Selamat membaca!🌷
7 tahun berlalu.
Aween menyembamkan muka pada bantal sendiri. Dia mengeluh berat. Hatinya terasa kosong. Kosong yang tidak pernah dia khabarkan pada sesiapa. Sebetulnya ianya kosong sejak....
Ringtone telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.
Riana.
" Hello, nak apa?"
" Butik kau!" Riana berbunyi cemas. Terus Aween bangun dari pembaringan.
" Kenapa dengan butik aku?"
" Ada orang pecah masuk!" Mata Aween terbeliak besar.
" Aku datang sekarang." Tangan Aween sudah laju menarik sehelai selendang dari almari bajunya.
🌹🌹🌹
Tergesa-gesa Aween melangkah ke arah bangunan yang menempatkan butiknya. Terbit rasa hairan bila melihat butik itu kelihatan gelap. Tetapi pintunya terbuka membuatkan Aween semakin berdebar-debar. Ya Allah, betullah butiknya telah dirompak!
Aween berjalan melangkah ke arah pintu butik dan memberanikan diri melihat ke dalamnya. Hairan. Mana Riana?
" Riana!" jeritnya sambil melangkah ke dalam butik. Dalam kesamaran cahaya dia melihat keadaan butiknya. Masih kemas seperti dia tinggalkan petang tadi.
" Riana!!" laungnya lagi.
" Riana, is this a prank?!"
Ada masa pula kalau Riana hendak bergurau dengannya begini. Entah-entah Riana sudah diculik oleh perompak itu!
" SUPRISE!!" kedengaran jeritan dan diselangi nyanyian selamat hari lahir kedengaran. Serta-merta butik itu disimbah cahaya dengan lampu seperti kebiasaan. Aween hanya menekup mulut sambil menggeleng-geleng perlahan. Matanya memandang pada Riana, rakan kongsinya yang sedang membawa kek. Juga beberapa stafnya seperti Hani dan Camellia.
" Happy birthday, Nur Daweena! Tiuplah cepat. Make a wish!" ujar Riana tersengih. Aween tersenyum malu meniup lilin yang berada di atas kek itu dan diiringi dengan tepukan dari mereka.
" Happy birthday, bos!" Camellia mengucapkan itu dan memeluk Aween erat. Aween tersenyum mengangguk.
" You all planned this right? Sampai hati doakan butik kita kena rompak kan, Ri?" soal Aween menyindir pada Riana. Riana hanya ketawa. Semua ini memanglah idea dia.
" Hello! Ini semua untuk kau tau? Sebab aku tahu tak ada orang yang akan sambut your birthday dekat rumah tu.... "
Hani menjegil mata pada Riana saat wanita itu terlepas cakap tentang sesuatu. Aween yang mendengar hanya angkat bahu.
" Tak apalah Hani. It's true. Memang tak ada sesiapa yang akan sambut dekat rumah ataupun mengingati... " balas Aween pada pekerjanya.
" Saya minta maaf, bos. Saya dengan Lia pergi ambil pinggan nak hidang makanan dulu." ujar Hani mengajak Camellia bersama ke belakang. Aween mengangguk. Tinggallah dia dan Riana sahaja.
" Selamat Hari Lahir, Aween! I love you so much!" ujar Riana teruja memeluk sahabatnya itu. Aween tersenyum. Bahagia dengan persahabatan yang dibina bersama Riana. Setelah dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen dia bertemu dengan Riana. Sebab itu dia janji hendak buka butik bersama Riana apabila habis belajar. Dan sekarang impian itu menjadi realiti.
![](https://img.wattpad.com/cover/223550029-288-k587673.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...