Bab 21

2.1K 174 11
                                    

Hye. Meh lah layan satu chapter sambil makan rendang tu 😂

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua readers saya.

" Kak Aween." Aween menoleh. apabila ditegur begitu. Pasar pagi masih riuh dengan suara-suara para peniaga. Mak sedang sibuk memilih ikan di satu gerai manakala Aween sedang memilih buah-buahan.

" Ya. Kenal akak?"

Lelaki itu angguk.

" Mestilah kenal. Selalu nampak dalam dompet Abang Mi."

Aween hairan. Eh ni bukan biasa-biasa ni. Ini peluang korek rahsia.

" Mak! Aween pergi warung sana jap." ujar Aween pada mak yang masih memilih ikan.

🌹🌹🌹

Dua cawan teh tarik terhidang di atas meja. Aween senyum pada lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Aniq.

" Jadi Aniq tahulah siapa Kak Aween pada Abang Mi?" Aniq angguk.

" Bekas tunang Abang Mi kan?"

Lambat-lambat Aween mengangguk. Aniq hanya ketawa.

" Patutlah bos saya tu macam serba tak kena saja hari ni." balas Aniq lagi. Boleh pulak Fahmi tersalah menghantar pisang pada pelanggan selepas Subuh tadi.

" Bos?"

" Ya. Abang Fahmi bos Aniq. Dulu kami sama-sama makan gaji kerja dekat kebun orang lain. Tapi tu dulu. Selepas Kak Aween pergi, Abang Mi terus berubah. Dia jujur. Dia cakap tunang dia tinggalkan dia. Dia cerita pada sesiapa sahaja yang bertanya pasal majlis tak jadi tu. Aniq selalu tanya dekat Abang Mi, dia tak malu ke canang dekat orang pasal dia putus tunang? Dia cakap dia okay je. Kalau ada jodoh adalah. Kalau tak ada tak apa."

Aween menggeleng mendengarkan itu. Macam tak terkesan langsung ya bila putus tunang? Yang dia menangis macam nak rabak mata dekat KL nun.
" Lagi?"

" Abang Mi betul-betul berubah sejak Kak Aween tak ada. Dia jadi gila kerja. Pantang nampak peluang bisnes, dia sapu habis. Dia macam cuba untuk lupakan Kak Aween. Dia kerja siang malam sampailah dia dapat beli tanah kebun. Dan dia buat kebun dekat situ dan ajak Aniq kerja dengan dia. Bila Aniq tanya kenapa dia buat semua tu, dia akan jawab sebagai persediaan."

Aween mengerut dahi kejap.

" Persediaan untuk apa?"

" Yang tu Aniq pun tak faham." Aniq jungkit bahu.

" Entahlah. Dia dingin dengan Kak Aween. Cakap pun tak nak."

" Sabarlah Kak Aween. Aniq dapat rasa yang Abang Mi masih terluka."

Aween meraup wajah. Siapa je tak sakit bila diperlakukan sebegitu? Tapi Aween tak mahu jadi macam Afifah. Yang menyakiti Fahmi sedalam-dalamnya.

🌹🌹🌹

Petang itu Aween bersiar-siar keliling kampung. Hanya berjalan kaki sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Splash! Splash! (Maaf saya tak tahu macam mana nak buat bunyi air terpercik) 😂

Yang nyata, keindahan petang itu dicemari oleh percikan lopak air yang datang dari mana entah.

Sayangku Aween. Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang