Amiesya's POV:
Aku sedar dari kenangan-kenangan lamaku. Dahiku sudahpun bepeluh walaupun wad suamiku mempunyai penghawa dingin. Dan setelah itu, air mataku sudahpun kembali mengalir. Tak sangka, aku memang dah banyak berdosa dengan suamiku ini. Tapi walau bagaimanapun, dia tetap kuat menghadapi segala cabaran dan perangaiku.
Aku menoleh ke arah suamiku yang masih terbaring kaku di katil. Aku hanya mampu mengeluh kecil. Kalaulah aku dapat putar masa balik, aku akan pastikan Hafez dalam keadaan sihat sejahtera...tapi, ia mustahil...
Baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari wad tersebut, tiba-tiba, aku terasa lenganku ditarik lembut oleh seseorang. Jantungku mula berdegup kencang! Yelah, siapa yang akan pegang lengan aku selain...
Hafez!
Laju aku menoleh ke arah belakang. Memang tepat pun tekaan aku! Memang Hafez yang sedang pegang lengan aku! Ya Allah! Ni hanya ilusi ke...realiti?!
Aku menampar pipiku berkali-kali dan menggosok mataku. Memang betul pun ni realiti! Aku mula melangkah ke arah Hafez dan terus memegang pipinya. Hatiku terasa amat sayu apabila air mata sedang mengalir dari matanya. Laju aku mengesat air matanya dengan lembut. Tak sampai hati aku melihat keadaannya begini.
"Abang...abang buka mata ni bang...ni Amy ni...abang..Amy nak minta maaf dekat abang..banyak sangat dosa Amy kat abang..tolonglah abang..."
Dan selepas itu, suamiku mula membuka matanya...perlahan demi perlahan.
"Abang?! A...A..Abang tunggu dulu ye? Amy bawa doktor kejap..."
Aku bari je nak lari untuk dapatkan doktor dengan segera. Tetapi, Hafez sudahpun menarik pergelangan tanganku, menghalang untuk memanggil doktor.
"S..S..Sayang..."
Mataku membulat! Dia panggil aku 'sayang'! Adakah ini bermaksud...
"A...A...Awak..awak dah ingat semuanya ke? Hafez..."
Dan aku memegang tangannya dengan erat. Berdoa agar dia akan mengingati aku...
"Ya sayang...takkanlah abang nak lupakan sayang?"
Dan air mata mula mengalir lagi di pipiku. Bukan air mata kesedihan...tapi air mata kegembiraan! Sungguh, inilah saat yang aku menanti-nantikan, selepas beberapa tahun aku hidup tanpa belaian suami walaupun dia berada di sisiku...
"Abang?! Ya Allah, syukur alhamdullilah! Akhirnya, abang dah ingat Amy..terima kasih Ya Allah!"
Dan terus aku mula mencium kedua-dua pipinya, matanya, hidungnya dan dagunya. Bibir tu...nantilah..biar suami aku keluar dari wad dulu..hehehehe
"Puas cium abang, sayang? Rindu sangat kat abang ke ni..."
"Eh mestilah! Dah berapa lama Amy tunggu untuk masa ni...alhamdullilah dengan izin Allah, abang dah dapat cam Amy siapa..dah lama Amy tunggu tau..."
"Sayang..abang minta maaf. Abang tak sengaja tak cam sayang...tapi abang betul-betul tak dapat ingat sayang..sumpah demi Allah!"
"Shhhh...dah..jangan cakap pasal tu lagi. Yang penting..abang dah tau siapa isteri abang ni.."
"Haah..isteri yang paling cantik dan baik dalam dunia ini..."
"Ish abang nih..."
Aku memukul lengan Hafez dengan lembut dan tertunduk bawah. Dah lama aku tak dengar gurauan suamiku dan aku rindu sangat! Entah kenapa, mataku mula berkaca apabila teringatkan dosa-dosa aku kepadanya.
"Sayang? Kenapa sayang nangis ni? Abang ada buat apa-apa salah ke? Abang minta maaf ye?"
"Tak! Abang tak buat apa-apa! Amy je...dah banyak dosa Amy dah buat! Abang..boleh tak abang ampunkan segala dosa Amy terhadap abang? Amy..."
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomanceMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...