.Bab 16.

1.5K 85 0
                                    

Hye. Sorry for the late updates. Here another two chapter berkaitan dengan Fahmi-Afifah. Hope semua boleh enjoy cerita ni lagi hokeyyy! Jangan lupa votes and comments Okayy!

------------------------------------------------------

Catatan empat.

Mak, apa agaknya rasa sakit ketika mak pergi tanpa ada yang melihat? Tanpa ada yang merintih? Apa lagi peduli?

Mi anak derhaka mak.
Maafkan Mi.
Mi janji. Mi akan selalu dengan mak lepas ni. Mi takkan ke mana-mana.

-Adan Fahmi-

🍃🍃🍃

Afifah memandang Fahmi yang masih termenung. Duduknya tetap di situ. Fahmi hanya akan mandi, solat dan minum air sahaja. Itu saja rutinnya sejak empat hari lepas.

Lebih tepat sejak emak meninggal dunia.

Afifah tahu Fahmi sangat terkilan. Dia tidak dapat melihat mak saat mak sakit dan menghembuskan nafas terakhir. Kadangkala Afifah fikir itu semua salahnya. Kalau dia tidak memaksa Fahmi duduk semalam lagi di rumah umi, semuanya takkan jadi begini.

Telefon bimbitnya berdering. Afifah menjauh daripada Fahmi. Dia melangkah ke dapur bagi menjawab panggilan uminya.

" Hello. Assalamualaikum, umi."

" Waalaikumussalam. Bila nak balik? Takkan nak meratap meleleh air mata dekat kubur tu 24 jam? Balik ke mari. Maknya bukan ada dekat sana lagi. Buat apa terperuk sana?"

Suara umi kedengaran memaksa. Afifah meraup wajah perlahan.

" Tapi Abang Mi kan masih sedih, umi. Kesian dia. Biarlah kami dekat sini seminggu lagi ke?"

Afifah kali ini bersikap menyebelahi suaminya. Uminya sudah mendengus geram.

" Seminggu saja ya? Lepastu balik ke sini. Kalau umi tak nampak muka Fifa. Jangan sampai umi yang ke sana. Sakit laki kamu tu nanti umi kerjakan."

Kasar sekali bahasa umi. Afifah sedar. Umi tidak pernah merestui. Sehinggakan kini, masih tidak.

" Ye. Nanti Fifa cuba cakap dengan Abang Mi."

Afifah terus menutup telefon. Dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata umi yang menyakitkan hati.

🍃🍃🍃

Seminggu selepas itu.

" Abang." Afifah memanggil perlahan Fahmi yang masih duduk bersila di anjung rumah. Angin bertiup lembut. Nyamannya. Rumah mak mana pernah tak nyaman.

" Abang."

" Nak apa?" suara itu kedengaran perlahan.

" Abang marahkan Fifah lagi?"

Diam. Fahmi diam.

" Fifah mintak maaf kalau abang marahkan Fifah. Tapi percayalah Fifah sayangkan mak sebagaimana Fifah sayangkan umi Fifah sendiri. Fifah tahu abang sedih. Tapi kehidupan ini perlu diteruskan. Abang ada Fifah. Dan yang paling penting, abang ada anak kita yang bakal lahir. Takkan abang tak nak tengok anak abang? Tak nak sentuh perut Fifah? Tak nak cakap dengan baby kita? Baby kita nak dengar suara abang.... Abang jangan buat Fifah macam ni... Fifah nak abang yang dulu."

Sayangku Aween. Where stories live. Discover now