BAB 18

289 23 3
                                    

"Ermm..mana pulak nama aku ni?? Takde pun kat list ni.."

matanya sibuk mencari namanya di senarai yang ditampal dalam papan kenyataan itu. Dah hampir 30 minit dia mencari namanya, tak dapat pulak! Badan kecilnya menjadi sasaran untuk ramai orang untuk menolaknya daripada melihat papan kenyataan tersebut. Haishh..tak guna betul!

Tiba-tiba, terdengar satu loceng yang berbunyi, membuatkan semua orang di situ beredar dari situ. Ada yang gembira kerana dapat satu kelas dengan crush lah...ada yang sedih sebab dapat kelas yang tidak diingini... Haishhh...pelik betul perangai..

Dengan tersenyum puas, Amiesya menghampiri papan kenyataan tersebut. Mak ai...tingginya notice board ni..camne lah aku nak tengok ni?! jerit dalam hatinya. Walaupun dia berjinjit dan mendongak ke atas papan tersebut, namun dia gagal. Sebelum dia dapat menoleh ke arah belakang untuk minta tolong...

"Hah, sekarang tengok nama kau tu.."

Terasa dirinya diangkat dari bawah oleh seseorang! Lalu dia pusing ke belakang, untuk melihat orang yang berani angkat dia tu. Alangkah terkejutnya apabila orang itu adalah...

"Hafez!"

"Ya, saya?"

"Turunkan aku bodoh!"

"Kau dah tengok nama kau tak?"

"Kau turunkan aku dulu lah jantan!"

Dan selepas itu, Hafez turunkan badan kecil Amiesya, perlahan demi perlahan. Bila tangan kasarnya sampai ke pinggang Amiesya, secara automatik, pipi Amiesya mula menjadi merah dan Hafez pun cepat-cepat dia turunkan Amiesya ke bawah.

"Ma..mac..macam mana kau boleh ada kat sini?! Kau stalk aku eh? Kau memang dari dulu macam ni kan? Gatal sangat kat perempuan! Tak guna!"

"Eh kau! Aku memang dapat universiti ni lah! Kau merepek apa? Setakat perempuan biasa-biasa macam kau ni..aku tak pandang lah!"

"Hmmph! Rupa tu, takkan kekal selamanya encik! Hati ni... hah hati ni je akan kekal. Bukan macam kau! Dari dulu sammmmpailah sekarang, tak pernah berubah! Dasar tak guna!"

tetapi Hafez hanya bersenyum dan mengangguk kepalanya sahaja. Dia redha, dengan segala kata-kata kasar yang disebut oleh Amiesya terhadap dirinya.

"Kau pekak ke hah? Dari tadi aku maki kau..boleh je kau senyum eh? Dasar laki gatal!"

"Kau dah habis cakap ke belum?"

"Hah?"

"Dah habis cakap ke belum?"

"Kau ni kenapa?"

"Aku? Aku takde apa-apa pun..kau tu lah! Dari tadi asyik pot pet pot pet je..aishhh. Apa kata kita tak yah bazirkan masa dengan pergaduhan ni? Aku dah nak pergi kelas ni..dah, ke tepi!"

berkatanya dan menolak Amiesya dengan kasar, membuatkan dia hampir jatuh.

"Eh..haahlah..aku pun tak tau aku kelas mana..camne ni..."

"Kelas kau sama dengan kelas aku."

Selepas itu, Hafez menoleh ke arah Amiesya, yang tercegat di situ, dengan mulutnya ternganga. Senyuman sinis diberikan kepadanya dan dia berlalu dari situ. Tetapi...

"Eh Hafez!!!"

Hafez's POV:

Aku menoleh ke arah Amiesya dan keningku bertaut apabila dia memanggilku ke sana. Aku hanya mengeleng, takut itu semua hanya ilusi. Tapi, ternyata aku salah saat aku terasa ada satu tangan yang memegang pergelangan tangan aku..yang membuatkan jantung aku berdegup laju.

"Senang je eh kau tinggalkan aku camtu je?"

Bila aku menoleh ke arahnya, dia sedang memeluk tubuhnya sambil memuncungkan bibir merahnya. Haishhhh...nasib baik iman aku kuat..kalau tak, aku dah lama cium bibir tu! Mana taknya bila tengok muka si dia pun..confirm sesetengah lelaki jatuh kepadanya..

"Habis? Kau nak aku buat apa? Nak aku angkat kau lagi?"

"Eh, memang tak lah! Kau ingat aku gatal macam kau ke? Cuma..."

"Cuma apanya, sayang?"

Nasib baik dia tak dengar perkataan 'sayang' tu. Kalau tak dah lama aku mampus dalam tangannya..heheheehe

"Kau kata aku sama kelas dengan kau..tapi kelas apa? I mean, kelas mana? aras mana? tingkat mana? At least, apa nama kelas tu? Kalau..."

tapi sebelum dia dapat meneruskan kata-katanya, aku meletakkan jari telunjukku ke bibirnya.

"Sshhh...kau ni memang banyak cakap kan? Dah jom, ikut aku."

"Hah, ikut mana?"

"Ikut kelas lah! Ikut mana lagi? Jabatan perkahwinan? Kalau nak...abang on je, sayang..."

berkataku sambil menjongket-jongketkan keningku, berharap dia akan cair denganku. Tapi, memang tak lah perempuan bernama Amiesya Azmi ni akan cair gara-gara dengan godaan ku ni. Terus dicubit lenganku ni!

"Jantan tak guna!"

Aku mengaduh sakit. Tapi, dalam hatiku, aku dah rasa gembira sangat. Mana taknya bila kau dapat cakap dengan sahabat lama kau? Walaupun dah lama kami putus, tapi itu tak bermakna aku tak kisah pasal dia lagi. Bukannya aku yang putus, tapi dia yang putus.

Jadi..ia bermaksud aku bukan kawan dia lagi...

Tapi dia masih kawan aku...kan?

As I said..bukan aku yang putus tapi dia yang putus..



.........








OK SERIUS AQ KERING DGN IDEA!!!

HIHIHHIHI

HAH..HAFEZ CONFIRM DAH GATAL KAN GAIS??

HUEHUEHUEHUE

DAH...JGN LUPER VOTE AND KOMEN YE?

HEHEHEHHE

BUBUYEEE





Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now