Bab 20

1.8K 151 10
                                    

Another update guys! Thank you so much sebab masih setia dengan cerita ni even saya hapdet ikut mood je.😆

Setahun berlalu.

" You okay tak ni?"

" Much better." Aween senyum. Namun Raid tahu gadis itu sedang merasa tidak selesa selepas sesi kemoterapi. Kesian buah hati dia ni!

" You nak apa-apa tak?" Aween geleng.
" Ke you nak I?" soal Raid tersengih. Nakal. Aween membesarkan mata. Apalah tanya begitu depan public ni oiii! Tak pasal-pasal salah faham nanti.

" Raid. I jerit dekat sini kang. You baliklah. Wife you mesti tunggu. Kejap lagi Riana datang jemput I."

" Riana? Mama dan papa you mana?" soal Raid lagi. Sedikit geram dengan sikap ibu bapa Aween. Macam tak sayang anak langsung. Aween sedikit tersenyum. Faham apa yang bermain di fikiran Raid.

" They are good parents, okay? No worries. Kadang I rasa sakit ni satu hikmah untuk I. Mama dan papa makin prihatin dekat I. Jarang nak ke overseas sebab I kan tak sihat. Jadi I rasa bila I sakit, I makin disayangi."

" True. And I love you too." Raid bersuara yakin. Aween hanya menggeleng perlahan.

" Apa yang you geleng?"

" I hairan. You tak penat ke? Kejar I walaupun you tahu you takkan ada peluang lagi? Sebab I suka dekat orang lain." jujur benar Aween kali ini.

Sakit hati Raid!

" Aween, I sayangkan you. Malah kalau Fahmi tak terima you lagi dengan keadaan you sekarang I masih setia tunggu you. I akan jaga you sebaiknya. Sesungguh hati. I akan ada di masa sakit you, perit you. Dan I dah buktikan dengan perbuatan I."

Aween yang mendengar hanya diam. Benar. Selama dia sakit, Raid dan Riana adalah sahabat setianya. Setiap kali Aween hendak putus asa wajah-wajah itu tidak pernah berhenti memberi sokongan.

Tapi, Aween tak mahu beri harapan lebih-lebih pada Raid.

" Raid. Jangan mengarut lagi okay. I tak suka dengar."

" Fine. Tapi kalau you tak jadi kahwin, I sedia dekat sini okay? Bila you gerak ke kampung?"

Aween senyum. Setelah setahun berlalu, setelah Aween fikir Aween mampu jadi wanita yang kuat, Aween hendak pulang ke kampung.

" Lusa."

" Macam mana kalau Fahmi tak terima you?" soal Raid lagi. Cuma menambah keresahan di hati Aween.

" I tak nak fikir pun Raid. I nak balik. I nak jumpa Abang Mi. I kan dah janji. I akan jumpa dia semula bila I dah sihat. Bila I dah kuat."

Raid terdiam. Aween betul-betul nekad. Nampak sangat dia benar-benar cintakan Fahmi.

🌹🌹🌹

Kali ini Aween memandu sendirian. Pertama kali sejak pembedahannya pada tahun lepas. Dan Aween berhati-hati saat melewati jalan kampung yang tidak banyak berubah. Sebelum hendak pulang dia hendak singgah ke kedai runcit dahulu.

Saat Aween hendak memberhentikan kereta kelihatan seorang lelaki melintasi di hadapan keretanya sambil dikejar Pak Azmi si tuan kedai.
" Kecik-kecik tak nak mati dah besar menyusahkan!!" suara jerkahan itu kedengaran kuat pada lelaki yang melintasi jalan.

" Siapa tu Pak Azmi?"

" Biasalah. Dah gila mencuri makanan je kerjanya!" marah Pak Azmi lagi. Jantung Aween sudah berdegup kencang. Ya Allah, Abang Mi ke?

Sayangku Aween. Where stories live. Discover now