Haeun bangun dan keluar dari bilik rawatan itu, dia rasa badanya sudah sembuh jadi dia buat keputusan untuk berjalan jalan. Tempat ini sangat luas dan mungkin dia akan tersesat tapi dia tidak kisah.
Haeun melihat sekelilingnya. Entah berapa lama dia tidak melihat pemandangan begini. Selama ni apa yang dia lihat hanya lah darah dan kemusnahan. Tapi sekarang dia dapat melihat bunga bunga dan haiwan yang berkeliaran di sana.
Haeun tersenyum bila dapat melihat pemandangan ini. Tiba tiba sahaja memori dia dan ibunya kembali. Haeun terdiam
Haeun menggenggam tangannya erat. Dia benci manusia. Dia benci manusia yang tidak berperikemanusiaan. Manusia yang terburu buru, tidak mencari bukti, pentingkan diri sendiri. Dia benci manusia begitu.
Sebab manusia macam tulah membuatkan dia kehilangan semua keluarganya. Haeun mengeluh, tapi itu kisah lama, dia cuma boleh ambil harapan keluarga mereka sahaja.
Harapan untuk dia dan Taehyung kekal hidup dan jangan mengalah. Dia duduk di sebuah kerusi. Dia tidak mahu sakitkan kepalanya jadi dia hanya menghayati suasana disini.
•...•...•
"Armin! Awak ada nampak Haeun tak? "Tanya Sophia
"Bukan ke dia tidurdalam bilik rawatan? "Tanya Armin
"Ya saya tahu. Tapi saya pergi jenguk dia kejap, tengok tengok dia dah tak de. "Kata Sophia. "Mungkin Taehyung tahu? "
"Jom kita cuba cari dia. "Kata Armin
Mereka berdua pergi untuk mencari Taehyung
•...•...•
"Eh aku dengar kita dapat 11 orang budak baru. "
"Haah, boleh tahan juga lah diorang. "
"Tapi ada sorang perempuan yang mata dia macam haiwan liar. Tak silap aku nama dia Ryu Haeun. "
"Ryu Haeun, macam aku pernah dengar je nama tu. Mata macam Black Panther tu ke? "
"Haah, kau kenal dia? "
"Tak kenal sangat. Ni cerita lama lah. Aku dulu sekampung dengan budak nama Haeun tu. Semua di kampung kitorang takut pada Haeun sebab mata dia."
"Dan buat orang benci dia. Ada orang kata dia banyak bunuh orang dan makan daging kampung kami sebab dia seiras macam black panther. "
"Betul ke? "
"Aku tak tau tapi itu apa yang aku dengar, tapi budak tu memang berbahaya. Jadi kami sekampung bakar rumahya. Yang aku pelik dia masih hidup. Lepas tu ada beberapa orang kampung datang rumah dimana tempat si Haeun tu tinggal. "
"Diorang bunuh orang yang ada kat sana. Haeun dengan sorang budak lelaki ni berjaya larikan diri masuk dalam hutan. Kami ingatkan dia sudah mati dimakan oleh Haiwan kiar dalam hutan, "
"Tapi ada orang cakap yang dia tinggal dengan sorang pakcik berdekatan dengan hutan tu. Jadi mereka cari orang tersebut dan membunuhnya lagi. "
"Mereka buat macam tu sebab tak nak budak nama Haeun itu bunuh orang lain lagi. Tapi- "Lelaki itu smirk
"Aku juga dengar yang dia jual badan dia untuk teruskan hidup. Jadi aku rasa tak salah kut kita cuba juga. "
Kawan kepada lelaki itu juga smirk. Mereka berdua pergi dan mereka ternampak Taehyung terus mereka menuju ke arah Taehyung.
"Oi. "
Taeyung melihat ke arah mereka.
"Kau kenal budak nama Ryu Haeun tu kan? "
Taehyung terdiam. "Kenapa? "
"Ah jadi kau kenal lah dia. Kisah lama dia agak menyeramkan, tapi- "
"Ada kisah yang buat aku tertarik. Bagitau aku, rasa badan dia macam mana? "
Mata Taehyung membulat. "Apa maksud kau?! "Tanya Taehyung dengan suara garaunya
"Tak payah buat tak tau, kau yang selalu duduk dengan dia. Mesti kau dah hmm hmm dengan dia kan? "
Taehyung memegang collar lelaki itu, lelaki itu hanya smirk
"Tarik balik kata kata kau! "Kata Taehyung
"Jadi kau sayang girlfriend kau sangat sangat. "
"Berkongsi tu tak salah. Bagitau, dia kat mana sekarang ni? "
Rahang milik Taehyung bergerak menahan marah. "Tarik. Balik. Kata kata. Kau. "
"Tch, takkan. "
BUK!
Taehyung menumbuk muka lelaki tersebut.
"Taehyung! "Jerit Armin dan Sophia. Mereka menuju ke arah Taehyung.
"Kenapa ni? "Tanya Sophia. Armin memegang Taehyung , menahan Taehyung yang cuba untuk menuju ke arah lelaki itu.
"Hah, kau nak marah buat apa? Sebab lama sangat kau rasa badan dia sampai kau tak nak kongsi dengan orang lain? "
"Kau diam lah! Kau tak tau apa apa!! "Jerit Taehyung.
•...•...•
"Weh ada orang gaduh lah kat sana! "
Haeun memandang ke arah perempuan tu.
"Cepat kita kena laporkan kat Captain! "
Mereka berdua pergi.
'Bergaduh? Kenapa hati aku rasa tak sedap? ' Desis Hati Haeun.
Haeun bangun lalu dia pergi. Dia terkejut bila melihat seorang menumbuk Taehyung dan juga Armin.
Mata hitamnya bertukar tajam. "Tch. "
Sepantas kilat Haeun menuju ke arah mereka berdua dan menumbuk pipi 2 lelaki itu. Mulut mereka mengeluarkan darah.
"Haeunie! "Panggil Sophia
"Berani kau cederakan kawan kawan aku. "Kata Haeun. Aura hitamnya keluar.
"A-Aduh, sa-sakitnya. "
Mereka berdua bangun. "Tak sangka kau datang, Haeunie. "Lelaki itu tersenyum sinis.
Haeun memandang kosong ke arah kedua dua lelaki itu.
"Dah lama aku tak jumpa kau, mana ada kalau kau bagi badan kau kat budak tu je. "
Haeun melibaskan genggaman tangannya ke pipi lelaki tersebut. Gigi lelaki itu tercabut. Haeun memijak perut lelaki itu.
"Apa yang kau mengarut ni, Tak guna? "Tanya Haeun dengan suara kerasnya.
"Oi. Apa yang berlaku kat sini? "
TBC
DON'T BE SILENT READERS. KALAU TK AKU SANTAU KAU FAHAM? SEKIAN.
YOU ARE READING
✔️ || The Black Panther || KTH ft JJK ⚠️
FanficWarning ⚠️ Maybe double sex akan ditayangkan, anda bolek skip sekiranya anda tak suka. He is my heart if he dies I'll die too Cinta segi tiga? Maaf, cinta begitu tak ada dalam cerita ni. Apa yang ada dia ambil, itu kisah sebenar cerita ini 😏 "H...