26 Ramadhan
" Mak nak ke mana?"
" Nak mintak kelapa dekat Fahmi. Nak buat air kelapa untuk berbuka nanti. Kenapa, Aween?" soal mak melihatkan Aween yang tak tentu arah itu.
Cepat-cepat Aween bangun dari meniarap. Novel yang dibacanya sebentar tadi ditinggalkan.
" Biar Aween pergi mak. Panas ni mak. Rosak kulit mak nanti. Biar Aween ambikkan." Aween tersengih seraya menyarung selipar dan terus berlalu pergi. Cuaca di luar tidaklah terlalu panas kerana jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Cuma yalah saja Aween hendak auta pada mak. Padahal mak tu lebih makan garam daripada Aween.
Mak hanya menggeleng-geleng melihat telatah Aween itu. Tak menyempat betul!!
🌹🌹🌹
Aween hanya memandang Fahmi yang sedang mengambil buah kelapa yang jatuh ke tanah. Handsome nya Ya Allah! Dengan peluh yang memercik begitu dan urat-urat yang muncul di tangannya bila setiap kali Fahmi membelah buah kelapa itu.
Puasa Aween oiii!
" Aween?"
" Aween?"
" Ye, abang!" Aween menyahut sambil berdiri. Fahmi yang melihat hanya ketawa menggeleng. Apalah yang dimenungkan gadis itu?
" Bawak jag tu ke sini. Abang nak tuang air kelapa ni." Aween segera membawa dua jag kaca dan menuju ke arah Fahmi.
" Aween tengok apa tadi?" soal Fahmi menuang perlahan air kelapa ke dalam jag itu. Aween terkedu. Matanya memandang sekeliling.
" Aween... tengok burung! Cantik kan, abang? Berterbangan." jawab Aween begitu. Fahmi menggeleng-geleng sahaja.
" Yelah tu." ejek Fahmi sengaja mengusik. Aween memuncung. Tahu dia sudah tertangkap dengan Fahmi akibat perbuatannya yang suka-suka sahaja hendak merenung anak teruna Cik Yah itu.
" Sedapnya!" ujar Aween melihatkan air kelapa sudah memenuhi jag kaca itu. Tinggal letak ais dan gula putih sahaja Nanti. Sedapnya!
Fahmi perlahan-lahan meletakkan kelapa yang hanya tinggal isi itu ke dalam plastik lalu dihulur pada Aween. Nanti Aween hanya tinggal korek isi kelapa dan masukkan ke dalam jag.
" Abang."
" Ya."
" Aween nak sukakan abang kerana kekurangan abang." ujar Aween tiba-tiba. Fahmi beriak hairan. Kekurangan?
" Maksud Aween? Kenapa mesti cinta yang kurang?"
" Supaya Aween lebih menghargai. Aween nak jadi macam Abang Man. Aween nak jatuh cinta dengan kekurangan abang. Bila kita kahwin nanti, Aween dah tahu kekurangan abang jadi Aween akan lebih kuat untuk rumah tangga kita!" balas Aween dengan begitu bersemangat.
" Lah, pasal tu je?" soal Fahmi melabuhkan punggung di bangku. Dilap wajahnya yang masih berpeluh.
" Cepat. Senaraikan tiga kekurangan abang. Tiga je." Aween angkat tiga jari. Fahmi yang mendengar hanya memikir
" Maksudnya sikap buruk abang?"
" Haah." Aween angguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...