°Sepuluh°

100 9 0
                                    

"Lama tak lepak-lepak macam ni. Rindu pulak" ujar Seokjin sambil tersenyum. Aku mengangguk setuju.

Mana pulak si Nara ni. Lama nye pergi order. Mata aku melilau ke arah kaunter pesanan. Nara tengah order air.

"Haera" panggil Namjoon. "Kau still tinggal sini ke ?" Aku menoleh ke arah Namjoon. Mata aku sekilas memandang Jungkook. Dia busy dengan phone dia. Text Jieun la tu.

Okey sorry. Aku da move on.

Aku senyum diikuti anggukan. "Cafe omma aku makin maju sekarang ni. Nanti datang lah" jawabku.

"Btw , makin lawa sekarang" Jimin memuji. eleh eleh. kembang pulak aku kat sini. patutla baju aku tetiba rasa ketat.

"haha gomawo. takkan nak selebet lagi , dah besar kan" balasku.

"Haaaaa ni pon kau Hae-- siapa ni ?" soal Nara sebaik sampai di meja.
Aku menoleh dan terus tarik Nara untuk duduk sebelah aku. Dia menayangkan muka pelik pada aku.

"ni Nara , Jang Nara. Kawan BAIK aku" aku perkenalkan Nara kepada Bangtan. Sengaja perkataan 'baik' tu aku tekankan .

Aku nak Jungkook tahu aku da berjaya lupakan dia dan mulakan hidup baru. hehehehe.

"ooo hai , saya jung hoseok" hoseok senyum menampakkan barisan giginya yang putih.

"namjoon"

"seokjin"

"yoongi panggil suga"

"panggil atok pon boleh" ujarku selamba sambil ketawa .Suga tayang muka derp. "-_- kau sama je macam dulu."

"depan aku ni Jimin. pendek. tinggi sikit la dari aku , sebelah dia Taehyung kau panggil je V" ujarku pada Nara sambil menuding ke arah Jimin. Jimin death stare ke arah aku membuat kan aku tersengih. Nara pula hanya mengangguk - angguk sambil tersipu-sipu malu macam kucing berak tak lepas.

"neo Haera. siap kau haha" ucap Jimin sambil ketawa aku menjelir lidah.

"Dan yang ni , nama dia Jungkook" ucapku. Jariku menuding ke arah Jungkook yang sudah mengangkat kepala untuk sertai perbualan kitorang.

Dia hanya senyum nipis sambil mengangkat tangan pada Nara.
"Diorang ni semua kawan universiti aku" terangku pada Nara. Nara masih lagi tersipu.

"kau ni duk tersipu ade yang aku tampa kang" bisikku. Dia sengih.
"Korang datang sini bercuti ke ?" soalku.

Seokjin mengangguk. "Dah lama tak holiday sama-sama. tu yang aku ajak datang sini" terangnya lagi. Aku meng'ooo'kan penerangan Seokjin.

"Mesti semua da ada makwe en ? hehe tipu la muka hensem macam ni takde makwe. Dulu yela comot" kataku lagi. Nara ketawa sambil mengangguk-angguk.

Bangtan meng'woo'kan statement aku. "Kitorang ni loner la sapa nak" ucap Hoseok . aku hanya ketawa.

"anyway , welcome to Gwangalli , Busan" kataku.
"kau tinggal kat sini ke ?" tanya Namjoon.

Aku menggeleng. "tak. kitorang berdua dari Mangmi-dong. datang sini macam korang la cuma beza dia korang dari Seoul , jauh rasa la bercuti . kitorang dekat je" . aku memulakan sedutan pada oreo ice blended aku yang baru sampai.

Favorito aku

Dan Jungkook.

"Boleh lah korang jadi tour guide kitorang eh ?" sakat V.
Aku pandang Nara. Dia dah mula selesa dengan Bangtan. Memang tak lama keluar la perangai syeton dia tu.

"Boleh je alang a--" aku tutup mulut Nara. Aku tak setuju benda ni. Aku sengih.

"Ala kalau tak boleh takpe la. Boleh je kitorang bercuti sendiri-sendiri" ujar Suga. Ha mula la tu nak merajuk.

[C]Unsee • JJK •Where stories live. Discover now