Afifah belum mati? 👀
Hye. Selamat membaca. Do vote and comments, kay? 😁
Dengan penampilan baharu Fahmi itu sungguhlah buat Aween rasa berat untuk meninggalkan Fahmi.
Tapi janjinya pada Riana untuk melakukan pemeriksaan Di hospital di KL perlu ditepati. Pagi nanti dia akan ke KL. Pada mak dia khabarkan dia ada kerja hendak diuruskan di butik. Sebab itu dia ke KL untuk beberapa hari.
Semalam mama menelefon bertanya keberadaan dia. Aween senyum sinis. Bila pulang tahu pula mencari anaknya. Tapi sebab Aween tak mahu jadi anak derhaka Aween jawab juga. Dia pulang ke kampung bercuti panjang. Dan mama tak bertanya lanjut lagi.
Deruman enjin motorsikal di luar rumah membuatkan Aween menoleh. Itu motorsikal Rizal.
" Kak Aween!!"
" Apanya? Masuklah dulu."
" Abang Fahmi. Dekat hospital!"
Berderau darah Aween. Kaki tak merasa pijak tanah lagi.
" Kenapa?"
" Kena pukul."
Ya Allah!
" Kejap. Kak Aween siap. Kita pergi hospital."
🌹🌹🌹
Raid memandang rumah milik keluarga Aween yang tersergam indah itu. Dia tidak boleh menunggu lama lagi. Dia perlu mencari Aween secepat mungkin. Aween itu hidupnya. Dia mana boleh hidup tanpa gadis indah seperti Aween. Manalah tahu kalau-kalau mama dan papa Aween tahu di mana keberadaan gadis itu. Raid menelan liur. Ditekan loceng sebanyak dua kali dan pagar itu terbuka automatik.
" Assalamualaikum. Saya Raid. Boleh jumpa dengan mama Aween?" pinta Raid segan. Barangkali lelaki yang menyambutnya itu pemandu keluarga Aween agaknya.
" Waalaikumussalam. Oh, nak jumpa Puan Diana ya? Puan Diana ada dekat dalam. Mari." ajak pemandu itu. Raid membuntuti pemandu itu dan dibawa berjumpa Diana. Saat mata Raid dan Diana berpapasan wanita itu tersenyum. Raid membalas senyuman itu.
" Raid Hamani?"
" Yes. I am. Nice to meet you, aunty."
" Kawan Daweena ke?" soal Diana perlahan. Bukan dia tak kenal Raid itu siapa.
" Boyfriend kepada Daweena." jawab Raid pantas dan berterus-terang.
" Tapi you dah kahwin kan?"
Soalan Diana dibiarkan sepi. Raid menelan liur. Cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan keadaan dirinya.
" I sebenarnya tak kisah siapa you. Single ke, married ke... Sukahati you dan Aween. Cuma, di belakang hari nanti I tak nak dengar cerita-cerita busuk you sakitkan hati anak I. I tahu ia bukan mudah apabila you ada isteri yang lain. I harap you faham. I tak menghalang. Dan I juga tak menggalakkan."
" I faham, aunty. Cuma sekarang I nak tahu di mana Aween. Puas I telefon tak berjawab."
" Dia bercuti." balas Diana perlahan.
" Dekat mana?"
" Kampung dia. Here the address. Mana tahu nak ke sana nanti." Diana hulur sekeping kertas pada Raid. Raid tersenyum menyambut huluran itu.
YOU ARE READING
Sayangku Aween.
RomanceNUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis it...