01 || Intro

3.9K 130 34
                                    

Orang asyik sahaja menghina, membuli tanpa memikirkan dahulu disebalik hal tersebut. Orang menghina matanya kerana matanya seperti haiwan liar.

Membuatkan orang membencinya dan memikirkan dia adalah orang jahat sehingga--

"Bakar semuanya! Bakar rumah diorang!! "

Mereka membaling kayu bersama api denganya, dan membakar rumah tersebut.

"MAMA!!! PAPA!!! "

"Haeun! Kita kena pergi! "

"MAMA!!! PAPA!! "

Mereka membakar rumah budak bernama Ryu Haeun itu, di dalamnya ada Ibu dan bapa Haeun. Mereka terbunuh di dalam api tersebut.

"Haeun okay? "Tanya seorang budak lelaki

Air mata Haeun mengalir. Ibu dan Ayahnya mati dalam kebakaran. Dia hanya mengangguk.

Budak lelaki itu memegang tangan kanan Haeun, menggengamnya erat tetapi lembut. "Tak apa, Haeun boleh tinggal dengan kitorang. Kitorang tak kisah. "

Lelaki itu tersenyum. Haeun memandang lelaki itu, "U-um! "

"Kajja, kita masuk dalam rumah. "Lelaki itu menarik tangan Haeun masuk ke dalam rumah.

Mereka tinggal bersama, bermain bersama dan bercerita bersama

"Kenapa dengan mata Haeun? Luka ke? "

Haeun menggelengkan kepalanya. "Mama cakap, mata ni keturunan dari nenek moyang Haeun. Kitorang panggil dia 'The Spirit Of Black Panther'. "

"Wahhh! Hebatnya!! "

Haeun ketawa kecil. Mereka sambung bermain. Tetapi takdir sangat kejam terhadap mereka.

Sekumpulan orang jahat datang entah dari mana membunuh Keluarga mereka lagi.

"Lari! Kamu berdua lari!! "Jerit Wanita tersebut.

Budak lelaki itu memegang tangan kanan Haeun dan membawa Haeun lari. Tangisan lelaki itu tidak berhenti sama juga dengan Haeun. Mereka berlari masuk ke dalam hutan.

"Haeun, Haeun okay? "

Haeun mengangguk. Mereka terduduk. Kepenatan.

"Hajumma. "Panggil Haeun

Lelaki itu memeluk Haeun, dia menangis. "Kita kena terus hidup! Tak boleh putus asa! "

Haeun terdiam.

"Grrrr. "

Apabila mendengar suara tersebut budak lelaki itu melepaskan pelukan. Mereka terkejut

"Harimau liar. "

Mereka terkaku, "Ta-takut. Haeun takut! "Haeun memegang baju budak lelaki itu dengan erat.

Lelaki itu terdiam. Mata mereka bertentangan, jantung mereka berdua berdegup dengan kencang. Memikirkan adakah mereka akan mati dimakan oleh Harimau liar ini?

"Tak apa, kita akan baik baik saja. Jangan risau. "

Haeun menggangguk. Budak itu mengambil kayu yang berada agak jauh darinya, hanya beberapa cm sahaja.

Dengan pantas harimau liar itu melompat untuk menyerang Haeun.

"AAAAAH! "jerit Haeun

"Haeun! "

Lelaki itu memegang kayu, tapi dia terdiam. Jantungnya tidak berhenti berdegup. Tiada kedengar suara Haeun. Air matanya mengalir.

"Hentikan. "

Lelaki itu terkejut mendengar suara Haeun.

"Ha-Haeun? "

Harimau liar itu membiarkan Haeun untuk bangun. "Ahh, habis melekit. "

"Haeun okay?! "

"Um! Haeun okay, diorang baik. "Kata Haeun

Harimau itu menggosok gosok dirinya ke arah Haeun. Haeun menggosok kepala Harimau tersebut.

"Jom kita pergi kat rumah Ajusshi. "

Haeun mengangguk. "Bye, bye. "Mereka berdua pergi.

•...•...•

5 Tahun Kemudian

"Oi, bangun. "

Perempuan itu membuka matanya.

"Takkan kau nak tidur sampai ke malam, bangun. "

Perempuan itu bangun, mengikut lelaki itu dari belakang. Dia duduk di kerusi. Mereka hanya tinggal berdua sahaja. 3 tahun yang lepas Ajusshi mereka di bunuh oleh orang asing

Dan sebab juga yang sama. Haeun memiliki mata yang liar.

"Mian.. "Kata Haeun dengan perlahan

Lelaki itu memukul kepala Haeun menggunakan senduk.

"Aku dah cakap tak perlu rasa bersalah pasal hal tu. Yang salah diorang bukan kau. Cepat makan. "

Haeun menunduk. Haeun menghulurkan tangan kananya. "Taehyungie. "

"Tch, kau memang manjalah. "Kata Taehyung.

Taehyung memegang tangan Haeun. Haeun tersenyum gembira. "Makan. "

"Um! "

Mereka makan sambil bermimpin tangan. Haeun akan meminta Taehyung untuk memimpin atau memegang tangan kanannya sekiranya dia berasa tak selamat atau rasa resah hati.

"Aku nak bagitau kau benda ni. "Kata Taehyung.

Haeun melihat ke arahnya.

"Aku nak masuk dalam HQ Clan. "Kata Taehyung

TBC

DON'T BE SILENT READERS. KALAU TK AKU SANTAU KAU FAHAM? SEKIAN.

AKU TAU DARI DULU SAMPAI SEKARANG TAK HABIS HABIS NAK SANTAU ORG, TAPI TAK SANTAU PUN HAHAHAHAH. SILA COMMENTS AND VOTES YERR ANAK KUUUU

 SILA COMMENTS AND VOTES YERR ANAK KUUUU

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kim Taehyung (15)

Kim Taehyung (15)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ryu Haeun (15)

✔️ || The Black Panther || KTH ft JJK ⚠️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang