.Bab 13.

1.5K 155 5
                                    

Hye-hye. Selamat membaca.
Sila vote dan jangan lupa komenss! 😁

Selesai solat Isyak, Fahmi duduk di tepi tangga. Menyaksikan bintang yang bergemerlapan di dada langit. Cantiknya.

Subhanallah.

Luka di tangan sudah hampir mengering. Sudah hampir seminggu dia keluar dari hospital. Dan kepala Fahmi mendongak memandang lampu kalimantang yang bernyala. Seketika dia teringat pada Aween. Aween yang sambungkan elektrik ke rumahnya.

Dah lama rumah kita ni tak terang, mak. Aween yang tolong pasang elektrik balik, mak. Aween baik kan, mak? Kenapa dulu Fahmi tak nampak semua itu? Kenapa dulu Fahmi yang buta?

Kisah hidupnya memang dirahsiakan daripada semua orang. Baginya tiada siapa yang patut tahu apa yang berlaku padanya ketika itu.

Cuma dia gusar dengan kehadiran lelaki yang dikatakan Aween ada melawatnya tempoh hari. Mungkinkah itu dia? Hati Fahmi jadi tak sedap. Kalau boleh dia tak mahu ada kena mengena dengan mereka lagi. Dia tak mahu sesiapa pun mengingati dia.

" Haaaaa!! Termenung apa tu tepi tangga macam ni?" Aween menyergah lelaki itu bila melihatkan Fahmi yang termenung.

" Wanginya abang." puji Aween terus. Bau bedak semerbak. Rasa nak cium-cium tau. Ehek!

" Bau bedak. Semalam Rizal Ada hantar bedak, deodoran, macam-macam lagilah." jawab Fahmi. Macam manalah Aween tiba-tiba muncul ni?

" Ohhh abang dah pandailah jaga penampilan ni? Tiap hari makin handsome Aween tengok. Jangan Aween melepas sudahlah." balas Aween mengusik begitu. Fahmi hanya menggeleng.

" Abang lelaki yang tak ada apa-apa Aween. Abang tak sempurna. Abang tak mungkin boleh bahagiakan Aween." ujar Fahmi terus-terang. Dengan keadaan dirinya yang baru hendak pulih itu, dia tak mahu Aween mengharap.

Walaupun cintanya pada gadis itu makin hari makin mekar.

" Klise betul ayat." Aween komen sambil memuncung. Fahmi menggeleng sambil tersenyum.

" Apa yang Aween dapat kalau kahwin dengan abang? Sedangkan hidup Aween jauh lebih baik daripada dahulu. Aween cantik. Aween baik. Aween boleh dapat sesiapa sahaja yang Aween nak?"

" Jadi abang tak faham keajaiban cinta. Kalau Aween boleh memilih dengan siapa Aween nak jatuh cinta, dah lama Aween buat. Dah lama Aween lupakan abang. Entah-entah Aween tak ada depan abang sekarang. Tapi Aween hanya sukakan abang. Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah. Aween tak mintak untuk abang percayakan Aween. Aween mengaku. Aween pernah ada seseorang dekat KL. Tapi Aween sedar Aween takkan boleh bahagia dengan dia. Sebagaimana Aween bahagia di samping abang."

Raid Hamani. Namanya yang Aween sudah padam dari hatinya sejak Aween bertemu kembali dengan Fahmi.

" Abang risau. Abang takut. Abang takut berkahwin lagi."

Aween menoleh pada Fahmi. Takut?

" Kenapa abang?"

Sedar Fahmi sudah tersilap bicara, dia hanya menggeleng.

" Tak ada apa-apa."

Aween yang mendengar tidak bertanya lanjut. Dia selalu merasakan ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Fahmi. Cuma setiap kali dia ingin berbicara, ada saja halangannya.

" Mak dah tidur ke?" soal Fahmi mengubah topik. Aween menggeleng.

" Belum. Tengok tu. Mak skodeng kita dekat jendela dia. Takutlah tu abang bawak Aween masuk rumah."

" Ishhh Aween ni. Tak baik cakap macam tu. Pergilah balik. Tak manis anak dara duduk sini malam-malam. Nanti orang fikir apa." halau Fahmi lagi. Aween gelak. Comelnya Abang Mi kita ni!

Sayangku Aween. Where stories live. Discover now