Nobody
"Sorry , aku tak ada masa pengebumian omma kau . Takziah Haera" ucap Nara sambil mengusap tangan Haera lembut di atas meja.
Wajah gadis itu ditatap Nara dengan perasaan risau. Risau melihat sahabat baik dunia wa akhirat dia yang sekian kali asyik termenung.
Nara faham jika Haera masih sedih. Tapi dia juga perlu kembalikan semangat Haera. Dia nak lihat sahabatnya itu tersenyum semula.
"Nara , aku nak tanya" Haera mengalihkan pandangannya kepada Nara. Nara mengangkat keningnya.
"Tanyalah apa dia ?"
"Perlu ke aku terima Jungkook ?" Soal Haera dengan nada yang lembut. Nara mengeluh kecil. Dahi dikerutkan.
"Kenapa dengan Jungkook ?" Soal Nara yang sebenarnya tak mengerti dengan soalan Haera. Walaupun dia tahu kisah Haera dan Jungkook yang berlaku 5 tahun lepas.
Tapi dia ingat Haera dan Jungkook hanya berkawan biasa sekarang.
"Jungkook ajak aku kahwin"
Membuntang mata Nara mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Haera. Mulut dia yang hampir terlongo cepat cepat ditutup.
"W-what ? Bila ? Kat mana ?"
"Nara , Nara. Dia baru ajak jela aku tak konfem pun" kata Haera setelah melihat reaksi Nara yang tak ubah macam cacing kepanasan dek kerana terlalu excited yang kedua kawan rapat dan teman sekerjanya bakal berkahwin.
"Oh , sebab tu ke kau tanya ?" Soal Nara. Haera mengangguk. Mukanya masam. Tiada senyuman. Hati Haera kini berbolak balik. Sedih kerana kehilangan omma yang sangat dicintainya dan keliru untuk bahagia atau tidak saat Jungkook melamarnya.
Author punya karangan BM dah boleh A kot ni.
"Kau kena terima pinangan dia Haera. Aku tahu dia boleh jaga kau. Dia baik ape" ujar Nara cuba memujuk Haera untuk menerima Jungkook.
"Lain la kalau kau betul betul tak nak , baru bagi aku akh!-" Nara terjerit kecil tatkala Haera mencubit lengannya. "Gatal" Haera ketawa kecil lalu mengukir senyuman.
"Eh eh dia senyum lah , wah lawanya kawan aku. Haaa macam ni lah aku nak tengok kau. Bukan masam masam macam cuka buat hilang karat tu" kata Nara. Pipi Haera menjadi sasaran cuitan dari jari telunjuk Nara.
"Jungkook tu baik Haera , jangan sia-siakan dia. Walaupun dia pernah sakitkan hati kau. Tapi aku yakin sekarang dia dah berubah. Aku boleh nampak effort dia untuk jaga kau. Ingat Haera , jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" ucap Nara kembali serius.
"Tapi aku tak kejar apa apa" Haera mengusik lagi sekali membuatkan Nara mendengus. "Kalau aku tepek kau dengan pancake ni , baru kau tahu langit tinggi ke rendah" balas Nara sambil memotong pancake yang dipesannya lalu disuap ke dalam mulut.
Haera kembali termenung.
Patut ke aku terima dia ?
×××××××××
Jungkook
"Jungkook nak kahwin ??"
Aku mengangguk. Kedua orang tuaku aku pandang sekilas. "Siapa yeoja tu ?" Soal appa lalu kembali melabuhkan punggung disebelah omma.
"Haera. Park Haera" balasku.
Omma ku yang baru sahaja ingin menghirup teh hampir tersedak. Membuntang mata omma memandangku.
"Park Haera ? Anak mendiang Mr Park ?" Soal omma pula.
Aduh , jangan la omma tak restu. Aku penatlah nak hadap drama hidup ni.
Aku mengangguk. Mata aku masih memandang ke arah kedua ibu bapaku."Omma suka"
"N-nae ?" Soalku mendapatkan kepastian.
"Bila nak kahwinnya ? Nak buat dekat mana ?"
Aku senyum lebar. "Ah Kook tak tahu lagi sebenarnya dia terima ke tidak pinangan Kook"
Appa dan omma mula menepuk dahi masing-masing. "Kalau dia tak terima macam mana ?" Soal appa.
"Appa jangan cakap macam tu. Kook akan buat dia terima Kook. No worry" kataku. "Ikut kamu lah Kook , kami layankan ajew" kata omma.
Niceu chance. Untung aku ada omma appa macam ni. Senang hidup.
Aku bangun dan terus peluk kedua mereka. "Gomawo omma , appa"
"Yang terbaik untuk kamu Kook" balas omma sambil mengusap kepalaku.
××××××××××
Haera
"Kau nak bawak aku pergi mana ni Kook ?" Soalku apabila melihat Jungkook mula memandu keluar dari perkarangan Busan.
"Kau tido je , nanti dah sampai aku kejut" balas Jungkook. Macam mana aku nak tido kalau dia tak bagitahu dia nak bawak aku ke mana.
Nak culik aku ke apa ? Aku bukan ade gheta. (Harta ok)
"No no bagitahu aku dulu"
Jungkook mengeluh kecil. "Haih kau ni. Aku nak bawak kau pergi jumpa omma appa aku" balas Jungkook.
"HAAA ?! Nak buat apa ? Tak nak lah" balasku. "Kita kan nak kahwin" jawab Jungkook pula.
Eh jebon bila masa aku kata sudi ?"Bila masa pulak aku kata sudi ?"
Skreet ! Jungkook berhenti mengejut ditepi jalan. Berdebar jantung aku jadinya.
"Kau tak sudi ke ?" Soal Jungkook.
Dia pandang aku dengan reaksi penuh kekecewaan."Eh , tak , bukan , aku cakap time tu , time kau lamar aku tu , aku kan tak cakap sudi time tu haaa err--" aku menjawab . Keadaan awkward.
"Kau sudi tak nak kahwin dengan aku ni ?" Soal Jungkook lagi. Aku pandang anak mata dia.
"Erm aku sudi Kook. Kalau itu terbaik untuk aku" balasku. Senyuman mula terukir di bibir Jungkook.
"Eh dah lah , kau senyum senyum pulak. Bawak lah kereta cepat. Kata nak jumpa omma appa . Dah lah berhenti sudden nasib baik aku tak heart attack" bebelku. Aku senanya awkward gahgahgah.
"Da la kau bebel pulak. Ade aku siku nanti" kata Jungkook. Brek di tarik dan pedal minyak ditekan. Kereta kembali meluncur di atas jalan.
Eleh tadi dramatik. Ni nak siku aku pulak. Daser.
"Gedik" aku mencebik.
TBC
YOU ARE READING
[C]Unsee • JJK •
Fanfiction"Tulah kau , yang dah sedia terima segala kekurangan kau kau tak nampak . Tengok sekarang ? Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" -JHS "Tomboy macam mana pun dia , dia still perempuan" -PJM "Kalau melupakan kau tu yang terbaik , aku okey...