Sebab ada a few yang kata sedih. Saya cubalah kurangkan kesedihan tu tapi tak taulah menjadi ke tak? Ehek.
Selamat Hari Raya dear readers! Jaga diri. Jaga makan. Jaga kesihatan.🌟
Sila vote and drop your lovely comments here!
Hari sudah semakin gelap. Dengan kedegilan Fahmi tak mungkinlah lelaki itu akan menumpang rumah Aween. Aween suruh mak menelefon tukang baiki bumbung masa itu juga. Bumbung rumah itu harus dibaiki.
" Tapi pak cik tak bolehlah nak tukang betul-betul Aween. Sebab masih tak cukup peralatan." Kata Pak Cik Syam. Aween angguk.
" Tak apalah, Pak Cik. Mana yang boleh je. Asalkan cukup untuk Abang Mi berteduh malam ni." Aween memandang Fahmi yang duduk jauh darinya itu. Sekejap-sekejap Aween memandang Fahmi dan pandangan mereka bertemu.
" Siap dah Aween." seketika Pak Cik Syam menyudahkan kerjanya dan mengemas peralatannya semula. Aween bangun mendekati Pak Cik Syam. Dihulur dua not lima puluh keping. Pak Cik Syam tersengih dan menggeleng. Diambil sekeping sahaja not lima puluh itu.
" Eh, kenapa pak cik?"
" Tak apalah, Aween. Pak cik terharu sangat. Ada orang yang masih ambil berat pasal Fahmi. Sebab pak cik kadang-kadang sedih bila tengok layanan orang kampung terhadap Fahmi." balas Pak Cik Syam begitu. Yalah. Aween pun faham. Biasalah. Jarang orang hendak bersikap baik pada insan seperti Abang Fahmi.
" Baiklah, pak cik. Terima kasih ya?" ujar Aween apabila Pak Cik Syam sudah meminta izin untuk pergi. Tinggallah Aween dan Fahmi sahaja di situ.
Fahmi mendekat pada Aween dan memandang bumbung itu.
" Dah dibaiki, bang. Cuma belum sempurna. Tapi kalau hujan malam ni, tak bocor pun. Kukuh tu. Tak terbang sebab Pak Cik Syam dah gantikan dengan atap zink baharu." cerita Aween lagi. Fahmi memandang tidak percaya.
" Tak ada orang nak intai aku ke?"
" Intai?" soal Aween hairan. Fahmi menunjuk bumbung itu. Aween tergelak.
" Tak adalah abang. Takkanlah orang nak intai abang dekat bumbung tu kut. Kalau nak intai, hot spot dia dekat dengan bilik abang tu. Dinding dia kayu. Tapi ada jarang-jarang sikit. Semut pun boleh lalu. Cahaya pun boleh masuk. Aween pernah je tengok."
Dasar Aween mulut lepas!! Merah wajah Aween. Dulu dia pernah curi-curi tengok Fahmi sedang tidur dalam bilik melalui lubang itulah. Tapi setakat tengok tidur jelah ya! Bukan lain-lain hal!
" Kau intai aku?"
" Tak! Aween tertengok je."
" Sebab aku handsome?" eh! Aween menggeleng laju. Tengok muka tidur je pun! Meleleh air liur basi mana ada kacak! Muka macam kambing makan rumput saja!
" Tak. Abang Mi langsung tak handsome. Dulu, kini dan selamanya." balas Aween tegas. Fahmi hanya tersenyum-senyum. Diseluk poketnya dan dihulur pada Aween.
" Mak aku cakap tak elok hutang orang." Aween pandang dua keping not seringgit yang dihulur.
" Tak payah. Aween ikhlas." Aween menuturkan itu namun hatinya bagai digeletek melihat Fahmi ingin membayarnya RM2.
" Kau mesti fikir aku nak bayar RM2 je kan? Aku akan bayar RM48 lagi tapi bukan sekarang."
Aween mengerut dahi. Hatinya pasti. Fahmi tak gila.
" Aween tak mahu duit abang."
" Habistu?"
" Aween nak kasih abang. Kasih yang abang hutang dengan Aween." balas Aween begitu. Matanya bertentangan dengan mata milik Fahmi. Walau dalam kelam malam, dapat Aween lihat Fahmi seperti terkejut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...