.Bab 9.

1.4K 132 13
                                    

Hye! Masih macam ramai tertanya-tanya pasal Fahmi ni betul ke gila ke main-main je?

Saya akan ceritakan setiap bab perkembangan Aween dan Fahmi ya? So jangan risau. Jarang saya tak buat happy ending untuk cerita saya ni!

Sila vote dan put your comments here!  Selamat membaca. ♥

Bila Aween bertanyakan mak selepas saja Aween pulang dari kedai, wajah mak berubah. Mak yang sedang memotong pisang terus berhenti lalu melabuhkan duduk di kerusi. Air matanya bergenang.

" Mak, ceritalah dengan Aween. Mati-mati Aween fikir Abang Mi dah pindah dengan isterinya ke tempat lain. Kalau Aween tak jumpa tadi sampai mati agaknya Aween tak tahu."

" Aween! Kenapa sebut macam tu?" suara mak tinggi sedikit menegur Aween yang lancang berkata-kata. Aween diam. Memang betul pun kan? Kalau Aween betul disahkan menghidap kanser, bukankah pilihan yang Aween ada adalah kematian? Lambat laun Aween akan mati jugak kan!

" Maafkan Aween, mak. Tapi mak ceritalah dekat Aween. Kenapa sampai macam ni sekali? Kenapa teruk sangat Abang Mi tu?" soal Aween lagi. Mak menyeka mata perlahan. Padanlah Aween perasan gelap saja rumah itu seperti tidak berpenghuni. Rupanya Abang Mi hidup tak ada air dan elektrik agaknya dalam rumah tu!

" Abang Mi tu dah sakit selepas Cik Yah meninggal. Kesian hidupnya. Makin melarat. Tak ada saudara-mara datang membantu. "

" Habistu isterinya macam mana?"

Mak diam. Dia menelan liur.

" Ada sesuatu yang jadi ke dekat isteri Abang Fahmi, mak?" ulang Aween semula. Mak memandang rumah milik Cik Yah itu. Siapa sangka rumah itu pernah diselubungi kesedihan?

🌹🌹🌹

" Ri, kau mesti tahu kan kat mana Aween?" Raid menyoal lagi. Riana memegang dahinya kejap.

" Kau jangan nak jadi radio rosak pulak dekat sini Raid. Kang aku hantar kau pergi repair. Yang duk ulang-ulang soalan yang sama dari tadi? Manalah aku tahu. Aku pun ditendangnya suruh naik teksi semalam. Kau fikir?" jelas Riana lagi. Sakit kepalanya bila Raid mendesak begitu.

" Masalhnya aku telefon dia tak jawab."

"Kalau kau pojaan hati dia pun dia tak jawab, apatah lagi aku, Raid."

" Tolonglah jangan rahsiakan apa-apa daripada aku, Ri. Aku berhak tahu di mana Aween. Aween tu sakit. Tugas kita bawa dia pergi check up." jelas Raid lagi. Riana yang mendengar hanya tersengih sinis.

" Kalau kau sayangkan career kau, better kau tinggalkan Aween. Raid, kau faham tak? Kau dah kahwin. Aween single. Dalam hal ni siapa yang bersalah? Siapa akan kena tuduh? Kitaorang Raid. Perempuan. Bukan lelaki."

" Aku tak nak dengar apa-apa. Bagi aku nombor telefon mama dan papa Aween. Aku nak contact diaorang. Tanya kat mana Aween mungkin duduk sekarang ni." Raid mengambil telefon Riana sesuka hati. Cepat-cepat Riana merampas kembali dan menggeleng.

" Kau balik sekarang. Kau ni semaklah. Jaga je bini kau tu!" balas Riana kemudian beredar. Sakit hati. Sakit otak melayan Raid itu.

Raid hanya mengeluh berat. Lalu dia segera berlalu ke pintu butik.

🌹🌹🌹

2 tahun berlalu.

Miah melihat sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah arwah Cik Yah itu.

Sayangku Aween. Where stories live. Discover now