Hye. Selamat membaca!
Dan itulah permulaan hidup seorang Fahmi yang tidak terurus. Biar orang tak tahu kisah sedihnya. Dia lebih rela menyimpan dalam-dalam derita itu. Dan kerana itu dia melupakan semua perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya. Dia tak ingin menyayangi lagi. Dia tak ingin bercinta lagi. Ikutkan hati, hendak saja dia bunuh diri. Gantungkan saja jasad di bilah kipas di rumah arwah mak. Begitulah hendaknya.
Tapi bila melihat kuburan mak, warasnya masih ada meskipun dia buat-buat tidak siuman. Biar seluruh kampung menganggap dia gila. Dia tak mahu bertemu sesiapa. Dia tak mahu menyapa sesiapa.
Sehinggalah...
Nur Daweena yang putih hatinya muncul lagi.
🌹🌹🌹
Laungan azan Subuh membuatkan Aween tersedar. Dia memisat mata memandang sekeliling yang sunyi. Tanpa sedar dia tertidur pulak dekat meja makan itu setelah membaca coretan Fahmi.
Dan jujur Aween tak pernah sangka sampai begitu sekali pengorbanan dan kesengsaraan Fahmi.
Kalau memikirkan Afifah itu hendak saja Aween lumatkan dalam lesung batu kerana sanggup menyakiti hati Abang Fahmi. Helaian terakhir itu masih kosong. Aween mengambil sebatang pen lalu mencoret sesuatu.
Duka itu biar simpan jadi kenangan. Ataupun pengajaran. Agar hati kita sama-sama kuat melewati hari-hari yang mendatang. Aween akan tetap di sini abang. Selagi Aween masih bernafas.
- Nur Daweena ♥ Adan Fahmi -
🌹🌹🌹
" Aween pulangkan semula diari ini pada abang." ujar Aween memberikan sebuah diari itu pada Fahmi. Fahmi mengambilnya perlahan. Dibuka halaman terakhir dan dia tersenyum membaca coretan Aween.
" Ingat sweet?" soal Fahmi mengusik. Aween hanya menjelir lidah.
" Abang, Aween tak nak bincang tentang kisah silam abang lagi. Bagi Aween buku tu dah menerangkan segala-galanya. Dan Aween faham kesedihan, penderitaan dan kekecewaan abang selama ni. Aween hanya minta abang jadi kuat untuk melupakan semua kisah lalu tu. Aween tahu tak mudah tapi abang ada Aween." ujar Aween perlahan.
Fahmi hanya diam. Dipandang wajah Aween yang sentiasa ceria itu.
" Aween umur berapa?"
" Muda lagi."
" Oh." hanya itu balasan Fahmi. Aween mengerut dahi.
" Kenapa?"
" Entah. Macam abang tengok Aween ni dah layak jadi bini orang."
Gulp!
" Apa abang ni? Abang suka Aween ke tak? Kenapa nak suruh Aween jadi bini orang?" soal Aween perlahan. Merajuklah macam ni! Cakap yang bukan-bukan je!
" Lah. Baru cakap sikit dah melenting. Nak jadi bini orang kan? Orang tu abang lah kan?" ulang Fahmi semula. Aween hanya merekahkan senyuman bila menyedari hal itu.
" Nak kata lurus bendul pun ia jugak!" ejek Fahmi lagi.
" Abang bukan main lagi eh? Abang ejek Aween. Dulu masa buat gila tu sikit pun tak nak cakap dengan Aween. Sebenarnya kan masa tu abang tahu tak itu Aween?" soal Aween lagi tatkala mengingati saat-saat mereka bertemu kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...