20 Ramadhan.
Tangannya membasuh pinggan dengan cermat. Pinggan yang sudah dibasuh diletakkan di rak besi itu untuk dikeringkan. Matanya memandang pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di halaman tepi rumah melalui jendela tingkap yang terbuka.
Seronoknya jadi anak-anak kecil kan? Tak perlu hendak fikir masalah. Balik dari masjid selesai terawih terus bermain bunga api. Tak perlu hendak memikirkan masalah seperti orang dewasa ini.
" Aween, buat apa lagi dekat dapur tu?" Aween memandang emak sekilas dan hanya tersenyum. Pinggan di singki sudah tidak tersisa tapi entah kenapa dia tidak mahu berganjak dari situ.
" Aween baru habis basuh pinggan mak. Mak nak apa-apa tak? Aween buatkan. Kopi ke? Teh ke?" serupa pelayan kedai makan Aween menyoal. Tetapi begitulah selalunya. Aween manja dengan mak. Aween sayang dengan mak.
" Dahlah, Aween. Kan dah minum dekat surau tadi. Kenyang dah perut mak ni. Kamu tu pergilah tidur. Dah pukul berapa ni?" ujar mak lagi. Mak duduk di kerusi di meja makan sambil mengurut lutut sendiri. Aween menggeleng lagi. Mak tu kalau sakit lutut tak pernah nak bercakap dekat Aween. Tapi Aween pun pandai-pandailah hendak memahami isi hati mak.
" Kejap. Aween ambikkan minyak. Nak urut mak." Sekejap sahaja Aween kembali dengan sebotol minyak berwarna kuning. Dilumur pada kaki mak dengan perlahan. Mak memandang wajah Aween tetapi Aween hanya menunduk. Bukan dia tidak perasan dengan pandangan mak tu.
" Mesti mak rindu nak Aween picit kaki mak nanti." ujar mak tiba-tiba. Aween hanya diam. Tangannya mula mengurut mak dan mengabaikan kata-kata itu. Sebolehnya dia tak mahu berbincang tentang hal itu lagi.
" Aween... "
" Mak, Aween belum buat keputusan kan? Kenapa mak mesti bersikap macam Aween betul-betul dah nak pergi?" soal Aween pula. Nadanya bergetar menahan sebak. Tapi dia harus kuat di hadapan mak.
" Aween kena pergi." ujar mak seperti memujuk. Aween menggeleng lagi.
" Kalau Aween pergi sapa nak jaga mak?" Soalan Aween mendiamkan. Tangannya yang mengurut kaki mak sudah terhenti.
" Kak Idah kan ada. Dia boleh jaga mak." ujar mak lagi cuba meyakinkan Aween. Aween hanya menggeleng. Dia tahu mak bukan relakan dia untuk pergi. Tetapi cuma mak hendak memulangkan Aween pada yang berhak. Tapi inikan hati Aween! Aween berhak untuk membuat keputusan untuk dirinya. Mak memegang kekura tangan Aween. Dielus lembut memujuk hati anak gadis itu.
" Diaorang kan ibu bapa Aween. Bukan orang lain. Dah tiba masanya untuk Aween kenal lebih rapat dengan diaorang kan?" balas mak lagi. Air mata Aween sudah mengalir. Setiap kali hal itu diutarakan oleh mak, Aween selalu rasa tidak selesa. Aween tak mahu. Aween hanya ingin kekal di kampung ini dan hidup bersama mak. Tapi kenapa mak menyuruhnya pergi?
" Kak Idah tu dah kahwin, mak. Ada suami. Ada anak kembar dia tu. Mesti dia ada banyak tanggungjawab dekat suami dan anak dia tu kan, mak. Mak sorang-sorang kat sini kalau Aween pergi kan? Biarlah Aween dekat sini. Jaga mak." Giliran Aween pula memohon belas kasihan mak dengan menggunakan nama Kak Faridah itu. Moga-moga mak lembut hati dan takkan memujuk Aween supaya pergi lagi.
" Mak mintak sangat dengan Aween. Fikirkan ye, nak? Besar harapan mama dan papa Aween tu. Diaorang pun nak merasa kasih sayang Aween. Aween pun bukan orang lain. Anak kandung diaorang." ujar mak menekan perkataan anak kandung itu. Aween hanya tersenyum sinis. Anak kandung? Kalau hendak dibahas soal anak kandung ini sungguh Aween merasa jengkel. Cuma dia tak mahu bercakap hal yang bukan-bukan mengenai mama dan papa di hadapan mak. Sejak kecil lagi, mak wanita yang sangat baik. Mak tak pernah lupa memesan pada Aween supaya menghormati mama dan papa. Walaupun mama dan papa itu........
![](https://img.wattpad.com/cover/223550029-288-k587673.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...