUN KAN?

AISHHH..

ANYWAYS..JGN LUPA KOMEN JUGA YE?

THANK YOU!! ;)

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now