Hye. Selamat membaca. Do vote and comments okay!
Cik Yah mengipas wajahnya perlahan. Matanya memandang Cik Miah. Rombongan bertemu dengan keluarga Afifah baru sahaja selesai sebentar tadi.
Faridah datang membawa dua cawan kopi. Dihulur pada Cik Yah dan emaknya.
" Mana Fahmi? Uiii... Dah nak kahwin langsung tak nampak bayang hidungnya." balas Faridah mengusik. Namun air muka Cik Yah semacam tidak gembira.
" Mana aku nak cari duit ni, Miah? RM 25 000 tu bukan sikit... "
Cik Miah menggosok perlahan bahu Cik Yah. Meminta sahabatnya itu bertenang.
" Tenang, Yah. Fahmi tu mesti akan ikhtiar caranya. Mana tahu Afifah boleh berbincang dengan keluarga dia. Boleh dapat kurang ke?" ujar Cik Miah begitu. Faridah yang mendengar menggeleng. Ini jenis meminta hantaran tinggi lah ni. Fahmi tu kan kerja kebun saja. Manalah dia ada wang sebanyak itu.
" Rasanya kalau Fahmi dengan Aween, soal duit hantaran ni tak banyak soal, Cik Yah. Kami terima apa yang Fahmi mampu. Tapi tulah. Dah ada depan mata yang seberang jugak nak berkenan di hati. Nak buat macam mana kan... "
Faridah jadi sakit hati. Penyebab utama Aween meninggalkan kampung ini sebab budak Fahmi itulah. Kesian budak tu. Raya pun tak sempat di kampung ni.
" Idah...pergi ambil serai belakang rumah. Mak nak masak sikit malam nanti." Cik Miah menegur dalam kelembutannya. Orang tengah susah hati, boleh cakap macam tu.
" Tak pe, Yah. Kau kumpul mana boleh. Yang tak cukup tu beritahu aku. Mana tahu aku boleh tolong... " ujar Miah lagi. Setakat RM 5000 tu adalah simpanannya sedikit. Bolehlah kalau hendak membantu. Cik Yah mengesat air mata sendiri.
" Terima kasih, Miah. Aku minta maaf. Pasal Fahmi dengan Aween. Aku tak tahu Aween mengharap pada anak aku tu. Kalau tak memang aku jodohkan mereka sebelum Fahmi kenal dengan Afifah lagi..."
" Dahlah tu Yah. Ini soal jodoh. Atur macam mana pun kalau bukan dengan izin Allah, takkan jadi."
🍃🍃🍃
" Abang tak mampu Fifah."
Afifah hanya diam. Matanya berkaca memandang Fahmi.
" Abang kata abang dah kumpul."
" Ya. Tapi abang tak jangka umi Fifah akan mintak sebanyak tu. Abang cuma ada dalam RM 10 000 sahaja. Abang janji Fifah. Abang akan try cari. Cuma abang perlukan sedikit masa... "
Afifah menelan liur.
" Fifah tak boleh tunggu lagi."
" Tapi kenapa?"
" Umi cakap dia nak Fifah kahwin tahun ni jugak. Kalau bukan dengan abang, dengan orang lain. Pilihan umi. Fifah tak nak." ujar Afifah perlahan. Dia perasan dengan jelingan umi. Jelingan Abang Long Adam. Semuanya kurang restu dengan hubungan ini. Hanya kerana dirasakan Adan Fahmi itu tidak setaraf dengan mereka.
Tapi Afifah benar-benar cinta.
" Apa pilihan yang abang ada, Fifah?" soal Fahmi perlahan. Kusut fikirannya. Afifah memandang sekeliling.
" Abang pakai duit Fifah dulu. Fifah ada RM 10 000. Campur dengan abang. RM 20 000. Tinggal nak cari lagi RM 5 000. Boleh kan abang?"
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...