Nobody
"Lambat lah kau ni , nasib baik aku tak balik tadi" ujar Nara. Dia kemudiannya menyedut air jus yang dipesannya tadi. Haera tersengih.
"Sori la petang tadi aku tertido kejap sampai la tadi. Nasib baik omma aku yang kejut" Haera bersuara. Nara hanya menjeling.
"Anyway , kau lawa-lawa ni nak keluar dengan aku je pun bukan dengan boyfriend" ucap Nara sambil memandang Haera atas bawah. Haera memuncung.
"Mana ada , aku nak cepat tadi aku cekau je la baju dalam almari hehe" balas Haera. "Cantikkan aku hoho" sempat lagi Haera memuji dirinya manakala Nara menggulingkan matanya ke atas mendengar self-compliment dari Haera.
"After ni nak pergi mana ?" soal Haera.
"Jagalchi market?"
"Cari makanan ?"
Nara dan Haera mula tersenyum senget memandang satu sama lain kerana idea mereka untuk memborong semua makanan bakal terlaksana.
..
.
.
.
.
.
.
.
"Jom kita bercuti dekat Busan" ajak Seokjin kepada Bangtan yang lain. Mereka semua memandang ke arah Seokjin serentak."Busan ?" soal V . Seokjin mengangguk. Jimin memandang ke arah Seokjin dengan pelik. Busan bukan tempat Haera ke ?
oh ye. Jungkook tak tahu Haera dekat Busan. Bangtan pun tak sampai hati nak bagitahu.
"Jommmmmm !" balas Hoseok teruja. Dia memang bab-bab bercuti ni dia onz je.
"Bila nak pergi ?" Namjoon bersuara.
"Lusa ?"Jimin memandang Jungkook yang kelihatan teruja nak bercuti. Kemudian tersenyum kecil.
pandai pun kau senyum
monolog Jimin.××××××××××××××××××××××××××××××××
Haera
"Haera cepat lah Nara dah tunggu ni !" panggil omma.
"Ye ! ye kejap ! last check ii" balasku. Aku mengambil semua barang aku dan masukkan dalam beg aku. Suis kipas aku tutup dan aku memerhati sekeliling bilik aku.
Cun. Takde ape yang tinggal.
Pintu aku kunci dari luar dan luggage aku tarik ke bawah."Khajja Nara" ajakku. Sebelum tu aku salam omma aku. "Omma , Haera pergi dulu. Tak lama pun" ucapku sambil mencium pipi ommaku.
Omma tersenyum. "pergi bercuti je pun takyah nak bersamamu sangat. setakat dekat Gwangalli tu dekat je"
oke mak aku savage tho.
"yelah yelah. bye omma" aku melambai sebelum masuk ke dalam kereta Nara.
"berapa km kalau dari sini ke Gwangalli ?" soalku pada Nara yang sedang membuka waze di fonnya sebelum meletakkan pada phoneholder atas dashboard keretanya.
"kalau kita dari Mangmi-dong dalam satu jam setengah lagi sampai la ni" Nara mula memandu.
aku mengangguk tanda faham."check in pukul berapa ?" soal Nara pula. Memandangkan aku yang uruskan pasal hotel ni. Aku melihat skrin telefon aku.
"pukul 3" balasku pendek.
Asal aku rasa something eh ?
Perasaan aku je kot."Tak saba nak gi sana , mana tahu ramai pakwe hensem ke" ucap Nara tetibe. Aku menandang ke arah dia.
"neo" aku menjeling.
"gatal" tambah ku lagi.
Nara jelir lidah dia. Kalau ade gunting elok dipotong ni."Dah fokus fokus bawak kereta" marahku.
"Arraseo miss !"aku gelak.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jungkook"Nah amik kunci bilik masing-masing. Hilang kau tanggung la sendiri" ucap Seokjin hyung sambil menyerahkan kunci bilik pada kitorang.
Aku ambil dan seluk dalam poket.
"Khajja letak barang semua pastu kita gi makan" ujar Namjoon hyung pula. Aku menggangguk dan terus mendapatkan tempat dalam lif.Lif bergerak menuju ke atas dan mata aku mula melilau mencari nombor bilik aku.
"Yah Haera ! Cepat lah kata nak gi makan !" kedengaran suara seorang perempuan memanggil kawannya dari luar bilik.
"jap ! jap skirt aku sangkut !" jawab kawannya dari dalam separa menjerit.
Haera ?
Is that Haera ?
Aku dengar suara dia.Belum sempat aku menoleh untuk melihat suara yang menjawab kawannya tadi ;
"Kook ? kau da jumpa bilik belum ?" soal Suga hyung. Aku tersentak.
"Ha ? dah dah , ha ni ha bilik aku." balasku sambil tersengih. Kunci bilik aku masukkan dan pusing. Tombol pintu aku pulas dan beg aku letak dekat sebelah katil.
"Hyung aku nak tuka baju dulu la , kau gerak la dulu" ucapku pada Suga hyung yang masih berdiri di luar.
Suga hyung mengangguk. "Kitorang tunggu kat bawah , jangan lama sangat."
Aku mengangguk dan Suga hyung terus hilang dari pandangan. Pintu aku kunci dan aku terus duduk atas katil. Termenung.
Haera ? Dia dekat Busan ?
××××××××××××××××××××××××××××××××
Haera
Aku dan Nara menapak masuk ke dalam restoran. Cermin mata hitam aku tanggalkan dan masuk dalam beg. Panas pulak rasanya.
"Kau gi cop meja , aku order makanan. Ramai ni kang takde tempat pulak" ucap Nara sambil mengeluarkan dompet dari begnya. Aku hanya mengangguk.
Kaki aku mula melangkah untuk mencari meja.
Setelah beberapa saat aku melilau mata aku dapat menangkap meja panjang yang kosong sebelah tingkap.
Aku cepat-cepat meluru ke meja tu , baru je aku nak letak beg aku"Excuse me ?" aku pandang kepada tuan empunya suara yang tetibe meng'excuse me' pada aku.
"S-seokjin ?"
TBC
besok do IUxSUGA
haih tak shabar
k bye :)
YOU ARE READING
[C]Unsee • JJK •
Fanfiction"Tulah kau , yang dah sedia terima segala kekurangan kau kau tak nampak . Tengok sekarang ? Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" -JHS "Tomboy macam mana pun dia , dia still perempuan" -PJM "Kalau melupakan kau tu yang terbaik , aku okey...