Haera
Aku keluar dari bilik usai menyiapkan diri. Langkah kaki diatur menuruni anak tangga dengan perlahan.
Anak mata aku menangkap kelibat Jungkook yang sedang duduk diatas sofa menunggu aku.
"Kook , khajja" ajakku tatkala langkah aku sampai di hadapan dia.
Jungkook memandang aku dari atas hingga ke bawah. Aku mengerutkan dahi aku kehairanan melihat reaksi dia.
"Wae ?" soalku sambil aku memandang pakaian yang aku pakai. Aku hanya mengenakan short denim biru tua dan topcrop berwarna hitam.
Jungkook tersenyum lantas menggeleng. "Khajja" dia bangun dari sofa lalu tangan aku dia capai lembut menuju ke pintu rumah. Aku hanya menurut.
Pintu kereta dikuak dan aku terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Jungkook pula melabuhkan punggungnya di tempat pemandu dan enjin kereta dihidupkan.
Hari ini. Aku dan Jungkook akan dating huehue. Kitorang nak spent time :)
Aku memandang ke arah Jungkook sekilas. Dia senyum ke arahku. Aku tak tahu kenapa tapi hati aku tiba-tiba jadi sayu. Seolah-olah aku bakal tinggalkan dia.
Aku membuang pandang ke luar tingkap tatkala kereta mula keluar dari perkarangan rumah.
******
Jungkook
Aku memandang sekilas ke arah Haera. Dia hanya berdiam diri sedari tadi. Tak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut dia.
"Haera ? Wae?" aku soal dia sambil mata aku sekejap sekejap memandang ke arah dia. Dia yang pada mulanya memandang ke luar tingkap menoleh ke arahku dengan senyuman.
Senyuman yang boleh dikatakan dibuat-buat. Aku dapat rasa ada something yang tak kena.
Haera menggeleng. "Aniyo"
Keluhan kecil terbit dari mulutnya."Kook" dia panggil aku. "Iye sayang?" aku menyahut. Muka dia kelihatan sayu.
"Apa kau buat kalau aku dah takde ? atau aku terpaksa tinggalkan kau ?"
Soalan yang datang dari Haera membuatkan jantung aku hampir berhenti berdegup. Kenapa ?
"Haera , jangan cakap macam tu please. aku tak suka" ujarku. Tangan kanan dia aku genggam lembut.
Dia membalas genggaman tangan aku.
"Aku nak tahu je" balas Haera pendek. Aku menggeleng. "No , takde sapa akan pergi tak ada yang akan meninggalkan sesiapa arraseo ?" kataku.
"A-arraseo" ucap Haera lalu senyuman nipis terbit dari bibirnya. Aku tersenyum lega memandang ke arah Haera sekilas.
Brek tangan aku naikkan tatkala kereta berhenti di parkir bertentangan dengan Cafe ARMY.
Cafe kegemaran aku dan Haera sewaktu di bangku sekolah.
Kereta aku bertentangan dengan kafe jadi perlu melintas untuk masuk cafe.Al maklum , waktu cuti memang ramai yang ada dekat sini.
Aku dan Haera keluar dari kereta serentak. Setelah memastikan pintu kereta dikunci , aku menapak ke arah Haera dan tangannya aku raih untuk pimpin.Dia pegang erat tangan dia. Seolah dia sedang dalam ketakutan. Aku pelik tapi aku biarkan sahaja.
Aku menoleh ke kiri dan kanan sebelum kitorang mula melintas.
Sampai sahaja di depan kafe Haera bersuara."Ah Kook , aku tertinggal telefon dalam kereta" ucap Haera sambil mula mengisai beg tangannya
FYI ; mengisai adalah perbuatan menggeledah untuk sape tak faham k bye
"Biar aku ambik , kau tunggu sini" belum sempat aku melangkah keluar Haera pegang lengan aku.
"Takpe , biar aku ambik. Kau pergi lah tunggu kat dalam. Nanti takde tempat" balas Haera sambil mengukir senyuman.Kali ni senyuman dia tampak.. ikhlas ?
Aku mengangguk dengan teragak-agak. Hati aku rasa tak sedap dari tadi. Tapi aku cuba tepis mungkin perasaan aku je kot.
"O-okey , hati-hati tau" pesanku. Haera mengangguk dan dia mula berjalan keluar dari bangunan kafe untuk menuju ke kereta.
Baru sahaja aku menapak masuk ke dalam cafe--
Dum !
Satu cafe dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat di luar kafe. Jantung aku berdegup makin kuat.Aku terus menapak keluar dari kafe untuk melihat apa yang jadi.
Ramai orang kerumunAku segera mencari ruang untuk menyelit. Akhirnya aku dapat jugak pergi ke barisan paling hadapan.
Jantung aku terasa hampir gugur dengan apa yang aku lihat. Tangan aku secara automatik menggenggam penumbuk dengan kuat.
"Jeon Haera !"
Aku meluru ke tubuh Haera yang sudah berlumuran darah dikepala dan hidungnya. Kepala dia aku pangku di peha.
"Haera , jebal bertahan sayang"
Waktu ni , aku dapat rasa mata aku mula memanas. Air mata aku keluar dan hidung aku mula berair.
Kenapa ? Kenapa ?Tubuh Haera aku peluk erat. "Haera jebal aku perlukan kau" rintih ku. Haera yang sudah tidak sedarkan diri aku tatap.
"Panggil ambulans cepat !" kedengaran suara seorang pakcik mengarahkan yang lainnya untuk memanggil ambulans.
Aku tak mampu nak buat apa-apa. Kaki aku terasa lemah bila tengok keadaan Haera macam ni.
Aku perlukan kau Haera !
******
Nobody
"Encik Jeon Jungkook ? Suami Puan Haera ?" panggil doktor yang baru keluar dari wad kecemasan yang menempatkan Haera.
Jungkook dan Bangtan yang lain serentak memandang ke arah doktor tersebut. Sapaan dari doktor yang bernama Junho itu membuatkan Jungkook automatik bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Iya saya Jeon Jungkook" Jungkook menjawab dengan reaksi yang jelas ketakutan dan nada yang cemas.
Doktor Junho menarik nafas dalam sambil menundukkan sedikit kepalanya. Nafas ditarik sedalam mungkin.
Wajah Jungkook kemudian ditatap sayu.
"Saya mintak maaf tapi Puan Haera--"
TAMAT
HAHAHAHAHAH SELAMAT MEMBACA BUCIN
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMENJANGAN LUPA SINGGAH DI GUARDIAN. BUKAN UNTUK MEMBULI CREAM PENCUKUR BULU TETAPI UNTUK VOTE DAN KOMEN JUGA DI SANA.
THANK YOU KEPADA YANG TELAH BERJAYA MENGHABISKAN SIRI UNSEE INI DENGAN BERSABAR.
OKEH PAPAI
YOU ARE READING
[C]Unsee • JJK •
Fanfiction"Tulah kau , yang dah sedia terima segala kekurangan kau kau tak nampak . Tengok sekarang ? Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" -JHS "Tomboy macam mana pun dia , dia still perempuan" -PJM "Kalau melupakan kau tu yang terbaik , aku okey...