BAB 40

672 16 4
                                    

Hafez's POV:

"Assalamualaikum"

Aku mula melangkah ke dalam bilikku selepas makan malam. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati pulak bila tengok muka Amiesya yang pucat sangat dari tadi. Masa makan pun, dia hanya mendiamkan diri. 

"Sayang..."

Aku mula mencari kelibat isteriku. Dan tiba-tiba, pintu tandas dibuka dan muncul lah isteriku yang terkejut dengan kehadiranku.

"A..A..Abang bila sampai ni?"

Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dan aku melihat Amiesya yang sudahpun menelan air liur. Aku sedaya upaya cuba menahan senyumanku.

Aduhaiii comel lah bini aku ni!

Perlahan demi perlahan, aku mula melangkah ke arahnya dan dia melangkah ke belakang pula. Terus aku memegang lengannya dengan lembut.

"Sayang, sayang ada apa-apa masalah ke? Bagitau abang."

Aku melihat dia tergelak gementar dan memandang ke arahku lagi.

"Eh...takdelah..abang ni pun satu. Dah jom tidur. Amy ngantuk la..."

Dia menarik tanganku dan mula melangkah ke arah katil kami. Aku pula hanya menurut langkahnya. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya atas katil, aku mula bersuara.

"Sayang..."

"Hmmm..."

"Tell me what's your problem."

Dia memandang ke arahku dengan satu senyuman nipis.

"Nothing to worry, sweetheart. Now go to bed!"

Dan dia sudahpun baring atas katil. Aku pun turut berbaring di sebelahnya dan pinggangnya dipeluk kemas.

"Sya..tell me. Please."

Suaraku mula menjadi serius. Kalau macam nilah dia akan cakap benda yang sebenar. Kalau tak...jangan harap!

Aku mendengar Amiesya mengeluh berat dan mula menceritakan segalanya. Aku tersenyum kecil.

"Laaa..ni je ke masalahnya? Esok kita gi hospital ya?"

"Tapi esok kan abang kerja?"

Aku membelai pipinya dengan telapak tanganku.

"Takpe sayang, abang bagitau je kat staff yang abang tak masuk kerja. Lagipun, abang kan bos? Ikut suka hati abang lah."

"Tapi..."

"Sshhh..dah tido. You are my first priority. Abang takkan abaikan sayang lagi. Now, go to sleep. Esok kena bangun awal, gi hospital kan?"

Dan dia pun mengangguk. Selepas itu, dia mula mengeratkan lagi pelukan di tubuh badanku. Aku pula hanya membalasnya dan daguku direhatkan atas kepalanya.

"Tidur sayang..."

Dan tidak lama kemudian, aku mendengar dengkuran halus Amiesya. Bermaksud dia sudahpun terlelap.

Dahinya dicium sekilas sebelum aku mula menutup mataku.

"I love you, sayang."

Dan tidak lama kemudian, aku pun terbuai dengan mimpiku sendiri.



.....

"Tahniah puan. Puan mengandung 2 bulan."

Cukup ayat dari mulut doktor itu membuatkan Amiesya tersenyum lebar dan air mata kegembiraan Hafez mula bergenang. Tersenyum kecil doktor itu apabila melihat reaksi mereka. 

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now