03

369 35 0
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

SEBAIK sahaja dia habis bersuara, kedengaran sayup - sayup suara Alia menjerit. "Woi, aku nak keluarlah!"

  Pemuda E.R menarik sengih. Heh, perempuan gila.

***

   Alia menyarungkan tudungnya. Pintu almari ditutup. Dia langsung tidak menyangka segalanya sudah tersedia di dalam almari. Dari baju, seluar, telengkung sehingga ke... tuala wanita.

   Gilalah.

   "Aku kena keluar dari sini. Takkan selamanya aku duduk di sini. Habislah mama, Amanda, along dan abang Firdaus risaukan aku. Kecuali abang Firdauslah," ucap Alia penuh keazaman. Sempat lagi dia mengutuk abangnya yang seorang itu.

   Dia membuka tingkap. Waktu yang mendung dan sudah pastilah sekarang waktu petang. Dia mencabut cadar dan mengikat pada kaki katil. Kalau ikutkan, ini tingkat satu. Jadi senanglah dia mahu turun dari situ.

   "Apa nak jadi, jadilah." Baru sahaja Alia mahu memegang kain dan melangkahkan kakinya ke luar tingkap, kedengaran pintu dibuka.

   "Akak, akak nak..." Perempuan itu memandang Alia dan Alia juga memandang perempuan itu. Tidak, masalahnya sekarang ini kenapa mereka saling bertatapan?

   Sekali lagi, perempuan itu bersuara. "Akak Alia, jom turun makan."

   Eh?

   Suasana janggal buat Alia sekarang. Dia menguis - nguis mee goreng dalam pinggannya untuk mengendahkan atmosfera kekok yang dirasai di sekelilingnya.

   "Kenapa Alia tak makan? Tak sedap ke?" Tanya perempuan yang berambut ikal mayang itu.

   Alia tersenyum tipis. Gila kau tidak makan? Hobi dia itu! Tetapi dengan suasana yang sangat janggal sekarang, tiba - tiba selera makannya mati.

   Yalah, bayangkan kau berada di sebuah rumah dan makan bersama dengan dua orang perempuan yang tidak dikenali. Tidakkah janggal?

   "Saya Sina Yaya dan ini ibu saudara saya, Fanna." Sina Yaya menunjukkan pada perempuan yang berambut kerinting itu.

   Terbuntang mata Alia mendengarnya. Seriuslah, ibu saudara? Kelihatan lebih muda daripadanya. Huhuhu... Awet muda betul!

   "Saya lahir pada tahun yang sama dengan abang Sina Yaya. Kira masa kakak saya lahirkan Siao Fang pada tahun dengan tahun saya lahirlah." Fanna menjelaskan kepada Alia, menjawab kekeliruan. Hahaha, umur dirahsiakan, ya?

   "Tidak sangka along bawa kawan perempuan." Sina Yaya berkata dengan penuh rasa kagum.

   Alia hanya tersenyum sekilas. Dalam hatinya sudah mengutuk Pemuda E.R. Mahu berdekah aku ketawa! Hahaha, kepala ayam dialah kawan perempuan. Lelaki itu culik aku adalah.

   Jadi depan dia ini, adik lelaki itulah?

   "Betul tu. Mati - mati akak ingat dia itu gay. Ada jugalah kawan perempuan yang dia ada." Fanna tertawa sendiri mengenangkan tingkah anak saudaranya.

   Semakin lama berborak rancak, Alia semakin rapat dengan dua ahli keluarga Pemuda E.R. Siap bincang pasal Perdana Menteri lagi. Memang ada bakat jadi mak cik bawang! Sayangnya, dia masih tidak dapat mengorek nama sebenar Pemuda E.R.

   "Tak apalah kak Alia, letak dekat situ. Kak Alia boleh pergi tidur." Sina Yaya yang sedang membasuh pinggan menghalang Alia berura - ura  ingin menyentuh span basuh pinggan.

   Dari sudut hati Alia, dia sebenarnya lega tetapi seganlah kalau buat perangai begitu di rumah orang. "Tak apalah, Yaya. Akak buat."

   "Ish, kita kata kita buat." Sina Yaya kini berdiri seperti guru disiplin. "Pergi masuk bilik sekarang!"

   Sina Yaya dan Alia serentak tergelak. Alia gelak pula lain macam. Siap terkangkang lagi. Memang ada hubungan kekeluargaan betul Alia dengan monyet ini.

   "Okaylah akak nak pergi naik bilik. Terima kasih basuhkan pinggan. " Alia meminta diri naik ke atas.

Dia membuang pandangannya ke pintu utama. Pemuda E.R tu tidak pulang lagikah? Sudah lewat malam ini. Seingat dia, Fanna kata lelaki itu kerja di Restoran.

   "Nur Alia Natasha, masih tidak ditemui walaupun semalaman telah berlalu. Pihak polis masih bergiat mencari maangsa. Mangsa dipercayai diculik berdasarkan bahan bukti kesan pergelutan yang dipercayai dengan penculik."

Alia yang baru sahaja  ingin naik ke bilik terhenti apabila terdengar suara wartawan dari ruang tamu. Dia turun semula ke bawah dan menonton siaran berita itu.

   "Pihak keluarga mangsa masih menunggu panggilan dari si penculik buat masa sekarang."

   Kelihatan gambar dia terpapar pada sebelah kanan siaran. Oh, tidak! Gambar burukku! Ini mesti kerja abang Firdaus. Hantar gambar IC. Hantarlah gambar comel sikit. Huhuhu.

   "Sesiapa yang bertemu dengan Nur Alia Natasha, berusia 23 tahun, boleh hubungi 011-XXXX-XXXX."

   Alia terdiam sambil menggosok tangannya melihat siaran berita itu bertukar ke siaran iklan. Bilalah aku boleh keluar dari rumah ini?

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now