Bab 22

4.2K 261 37
                                    

Votelah. Last vote tau nih. Heheh. Selamat membaca.

" Abang. Abang nak bunga telur warna apa ni? Oren ke? Biru ke? Hitam ke?" Aween menggaru kepala. Dua minggu saja masa yang ada jadi dia perlu cepat.

Fahmi yang sedang berada di kebun itu hanya diam.

" Abang dengar tak ni?"

Senyap. Fahmi hanya bekerja.

" Dia buat pekak pulak ya? Orang nak senangkan dia, dia buat hal pulak. Tahu tak tinggal lagi dua minggu saja kan?" Aween sudah membebel mencekak pinggang.

" Tak payah fikir apa. Semuanya dah diuruskan. Tak payah fikir. Duduk rumah diam-diam je." itu jawapan Fahmi.

" Helo! Kita nak kahwin tau. Bukannya main kahwin-kahwin kipas pakai daun pisang sanding tepi reban ayam okay?" ujar Aween. Sudah mula hendak naik angin. Sikap acuh tak acuh Fahmi membuatkan dia jadi gerun. Macam mana kalau sebenarnya Fahmi cuma menipunya?

Cuma hendak membalas dendam pada dirinya?

" Sanding dekat rumah awaklah. Dah kenapa mengarut reban ayam pulak dah?" soal Fahmi perlahan. Kacau je orang nak kerja ni. Aween garu kepala lagi.

" Abang nak game Aween ke? Abang nak buat seolah-olah kita ni nak kahwin dan abang akan tinggalkan Aween kan? Macam balas dendam macam tu kan?" mulut Aween tidak dapat ditahan lagi bila melihatkan Fahmi sambil lewa begitu.

Fahmi mengambil sebilah parang. Aween sudah senyap tatkala Fahmi mengeluarkan parang itu dan ditunjuk pada Aween.

" Tuduhan yang tak berasas dan melulu tu."

Tangannya menebas pokok pisang di situ. Aween sudah merasa lega.

" Tak adalah. Cuma Aween hairan abang macam tak beria. Aween nak kita jayakan majlis ini bersama-sama.Salah ke?" soal Aween lagi. Dia sedihlah bila begini.

" Saya sibuk."

Aween angguk kepala sahaja. Yalah buatlah keras kepala sendiri. Aween tak kisah pun.

" Aween balik dulu."

" Baliklah. Siapa suruh datang sini pun." gumam Fahmi perlahan namun jelas di pendengaran Aween.

Eiiiii, benci Abang Mi!

🌹🌹🌹

" You rasa Fahmi betul-betul suka I tak, Raid? I penat tau fikir betul ke tak Fahmi nak kahwin dengan I sebab dia macam tak beria... Mungkin you lebih faham sebab you kan dah kahwin."

Aween menghubungi Raid petang itu. Mungkin Raid sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin ada jawapannya.

"Maybe dia saja nak prank you kut. Entah-entah dia saja janji dengan you. Sebab nak balas dendam."

Suara Raid kedengaran jelas. Aween sedikit merasa kurang senang dengan pernyataan Raid itu. Rasanya silap orang kut tempat dia nak bertanya. Aween kan tak tahu kepala otak si Raid tu macam mana agaknya?

" Mengarutlah you ni! I tahu Abang Mi takkan buat macam tu. You jangan nak jadi batu api, Raid. I hempuk kepala you nanti. Kita kan dah janji? No hard feelings. We're best friend forever. I, you dan Riana. Kan?"

Kedengaran tawa Raid.

" Yelah, my princess. I tahu peluang I dah lama tertutup. I dah kahwin. You pun nak kahwin kan?"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 11, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Sayangku Aween. Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang