27 Ramadhan.
" Aween.... " Mak melekapkan tangannya pada dahi Aween. Panas terasa membuatkan hati mak jadi risau. Aween demam. Patutlah Aween tak bangun menolong dia menyiapkan makanan untuk sahur. Selalunya Aween sudah terpacak di dapur.
Aween demam sebab semalam ke? Bukan mak tak tahu Aween tu senang demam kalau banyak fikir. Stres agaknya bila Diana, ibunya itu asyik memaksa dia pulang.
" Aween nak puasa tak?" soal mak kepada Aween yang masih menutup mata. Aween bergerak sedikit saat menyedari mak sedang duduk di sisinya.
" Aween demam."
" Mak tahu. Mak dah rasa dahi Aween tadi." Aween memegang tangan mak lama. Memanglah dahi Aween panas tapi kaki Aween rasa sejuk nak menggigil.
" Aween nak puasa."
" Mak ambikkan ubat dengan makanan ya? Aween sahur tapi kalau pagi nanti tak larat, Aween buka sajalah." jelas mak lagi. Sahlah! Ini mesti kes semalam. Aween elok-elok saja semalam tapi sebab mamanya mungkin gadis itu susah hati.
🌹🌹🌹
" Betul ke Yah?" Cik Miah sudah tersenyum teruja. Tangannya masih lagi mengasingkan daun palas. Esok dia hendak buat ketupat palas dan bekukan siap-siap. Hendak buat seorang dia tak larat. Tak ada sesiapa nak membantu apatah lagi Aween masih tidur kerana demam. Jadi dia mengajak Cik Yah membuat ketupat palas bersama-sama.
" Haah. Yah fikir macam tergesa-gesa sangat. Tapi Fahmi kenal dengan budak tu pun dah lama. Cadangnya nak buat majlis bertunang raya kedua. Sebab tulah Yah nak ajak Miah sekali ke rumah keluarga perempuan tu. Boleh?" balas Cik Yah lagi.
Gembira hatinya bila tidak lama lagi Fahmi dan Afifah akan ditunangkan. Memang Cik Yah tahu Fahmi dan Afifah tu sudah lama berhubungan sejak sekolah. Cuma baru-baru ini sahaja Fahmi menyuarakan hasrat hati hendak bertunang dengan Afifah.
" Tapi tunangnya pun tak lama, Miah. Tiga bulan saja. Lepastu kahwin. Fahmi tu tunggu cukup duit je. Agaknya dia dah kumpul senyap-senyaplah tu."" Mestilah dah kumpul, Yah. Yah jangan risau. Fahmi tu mesti dah awal-awal rancang hal ini. Tapi itulah. Tak pernah-pernah Miah nampak Fahmi tu dengan perempuan lain. Orangnya dari mana?"
" Ohh, kawan sekolah asrama Fahmi masa dekat Kelantan dahulu. Afifah namanya. Tapi baru-baru ni Afifah dengan keluarganya berpindah dekat-dekat sini." Miah hanya mengangguk. Baguslah kalau Fahmi hendak bertunang. Lelaki itu pun lelaki yang sangat baik.
" Siapa yang nak bertunang?" satu suara menyampuk membuatkan mereka sama-sama pandang ke arah pintu. Aween yang pucat sedang berdiri di situ.
" Abang Fahmi yang Aween sayang tulah. Dah nak bertunang dengan Kak Afifah. Nanti ikut Cik Yah ke rombongan sekali eh? Raya kedua." jawab Cik Yah gembira. Aween menelan liur. Sakit kepala yang masih tersisa tidak dihiraukan. Abang Fahmi hendak bertunang?
Ingatkan siapalah yang sedang mak dan Cik Yah sembangkan itu. Rupa-rupanya pasal Abang Fahmi!
" Abang Mi dekat mana sekarang? Dekat kebun kan?" Aween sudah kelam kabut turun ke tangga. Dia yang masih demam tidak hirau sakit sendiri. Mak yang memandang rasa cemas.
" Aween. Kut ya pun nak pergi kebun bawaklah mandi dulu." ujar mak lagi.
" Aween takut tak sempat mak." balas Aween cepat-cepat melangkah pergi. Sebelum gugur air matanya disaksikan Cik Yah dan mak, baik dia pergi berdepan dengan Fahmi dahulu!

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...