°Enam°

88 11 0
                                    

(untuk chap ni , aku recommend korang dengar lagu Hug Me cover by Taehyung dengan Jhope :))

Jungkook

"kita dah tak boleh keluar selalu lepas ni" ucap Jieun buatkan aku confuse.

"Kenapa pulak ?" aku cuba mengukir senyuman. Kotak cincin tadi masih erat dalam genggaman. Mata aku masih memandang ke arah Jieun menanti jawapan.

"Saya dah bertunang , lagi 3 minggu saya akan kahwin"

Jawapan Jieun membuatkan hati aku rasa sakit. Rasa macam nak bersepai.
"O-oh yeke ? Congrats" aku senyum untuk sorokkan yang aku tengah kecewa sangat-sangat.

Jieun masih dengan wajah dia yang sugul. "Jungkook , saya harap sangat awak dapat terima Haera. Saya tengok dia sanggup terima kekurangan awak dari segi cara korang berkawan. Dia pernah cerita dengan saya yang dia suka dekat awak tapi dia takut untuk bagitahu awak sebab dia tahu awak takkan suka dengan dia sebab perangai dia yang macam lelaki. Jadi dia simpan apa yang dia rasa. Saya anggap awak ni kawan baik saya je Jungkook. Saya tahu Haera sakit hati bila kita berdua asyik keluar tapi saya tak tahu macam mana saya nak cakap. Dan harini saya terpaksa cakap benda ni. Walaupu menyakitkan yang penting awak tak bahagia dalam penipuan Jungkook . Jaga dia Kook , bukan senang nak cari orang yang boleh terima kita seadanya. Kalau ada peluang ni , jangan lepaskan. Effort Haera pada awak tu terlalu besar. Jangan sia-siakan dia Kook. Peluang kedua mustahil untuk ada pada setiap orang" ucap Jieun panjang. Kata-kata dia buat aku makan dalam. Jadi dia tahu yang Haera confess dekat aku tempoh hari ?

Jieun bangun dari kerusi "saya balik dulu Kook , terima kasih untuk dinner ni" dia mula melangkah pergi meninggalkan aku yang masih terkedu.

'jaga dia Kook , bukan senang nak cari orang yang terima kita seadanya'

Kotak cincin di tangan jatuh ke lantai.

Apa aku dah buat ?
Dan apa yang aku rasa sekarang ni ?
Bodoh ke aku ?
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Nobody

Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah. Kotak cincin tadi dia campak dalam tong sampah. Apa gunanya lagi ?

Langkah diatur perlahan ke ruang tamu. Bangtan sedang menunggu dia untuk mendengar berita lamaran dia pada Jieun.

"Jungkook ?" panggil V.
Jungkook diam. Wajah dia yang sugul sahaja sudah memberi jawapan kepada pertanyaan mereka berenam.
"So ?" soal Suga.

Jungkook melabuhkan punggung di sofa dan terus sandar. Mata dipejamkan. Dia masih tak dapat menerima realiti yang Jieun akan bertunang. Dan cinta dia sia-sia.

Juga dia masih terkedu dengan apa yang Jieun katakan tentang Haera.

"Dia dah bertunang" nada kecewa Jungkook membuatkan 6 hyungnya melepaskan keluhan.

"Salah aku ke ?" soal Jungkook. Masih tak dapat terima apa yang terjadi.

Bangtan diam. Tak tahu nak jawab apa. Memang boleh dikatakan salah Jungkook. Kenapa dia terburu-buru kejar Jieun sedangkan Haera dah lama tunggu dia ?

Air mata Jungkook mengalir. Peritnya rasa . Mengetahui kebodohan sendiri. Jimin pat bahu Jungkook untuk tenangkan dia.

"Hyung , mana Haera ?"
Keluhan berat di lepaskan bangtan.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TBC
seja ja buat pendek. :)

[C]Unsee • JJK •Where stories live. Discover now