Haera
Aku dan Jungkook berjalan beriringan dalam mall. Mata aku melilau mencari kedai kek.
Sebenarnya , 3 hari lagi birthday omma. Jadi aku ingat aku nak order kek yang sedap untuk omma. Jadi haruslah aku servey dulu.
Omma kena tahan wad. Jadi untuk malam ni aku tinggal sorang dekat rumah. Doktor tak pasti bila omma boleh discharge. Dan yang membuatkan aku risau , doktor kata peluang untuk omma sihat mungkin tipis.
Tak. Aku nak omma buat pembedahan tu. Aku nak omma sihat. Aku kena cari duit cepat.
"Haera ?" Panggil Jungkook. Aku menoleh. "Kau nak beli kek yang mana ?" Soal dia. Aku kembali menoleh ke tempat kek dipamerkan.
"Saya nak red velvet cheese ni satu slice" pintaku pada pekerja di kedai tu sambil menyimpulkan satu senyuman.
"Satu slice je ? Kau tak nak makan ke ?" Soal Jungkook lagi. Aku menggeleng. "Nak save duit. Cukupla kalau omma aku je yang makan. Aku kena simpan duit. Kos pembedahan untuk omma mahal" jawabku. Plastik berisi kek dihulurkan kepadaku. Huluran tersebut dibalas dengan duit.
"Kamsahamida" kataku dan terus berlalu pergi diikuti Jungkook.
Aku dan Jungkook mengambil keputusan untuk makan dekat restoran dalam mall ni. Memandangkan perut aku lapar dan aku tak makan dari petang tadi , ada baiknya aku isi perut aku.
Aku diam tak berkutik selepas pelayan restoran yang ambil pesanan kitorang tadi berlalu pergi. Dahlah aku yang ajak Jungkook teman tapi aku pulak yang awkward.
"Jungkook" panggilku. Dia memandang aku dan mata kami bertaut. Aku tergamam sekejap dan mula meneruskan perbualan.
"Kau sebenarnya kerja dekat kafe omma untuk apa ?" Aku menyoal dengan nada biasa. Tak marah , tak drama tapi dia kelihatan tersentak.
Jungkook
"Kau sebenarnya kerja dekat cafe omma untuk apa ?" Dia menyoal. Nada dia mendatar. Tapi aku pulak yang cuak.
"Cari duit ? Macam kau" balasku.
"Kau tipu" dia bersuara. Aku kerutkan dahi. "Maksud kau ?" Aku menyoal. Air yang baru sampai ke meja aku minum. Menantikan jawapan dari Haera.
"Hyung kau hantar kau dekat sini kan ?" Dia pandang tepat dekat anak mata aku. Pandangan dia redup tapi tajam.
"Kook , aku tak nak orang tagih cinta dekat aku. Sakit tau menagih cinta tapi tak dibalas ni. Aku dah rasa. Kau sendiri tahu kan Kook ?"
Zap ! Menyentap jantung.
Betul cakap Haera. Dia dah pernah rasa kesakitan tu. Dan kesakitan tu aku yang bagi.
"Haera , please. Bagi aku peluang ? Aku nak perbaiki balik semua benda ni. Aku tahu aku salah dan aku menyesal sangat sangat. Aku bodoh selama ni. Pintu hati aku terbuka untuk orang yang tak perlukan aku tapi tertutup untuk orang yang sangat memerlukan aku dan sentiasa ada dengan aku. Aku salah Haera. Aku sedar , hati aku untuk kau je selama ni tapi aku ego. Aku terburu-buru. Aku mengejar benda yang memang takkan jadi milik aku dan aku tinggalkan kau yang setia tunggu aku. Aku mintak maaf"
Haera bangun dari kerusi dia dan terus pergi keluar dari mall.
Aku tak berlengah. Aku ikut dia dari belakang sampai dekat parking lot.
Nasib tak de orang."Haera , jebal" aku pegang tangan dia. Aku pusingkan dia supaya dia menghadap aku. Muka dia merah. Mata dia berkaca.
Perlahan-lahan air mata dia mengalir. Aku terus tarik dia dalam dakapan aku. Rambut dia aku usap.
"Aku mintak maaf , sebab aku. Kau hilang kekuatan kau yang kau ada selama ni. Aku tak nak tengok kau macam ni. Kau kuat Haera. Aku tahu. Dan kau kena tahu satu perkara yang aku dah terlampau cintakan kau. Takde apa yang boleh ubah fikiran aku. Kau aku punya sampai bila-bila"
Aku mengeratkan pelukan dan dia membalas pelukan aku membuatkan aku rasa lega.
"Jom aku hantar kau balik?"
Haera yang masih menyembamkan muka dia dekat dada aku mula mengangguk perlahan. Aku terus bawa dia masuk ke kereta dan memecut laju ke rumah.
..
.
.
.
.
.
Haera
Aku dan Jungkook melangkah masuk ke ruang tamu rumah aku. Sisa air mata yang mengalir aku lap dengan lengan baju.
Aku melabuhkan punggung aku di sofa. Jungkook kunci pintu dan terus duduk di sebelah aku.
Aku tak tahu apa yang aku rasa. Gembira ? Sedih ? Murung ?
Apa yang kau rasa ni Haera ?"Pergilah tidur , aku teman kau malam ni" ucap Jungkook. Aku menggeleng. "Kau taknak balik ke ? Mesti kau penat" kataku.
"Aku kena jaga kau , bahaya duduk rumah sorang-sorang"
Aku menayangkan muka derp. Duduk dengan kau lagi bahaya hmph.
"Takkan kau nak tido dekat sofa ni ? Keras la" kataku. "Kalau kau nak bagi aku tidur sekatil dengan kau aku okey je" balas Jungkook. Euw . Aku menggeleng laju .
"No way man !" Jari telunjuk aku tujukan pada Jungkook. Dia hanya ketawa melihat aku berbuat begitu.
Aku mula menguap. "Kalau macam tu , aku tidur dulu. Gudnight" aku bingkas bangun dari sofa.
Belum sempat aku melangkah ke tangga , Jungkook pegang pergelangan tangan aku.
"Haera , jakkaman"
Aku menoleh dan mata aku membulat bila Jungkook mendaratkan lips dia pada lips aku. Lama
"Goodnight" dia senyum kecil dan lepaskan tangan aku.
"U-uhm" aku berjalan naik ke atas dengan pantas. Pintu bilik aku kunci dan aku terus tidur.
No.
Actually.
Aku tak boleh tidur lepas dia buat gitu.
Nak rasa apa ni ?
Bahagia ?
Uwuwuwuwuwu Haera gedik namatey sila meninggal.
Okey bye
TBC
YOU ARE READING
[C]Unsee • JJK •
Fiksi Penggemar"Tulah kau , yang dah sedia terima segala kekurangan kau kau tak nampak . Tengok sekarang ? Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" -JHS "Tomboy macam mana pun dia , dia still perempuan" -PJM "Kalau melupakan kau tu yang terbaik , aku okey...