22 Ramadhan
" Itulah. Menggatal lagi. Miang." ejek Faridah pada Aween. Aween memuncung. Disentuh sedikit buku lali yang membengkak. Semuanya pasal kes semalam. Entah bagaimana tersengih tak ingat dunia sampaikan dia tersadung di hadapan Abang Fahmi tengah-tengah senja itu. Sungguh memalukan!
" Alah, Kak Idah tu macam tak pernah bercinta dengan Abang Man. Lagi nak muntah hijau Aween tengok!" balas Aween pedas. Faridah dulu pun bercinta tak ingat dunia. Sanggup ambil jalan jauh hendak ke sekolah semata-mata hendak lalu di hadapan rumah Abang Man. Kan tak senonoh tu!
" Macam mana sampai boleh jadi macam ni?"
" Semalam. Aween dengar Abang Mi ajak jumpa dekat surau. Tu yang hati bergoncang sikit tu!" balas Aween kemudian tersengih. Faridah mencubit peha Aween.
" Itu maknanya dia cuma cakap jumpa dekat surau. Dia kan tahu Aween, mak dengan Cik Yah selalu ke surau sama-sama masa nak terawih. Itu saja. Aween fikir apa?" balas Faridah lagi.
" Alah. Aween cuma rasa berbunga-bunga. Aween rasa macam Abang Mi ajak Aween sama-sama pergi terawih. Kan seronok kan kalau kitaorang betul-betul suami isteri. Aween boleh pergi membonceng motorsikal dia ke surau." balas Aween lagi. Faridah tunjuk muka geli.
" Aween ni sahlah angau! Daripada sibuk kejarkan Fahmi, baiklah kejar ganjaran 10 malam terakhir ni. Ada jugak faedahnya!"
Dush! Dush! Aween hanya diam mendengarkan itu. Yalah. Dia tahu kadang-kadang rasa sukanya pada Fahmi melampau. Tapi inikan rasa hati Aween. Aween tak ada kuasa hendak kawal-kawal hati Aween.
" Yalah. Aween tahu. Tapi kan kalau Kak Idah nak pahala lebih, Kak Idah buatkan Aween kuih keria untuk buka nanti. Kesian tau Aween. Nak menolong mak pun kaki terhincut macam ni. Boleh ya? Tekak teringin sangat ni. Lagi best kalau ada air tembikai. Sedapnya!"
Faridah sudah menggeleng-geleng. Aween nilah! Tapi kasihan juga kalau mak menyediakan juadah berbuka seorang diri. Sudahlah kaki Aween begitu.
" Yalah. Nanti Kak Idah ke bazar beli tembikai. Kak Idah telefon Abang Man suruh dia terus ke sini kalau habis kerja nanti." Balas Faridah lagi. Aween sudah tersenyum lebar. Seronoknya dapat berbuka ramai-ramai hari ini!
🌹🌹🌹
" Aween dah sihat?" Aween menoleh pada suara itu selepas dia menyarung selipar ke kaki. Automatik dia tersenyum kepada pemilik suara itu.
" Dah okay sikitlah." Aween tunjuk kakinya yang masih berbalut. Fahmi hanya tersenyum. Entah macam manalah Aween boleh tersadung semalam. Tapi gadis itu muncul juga hari ini di surau untuk berterawih.
" Nah." Fahmi hulur plastik kecil berwarna oren itu. Aween mengambil huluran itu lalu melihat isi dalamnya.
" Coklat?"
" Haah. Coklat. Ambiklah. Untuk Aween. Orang sakit kena makan manis-manis. Barulah manisnya sampai ke wajah." ujar Fahmi lagi. Aween rasa hairan mendengarnya.
" Lagi sakit adalah. Manis kan? Tak elok." balas Aween lagi. Tapi tangannya mengambil juga coklat itu. Dibuka plastiknya dan dimasukkan ke dalam mulut. Manis. Sedap. Rasa coklat.
" Haaa... Kan Aween dah tersenyum tu sebab makan coklat. Ini coklat kesukaan abang tau." balas Fahmi lagi. Aween memegang wajah sendiri. Yalah. Dia tersenyum tanpa dia sedar.
" Ini pun coklat kesukaan Aween." Aween terasa hendak ketuk kepala sendiri saat mendengarkan pengakuan itu daripada mulutnya sendiri. Sejak bila jenama coklat kesukaan Fahmi jadi kesukaan Aween pula? Tapi sebab suka punya pasal, Aween sanggup mengaku!
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...