Nobody
Haera menapak keluar dari bilik tidurnya dan terus menuju ke ruang tamu. Dilihatnya Jungkook masih nyenyak tidur di atas sofa. Haera mengambil keputusan untuk buat sarapan. Dia melangkah ke dapur.
Pintu peti ais dibuka.
"Nak masak apa eh" soal Haera pada diri sendiri. Matanya melilau ke dalam peti ais. Sejujurnya dia tak sempat nak beli barang dapur sebab terlampau risaukan omma dia.
Pergi mall semalam pun sebab beli kek. Dia terlupa barang dapur dah nak habis.
Pintu peti ais ditutup semula.
Dahi Haera berlanggar dengan sesuatu ketika dia hendak berpusing ke belakang.
"E-eo ? Kau da bangun" ucap Haera. Terkejut kerana Jungkook tiba-tiba ada di belakangnya. Tak pasal pasal terlanggar dada bidang dia tu.
Eleh Haera kau suka sebenarnya.
"Kau nak masak ke ?" Soal Jungkook. Haera membalas dengan anggukan. "Tapi barang dapur semua dah nak habis" balas Haera.
"Jomla pergi beli" kata Jungkook.
Haera memandang ke arah lain. Duitnya bukan tak cukup. Tapi dia nak simpan. Bagi dia omma dia lagi penting dari segala barang dapur tu.
"Nah guna je" ujar Jungkook sambil menghulurkan kad kreditnya pada Haera.
Membuntang mata Haera bila lihat kad kredit Jungkook. Bukan kad maybank cikai beshe ii tu.
Tapi ni Black Card !
"Mana kau dapat ni ?" Soal Haera terkejut. Yela , black card ni orang kaya je ade.
"Appa aku hadiahkan sebab aku 4 flat time degree dulu"
Agak tercengang Haera bila Jungkook kata begitu. Habistu apesal dia kerja dekat kafe omma Haera kalau dia dah kaya begini ?
Oh lupa , dia kan nak pikat Haera balik.
"Kau tak nak mandi ke ?" Soal Haera pula. "Takpe ke aku tumpang mandi dekat sini ?" Soal Jungkook sambil senyum senget.
"H-ha ? Erm dekat bilik omma ade toilet. Kau guna la dulu bilik tu" Haera cuba menahan malu. Muka dia tampak merah.
"Aku naik atas dulu siap-siap" ujar Haera dan terus berlari naik ke atas. Jungkook hanya memandang Haera sambil ketawa kecil.
"Cute. Sejak bila kau tahu malu dengan aku ni" kata Jungkook sendiri sambil menggelengkan kepala dia dan terus melangkah ke bilik yang dikatakan Haera.
××××××××××
Haera
"
Gomawo" ucapku kepada cashier sebaik sahaja menyambut resit bayaran dari tangannya. Aku mula mengangkat barang-barang yang dimasukkan ke dalam plastik.
"Biar aku bawak" ucap Jungkook dari belakang sambil menahan tangan aku. "Takkan kau nak bawak semua , banyak ni. Biar aku bawak sikit" aku membantah tapi dia geleng.
"Kalau nak bawak , amik yang ringan-ringan tu" arah Jungkook. "Takpe la aku bawak yang berat sikit , bukan aku ibu mengandung pun tak larat nak bawak" aku bantah lagi.
Tangan aku terus mencapai plastik yang berisi air soju.
"Khajja" kataku pada Jungkook. Kitorang mula berjalan ke parking lot.
"Haera"
Aku menoleh.
"W-wonwoo" kataku. Aku terkejut. Plastik ditangan aku masukkan dalam bonet manakala Jungkook pula susun barang-barang yang dibeli dengan kemas.
YOU ARE READING
[C]Unsee • JJK •
Fanfic"Tulah kau , yang dah sedia terima segala kekurangan kau kau tak nampak . Tengok sekarang ? Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" -JHS "Tomboy macam mana pun dia , dia still perempuan" -PJM "Kalau melupakan kau tu yang terbaik , aku okey...