Hye. Selamat membaca!
Aween tersenyum pada Puan Humairah yang muncul hari ini. Hairan juga dia bila Puan Humairah hanya berseorangan tanpa anaknya yang hendak fitting baju.
" Suraya mana, puan?" soal Aween hairan. Apabila ditanya wajah Puan Humairah berubah sekaligus matanya kelihatan berkaca.
" Suraya meninggal dunia dua minggu lepas." jawab Puan Humairah begitu. Terkejut Aween. Manalah dia sangka yang Suraya semuda itu akan meninggalkan dunia ini.
Tapi Aween, mati kan tidak mengenal usia. Kau pun....
" Boleh saya tahu kenapa, puan?"
" Kanser. Dah lama cuma saya ingat Su akan sihat. Akan kuat melawan sakitnya itu. Cuma, saya tak sangka Su... akan pergi secepat ini." tangisan Puan Humairah kedengaran. Hati Aween rasa meleleh. Kalau Aween sakit dan mati nanti, mak mesti akan menangis begitu juga kan?
" Takziah puan. Semoga Suraya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman." itu saja yang mampu dikatakan Aween. Kerana mengenali arwah Suraya, wanita itu memang baik. Sentiasa ceria setiap kali melangkah ke butiknya. Pandai menerima pandangan Aween dan Riana demi menghasilkan baju pengantin yang cantik sesuai dengan Suraya. Apakan daya hendak menyarung saja Suraya tak sempat...
" Pasal baju tu, saya nak ambik hari ni ya? Boleh?" pinta Puan Humairah. Cepat-cepat Aween menyuruh Camellia mendapatkan baju itu.
🌹🌹🌹
Aween menangis teresak-esak di hadapan cermin itu. Tangisannya bergema tatkala mengingatkan perbualannya dengan Puan Humairah tadi. Ya Allah, takutnya kalau Aween harus mati dulu. Sedangkan Aween tak banyak pahala, Aween berdosa...
" Aween." Riana menegur dan terkejut tatkala melihatkan wajah sememeh Aween.
" Aween, kau kenapa ni?" Riana memegang kedua-dua belah bahu wanita itu. Aween masih teresak-esak.
" Aku takut aku akan mati, Ri. Kau tahu tak? Dekat dada aku ni ada ketulan. Sakit sangat. Sampaikan aku nak bernafas rasa lelah. Macam mana kalau aku kena breast cancer, Riana? Aku takut. Aku tak nak mati... " Aween menuturkan itu sambil menggeleng-geleng. Riana sudah terkejut terus memeluk Aween.
" Kenapa tak cakap awal-awal dengan aku, Aween? Kita pergi hospital okay? Kita kena periksa walau apa pun yang terjadi. Kalau masih baharu, mesti ada treatment yang bagus untuk kau. Doktor akan buat yang terbaik untuk kau."
" Aku takut, Ri. Macam mana kalau betul?" Itu saja diulang Aween menunjukkan betapa dia risau kalau hal yang difikirkan itu benar-benar terjadi.
Riana hanya diam.
" Kita pergi hospital. Now, Aween. Aku bawak kau." balas Riana lagi menseka air mata Aween yang tak henti-henti mengalir.
🌹🌹🌹
Raid, please come here. Aween sakit.
Raid meraup wajah perlahan. Dengan mesej Riana itu menjadikan Raid tidak senang duduk. Acara bergambar sebentar tadi pun dia terus batalkan saat membaca pesanan dari Riana. Cepat-cepat dia bergegas ke hospital yang Riana nyatakan itu. Kereta Raid diparkir dan terus Raid mencapai kaca mata hitamnya dan topi.
Perlahan dia melangkah ke arah ruang menunggu yang menempatkan Riana dan Aween.
" Raid!" Riana memanggil kemudiannya dia tersedar. Perlahan dia memandang sekeliling. Nasib baik tiada siapa yang perasan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...
