.Bab 3.

1.4K 107 4
                                    

24 Ramadhan.

" Mak nak ke luar sekejap. Nak minum air. Haus." ujar mak pada Aween yang masih bersimpuh atas sejadah. Aween menepuk dahi. Mereka baru sahaja selesai solat Isyak. Sebentar lagi solat terawih akan dimulakan. Senggang waktu itu dimanfaatkan jemaah untuk keluar ke tandas mahupun minum sedikit air yang disediakan di luar surau.

" Aween terlupa nak bawakan air untuk mak."

" Tak apalah. Mak nak minum di luar. Sekali hendak ke tandas." balas mak lagi perlahan bangun dari duduk. Aween mengangguk.

Sekumpulan remaja perempuan seusia Aween kelihatan sedang terjenguk-jenguk di sebalik kain tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.

" Ada ke tak?" bisik si telekung kuning. Si telekung hijau pula menjengah lagi lalu cepat-cepat ditutup tabir itu.

" Yang pakai baju melayu warna coklat kan hari ni?" soal si telekung kuning lagi. Si telekung hijau angguk laju sambil senyum teruja.

" Adalah weh! Mesti hari ini dia jadi imam terawih kita kan? Seronoknya!" giliran si telekung merah pulak bersuara. Aween semakin hairan. Didekati mereka bertiga yang sedang teruja itu.

" Ya Allah! Melting betul tengok dia!" ujar si telekung hijau teruja.

" Tengok apa tu?" soal Aween tiba-tiba. Dia tersenyum melihat tiga wajah itu.

" Eh, Kak Aween." balas si telekung hijau. Aween kenal perempuan itu. Junior dia semasa di sekolah dulu. Kiranya sekarang sedang di Tingkatan 5. Yang dua lagi itu Aween tak kenal. Mungkin kawannya dari kampung sebelah.

" Kami tengok tu. Handsome kan?" tunjuk si telekung kuning sambil menyelak tabir sekejap. Aween mengecilkan mata sambil melihat arah yang ditunjuk.

Abang Fahmi?!

" Handsome kan? Suara pun sedap bila jadi imam." balas si telekung merah pula. Kembang kempis hidung Aween menahan rasa. Dia tak suka bila ada perempuan lain melihat Fahmi begitu.

" Sudahlah tiga orang macam traffic light. Ada hati nak tengok lelaki macam tu? Gatal!" terus Aween berkata begitu. Tiga perempuan itu terdiam bila mendengarkan Aween.

" Aween." suara mak memanggilnya di saf belakang. Aween menjeling pada tiga perempuan itu.

" Jangan tengok lagi." amaran Aween bergema mendiamkan tiga perempuan itu walaupun masing-masing tak puas hati bila ditegur begitu.

" Jangan tengok lagi bakal suami saya." balas Aween sombong seraya berlalu pergi. Geramlah! Abang Fahmi pun alahai duduk dekat situ dah kenapa?

" Kenapa Aween ke depan tu? Kenal ke?" soal mak bila Aween kembali ke sisi wanita tua itu.

" Kenal. Aween 'sekolahkan' dia je mak." balas Aween masih lagi geram. Mak menggeleng.

" Sekolahkan apa pulak kamu ni? Jangan nak buat perangai Aween." balas mak begitu. Aween hanya diam. Fikirannya penuh dengan Abang Fahmi.

Ini tak boleh jadi!

🌹🌹🌹

" Aween nak ke mana tu?" soal mak apabila melihat Aween sudah melangkah ke tangga rumah. Aween terdiam. Matanya melihat pada halaman rumahnya dan halaman rumah Cik Yah yang bersambung itu. Memang selalu sangat budak-budak akan bermain bunga api di situ. Yang rajin melayan mestilah Abang Fahmi. Rajin betul lelaki itu. Setiap malam selepas terawih, Fahmi akan pulang dan menyalakan semua pelita di situ.

" Nak tengok budak-budak main bunga api." jawab Aween gugup. Sebenarnya dia hendak jumpa Fahmi. Mak angguk membenarkan lalu mak sambung menonton televisyen semula.

Sayangku Aween. Where stories live. Discover now