" Saya Aween. Bakal isteri Abang Fahmi."
Lelaki itu mematikan langkah.
" Jadi?"
" Saya nak tahu awak siapa pada Abang Fahmi. Saya yakin awak tahu kenapa Abang Fahmi sampai boleh depressed macam tu." ujar Aween lagi. Lelaki itu menghembus nafas perlahan.
" Kalau awak bakal isteri Fahmi, mungkin ini kali terakhir saya akan datang sini."
Aween berwajah hairan.
" Kenapa?"
" Sebab saya tahu dia dah bahagia dengan awak, Cik Aween. Mungkin... "
" Tak kisahlah siapa saya pada dia. Apa yang penting saya nak tahu apa yang jadi pada Abang Mi selama dia kahwin dengan Afifah."
Saat menyebut nama Afifah, serta-merta lelaki itu berwajah pucat.
" Saya balik dulu."
Lelaki itu cepat-cepat pergi meninggalkan halaman rumah Fahmi.
" Tak apa. Lambat laun nanti aku tahu jugak." ujar Aween perlahan seraya beredar dari rumah itu.
🌹🌹🌹
Fahmi meneguk air mineral perlahan. Segar rasanya bila air sejuk menuruni kerongkongnya selepas berpanas di kebun. Matanya memandang Aniq, pekerja Pak Samad yang turut bekerja di situ. Muda budaknya. Tapi rajin sekali.
" Abang dah makan, bang? Kalau belum, jomlah kita makan sekali. Isteri Aniq ada masak lebih." Aniq turut duduk di pangkin bersama Fahmi. Kerja-kerja di kebun sudah hampir siap.
Fahmi yang menggeleng perlahan.
" Makanlah. Abang belum lapar. Rajin isteri Aniq masak."
" Isteri abang tak masak?" soal Aniq lagi. Aniq tu bukan duduk di kampung ini. Mungkin sebab itulah dia tak tahu akan perkara yang berlaku pada Fahmi.
" Tak. Isteri abang dah tak ada." balas Fahmi tenang.
" Maaf, bang. Aniq tak tahu. Jadi abang tak nak kahwin lain?"
Giliran Fahmi pula diam.
" Perlu ke kahwin lain?" soal Fahmi begitu. Walaupun hatinya pasti dengan Aween, tapi kadangkala timbul keraguan. Bukankah dia sudah selesa membujang? Bukankah dia berjanji sudah tidak ingin terlibat dengan mana-mana perempuan selepas Afifah?
" Ikut abanglah. Tapi bang, sunyi hidup sendiri ni. Bagi Anis keluarga tu satu pencapaian. Aniq pun bukan baik sangat dulu. Kerja pun pemalas. Mak bagi duit tiap bulan. Tapi bila berkahwin, kita rasa segan. Dengan isteri. Dengan mertua. Akan ada rasa dalam diri kita nak yang terbaik untuk orang yang kita cinta. Sebab tu Aniq kerja siang malam. Lagi-lagi isteri Aniq mengandung dua bulan dah." cerita Aniq gembira. Fahmi turut tersenyum. Betullah tu.
" Tapi macam mana kalau kita yang disakiti?"
" Dengan isteri?" soal Aniq sambung mengunyah. Fahmi angguk.
" Biasalah tu bang. Kadang-kadang bergaduh. Kadang-kadang berbaik. Lumrah rumah tangga." balas Aniq lagi. Botol air dibuka dan dijirus pada tangan kanan.
Fahmi hanya senyap. Lumrah rumah tangga?
🌹🌹🌹
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...
