Selamat membaca.🌷
Aween tersengih melihat si kembar berdua itu melalui video call. Sempena dengan hari lahirnya semalam, Riana memberinya cuti pulak hari ni. Syoknya! Boleh berguling dekat katil. Layan Netflix. Makan ais krim!
" Terima kasih Mak Cu. Kitaorang suka toys yang Mak Cu belikan ni." sengih si manja di skrin telefon bimbit itu.
" Ye ke? Jiji suka mainan mermaid kan? Sebab tu Mak Cu belikan.... "
" Mak Cu! Ini Jaja lah. Bukan Jiji!" Aween tepuk dahi. Dia fikir yang bercakap dengannya itu Nur Jihan. Rupanya Nur Jannah.
" Lah ni Jaja ke? Mak Cu susah nak bezakan. Jiji dengan Jaja mukanya sama sangat." pujuk Aween tatkala melihatkan Jannah memuncung.
" Ini Jaja. Sebab Jaja ada tahi lalat dekat tepi pipi." Jaja selak rambutnya ke tepi menampakkan sisi wajahnya yang ada tahi lalat.
" Lah, manalah Mak Cu tahu. Mana Mak Cu nampak. Lain kali nak video call dengan Mak Cu mesti kena introduce diri sendiri dulu." pesan Aween lagi. Ada-ada sajalah anak Faridah ni. Dah besar rupanya Nur Jihan dan Nur Jannah. Dah darjah satu tahun ni. Cepat betul masa berlalu.
" Mak Cu memanglah susah kenal kitaorang. Sebab Mak Cu tak pernah nak balik sini!" Jaja bersuara lagi menyentuh hati Aween. Yalah. Sejak Aween mengikut mama dan papa mana pernah Aween pulang ke kampung lagi.
" Jiji mana, sayang?" soal Aween melihatkan Jaja hanya keseorangan.
" Jiji tidur."
" Boleh Mak Cu cakap dengan umi?" pinta Aween lagi. Dia mahu bercakap dengan Faridah. Jaja angguk. Kelihatan Jaja seperti membawakan telefon bimbitnya kepada uminya. Aween sabar menunggu.
" Assalamualaikum!!" laungan itu membuatkan Aween ketawa. Faridah muncul dengan bedak sejuknya.
" Waalaikumussalam. Kak Idah! Dah pukul dua petang kut! Takkan tepek bedak sejuk lagi?" usik Aween begitu. Faridah mencuka.
" Hello! Ini treatment muka versi kampung yang meletopss kebabom, okay? Kau orang bandar apa tahu? Bila pakai terasa mulus je muka. Abang Man sentuh muka akak pun tangan dia tergelincir tahu?" ujar Faridah lagi membebel. Aween hanya terkekeh ketawa. Terhibur hatinya dengan celoteh Faridah.
" Yalah. Kak Idah sentiasa cantik. Aween tahu tu. Sebab tu Abang Man tergila-gilakan akak." puji Aween lagi. Tangannya ringan membuka pintu peti ais dan diambil sebekas air krim.
" Tahu pun. Ini baru video call dah kata cantik. Belum tengok real life lagi." balas Faridah pula. Matanya menangkap Aween yang sedang menyuap ais krim ke mulut.
" Kau tak ada nasi ke kat rumah tu Aween?"
" Ada je kak. Kenapa?" soal Aween hairan.
" Kau sorang-sorang ke tu?" soal Faridah lagi. Riaknya nampak kurang senang. Aween senyum nipis.
" Haah. Mama dengan papa tak ada. Aween dapat cuti hari ni. Tu yang melepak je ni. Malas keluar." balas Aween lagi. Faridah hendak mula 'enjin membebel' dialah tu!
" Makan benda yang berkhasiat sikit, Aween. Akak tengok kau ni kurus je. Sahlah kau kena kahwin. Baru gemuk macam aku ni, Aween. Mak pesan supaya kau jaga diri baik-baik dekat sana. Atau susah-susah pun balik sini. Kami boleh masakkan makanan kesukaan kau. Macam dulu-dulu."
Faridah sudah menarik muka memandang Aween. Marahlah tu!
" Aween okaylah kak."
" Memanglah okay. Tapi Kak Idah tahu hati Aween tu macam mana... " balas Faridah perlahan. Aween sudah pun menceritakan segalanya berkenaan Fahmi itu!
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...
