Ini akan jadi chapter terakhir kisah silam Fahmi-Afifah. So lepas ni move on balik dengan kisah Fahmi-Aween 😍. Dah ready nak shweet shweet ke tuuu?
" Sumpah! Memang kakak kau tu. Afifah. Betul kan?" selesai giliran dia bermain bowling, Hazim memandang arah yang ditunjukkan Johan, rakannya.
" Serius lah? Kakak aku tu?" soal Hazim lagi. Matanya melihat seorang perempuan hamil dan seorang lelaki kelihatan sangat akrab dan mesra. Peluk macam tak mahu lepas. Matanya memerhati lagi. Kalau benar Kak Fifah dan Abang Fahmi, biarlah mereka.
Tapi berderau darah Hazim saat terpandangkan wajah itu. Izzudin! Sepupu Kak Long Sal!
Dia memandang lagak Izzudin yang sudah mula bermain bowling.
" Kalau kau nampak apa-apa kau jangan cuba halang aku, Jo." Terus Hazim meluru ke arah Izzudin dan menumbuk wajah lelaki itu.
" Weh! Apa ni?" terjelopok Izzudin ke lantai. Arfan yang berada di situ turut terkejut. Entah datang dari mana budak ni.
" Sial lah kau!!" Hazim melayangkan penumbuknya buat kali kedua.
" Hazim!" Afifah menjerit saat melihatkan itu. Izzudin sudah terpempan. Hazim?
" Kau memang sial. Kenapa kau peluk kakak aku macam dia bini kau ha?!!" Suara Hazim kedengaran kuat. Afifah sudah menunduk malu.
" Relax. Cuba relax. Kitaorang cuma main bowling. Bukannya buat apa pun!" ujar Izzudin lagi.
" Hazim, mintak maaf sekarang dekat Abang Izzu." ujar Afifah pula.
" Bodoh apa kau ni kak? Abang Mi tu bekerja keras untuk kau... Tapi kau... Mana maruah kau kak?"
Afifah diam memandang Hazim yang sudah mula beredar.
" Tak pe sayang. Kita betulkan semua eh?" ujar Izzudin memujuk.
🍃🍃🍃
" Mana umi belajar yang lelaki lain boleh peluk isteri orang? Terang-terang dosa umi." jelas Hazim lagi. Matanya menikam wajah Izzudin dan Afifah yang tertunduk malu.
" Zim. Diaorang cuma berkawan. Yang penting umi tahu."
" Tapi Abang Fahmi tak tahu." balas Nazmi perlahan mendiamkan umi.
" Look. Akak tak rasa kenapa Hazim kena besarkan hal ni. We're friends. Not more than that. Okay?" ujar Afifah begitu. Hazim tersenyum sinis.
" Hazim ni dah besar kak. I'm not that stupid. Boleh nampak kut kawan ke atau acah-acah suami isteri." ujar Hazim lagi.
" Zim, macam nilah. Anggaplah kejadian tadi tak bermakna apa-apa. Abang dengan Kak Fifah cuma kawan."
" Aku takkan percaya cakap kaulah. Kesian Abang Mi. Dapat isteri, curang."
" Hazim. Kalau you cakap you dah besar sangat, then umi rasa rumah ni dah tak sesuai untuk Hazim kut. Maybe Hazim perlukan angin baharu? Esok umi beritahu Mak Cik Dini dekat Ireland untuk sediakan bilik untuk Hazim dekat sana. Lusa Hazim siap. Umi akan hantar ke KLIA." umi tiba-tiba berkata begitu. Hazim hanya ketawa.
" Main kotor eh umi? Umi simpanlah dua sampah depan mata umi. Busuk umi! Tapi kalau umi boleh tahan umi simpanlah. Takut umi je akhirnya yang termuntah nanti." balas Hazim lagi seraya beredar dari situ.
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...