.Bab 11.

1.6K 141 16
                                        

Hye. Selamat membaca.

Sila vote dan drop your lovely komen hokeyyy! 😗

Aween terasa bosan. Entah apalah yang hendak dibuat di kampung ini. Dia sudah mula rindu pada butiknya di KL. Tetapi masa belum mengizinkan dia untuk ke sana. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan Raid. Baru tadi dia scroll gambar terkini Raid di Instagram. Baru-baru ini Raid menghadiri majlis tunang adiknya. Segak bergaya di samping Zara Sofea. Makin luluh hati Aween.

Aween cepat-cepat ingin menghilangkan sedih. Dia melihat rumah Fahmi yang gelap. Yalah sekarang sudah hampir pukul 9. Mak bercerita sejak Fahmi sakit begitu, rumah itu tidak ada bekalan elektrik. Fahmi cuma guna lampu pelita sahaja sebagai sumber cahaya.

Bimbang juga Aween kalau-kalau pelita itu membakar rumah Fahmi ketika lelaki itu tidur. Aween mengintai mak yang sedang berbual-bual di telefon dengan Faridah. Perlahan dia melangkah ke turun ke tangga dan menyarung selipar. Mahu kena bebel dengan mak kalau mak tahu dia ke rumah orang lelaki malam-malam begitu.

Aween mendekati rumah Fahmi. Senyap saja. Niat Aween hendak tahu Fahmi baik-baik sahaja. Mungkin Fahmi sudah tidur. Aween melabuhkan punggung di pangkin situ. Sejuk terasa. Layan drama Korea pun syok jugak ni! Tangannya laju membuka drama Korea yang diiingini.

Hati Aween yang sunyi tadi sudah diisi dengan wajah kacak Park Seo Joon itu.

" Buat apa tu?"

" Opocot mak kau!"

" Mak aku?" Aween sudah mengurut dada. Sejak bila Fahmi muncul di sisinya?

" Abang... Bukan tidur ke?" soal Aween perlahan. Fahmi menggeleng. Matanya memandang skrin telefon bimbit milik Aween.

" Buat apa tu?"

" Layan drama korea. Best tau. Dahlah hero handsome. Sejuk biji mata." balas Aween tersengih. Dipandang skrin telefon semula.

" Sejuk biji mata ke bulat biji mata?" soal Fahmi perlahan. Aween terkedu. Kenapa nadanya seperti.....?

" Cemburu?"

" Tak." balas Fahmi lagi. Matanya tak lepas memandang si hero yang tengah bercakap itu.

" Cerita apa tu?"

" Fight for my way. Nak dekat 14 kali Aween ulang cerita ni tau. Seronok sangat. Sweet jugak pun ada." Aween bercerita teruja.

" Siapa nama lelaki tu?"

" Ni? Park Seo Joon. Handsome kan? Bersih je muka dia. Rambut dia hot sangat. Aween mula minat dia lepas tengok cerita Witch Romance. Dalam tu dia bercinta dengan perempuan yang berumur daripada dia."

Aween tunjuk muka Park Seo Joon pada Fahmi. Fahmi pegang muka sendiri yang seperti hutan Amazon itu. Berjambang. Rambut panjang. Bila nak ditebas pun tak tahulah. Lain benar dengan si Park Seo Joon.

" Lepastu Aween cari pulak cerita dia yang lain. She Was Pretty. Tu pun seronok jugak. Dia bercinta dengan perempuan yang dia fikir kawan lama dia padahal bukan. Rupanya kawan lama dia tu perempuan yang kerja dekat tempat dia. Lepastu Aween tengok Hwarang. Lepastu, What's Wrong With Secretary Kim. Tapi favourite Aween cerita nilah. Fight for my way. Dia pun berlakon movie jugak. Mungkin abang boleh cuba tengok Midnight Runners. Best jugak kalau abang tak minat tema romcom. The Divine Fury pun okay. Latest, dia berlakon dalam Itaewon Class. Tapi Aween belum tengok lagi. Jadi abang nak tengok yang mana? Aween boleh bukakan."

Suasana jadi senyap. Aween menoleh pada Fahmi.

" Lah punyalah Aween membebel pasal pujaan hati Aween boleh pulak abang tertidur?" soal Aween lagi. Geram pulak tengok Fahmi tersengguk-sengguk begitu.

Sayangku Aween. Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang