26

165 20 0
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

"SIAPA yang balik bersama Alia tempoh hari, Puan?" Salah seorang wartawan dari saluran berita TV33 menghulur mikrofon kepada Puan Lina, menanti jawapan keluar dari bibir wanita itu.

   "Siao Fang... Semalam, kawan Alia, Amanda ada call saya menanyakan tentang Alia. Sebab Alia tak balik lagi. Saya pun terus panik bila sedar yang Alia tak balik lagi padahal sudah pukul 2 petang. Bila saya hubungi Siao Fang dan Alia, mereka berdua tidak jawab panggilan saya." Puan Lina kelihatan agak terkesan dengan kehilangan anaknya, meramas tudungnya perlahan. "Saya tak nak anak saya mati. Dah banyak kali dia kena culik..."

   "Puan, apa yang berlaku hari tu..." Pertanyaan wartawan tersebut terhenti apabila kedengaran esakan datang dari wanita itu.

   Hafiz yang perasan keadaan itu bingkas bangun dan menghalau pihak pemberita segera keluar dari rumahnya. "Keluar. Tolong keluar."

   Si jurukamera itu menyampuk. "Tapi interview tak habis lagi, enc..."

   "Kau tak dengar ke apa along aku kata? Keluar tu keluarlah! Kau orang semua ini tak faham bahasa ke?" Dada Firdaus naik dan turun menahan marah.

   Kru TV33 itu kalut berlari keluar dari rumah tersebut. Ada yang terjatuh tapi nasib baik boleh bangun dan sambung berlari.

  Mata Firdaus tidak lepas memandang orang - orang luar tersebut. Terutamanya yang baru jatuh tadi. Firdaus kembali masuk ke dalam rumah apabila van berlogo TV33 itu menjauh dari kawasan rumah mereka.

   "Mama... It's okay. It's okay, " Hafiz mengusap belakang Puan Lina, cuba menenangkan ibu kandungnya.

   "Macam mana kalau adik kau orang mati? Mama tak sanggup... Mama tak sanggup..." Air mata Puan Lina bercucuran jatuh seperti hujan yang amat lebat. Fikiran negatif terhadap nasib anaknya mula masuk ke dalam kepalanya.

   Firdaus melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya. Disebabkan tubuh badannya yang sedikit gempal jadi Puan Lina dan Hafiz terasa sempit sedikit apabila Firdaus menyertai mereka duduk di sofa bersama.

   Firdaus menggenggam tangan Puan Lina. "Percayalah, mama. Alia akan selamat di luar sana. Apa - apa kita mohon Tuhan lindungi Alia. Sebab walaupun sekarang kita tak mampu selamatkan Alia tapi kita boleh berdoa. Itu sahaja cara untuk kita selamatkan Alia."

   "Ya, mama. Jangan nangis. Alia is a strong person. Doa ibu merupakan kekuatan dia." Hafiz mengelap air mata yang membasahi pipi wanita kesayangannya.

   Hati Puan Lina tersentuh dengan kebaikkan dua anak terunanya. Puan Lina mengukirkan senyuman. "Terima kasih anak - anak mama."

...

   "Kenapa kena pasang silencer?" Tanya Alia yang tidak tahu apa - apa fasal penggunaan pistol.

   Izzkhair menunjukkan silencer pada muncung pistolnya. Seperti tutorial kecantikan pula. "Silencer ini penting. Kalau kau ternampak ada seorang musuh dekat luar manakala yang lain dekat dalam gudang misalnya. Kau boleh tembak seorang yang dekat luar itu pakai pistol yang telah dipasang silencer ini. Jadi, bila kau tembak, tak adalah keluar bunyi 'bang' atau 'bing' atau 'bung' atau 'bong' atau..."

  "Woi. Dahlah tu." Alia menyampuk apabila mendengar Izzkhair mula merepek.

   "Hehehe, sorry." Izzkhair tersengih sambil memejam matanya yang sedia bulat dan comel.

   "Setiap patung itu ada bulatan pada tengah - tengahnya. Kalau awak tembak lengkungan warna biru, awak dah kira bagus. Warna kuning, awak sangat bagus. Kalau warna mer..."

   Percakapan Izzkhair terhenti melihat peluru yang dilepaskan oleh Alia mengenai bulatan merah. Alia pula apa lagi? Dia tersengih bangga. Nasib tidak hidungnya tidak terkembang - kembang seluas corong kapal.

  "Hek ek leh. Nasib je tu." Izzkhair mula naik menyampah, menjeling Alia di sebelahnya yang asyik tersengih - sengih seperti mendapat markah penuh dalam semua matapelajaran.

   "Oh, nasib en?" Alia mula rasa tercabar dengan sindiran Izzkhair.

   Alia mula fokus menstabilkan muncung pistol dengan bulatan merah yang terdapat pada patung kedua. Beberapa saat berlalu, dengan yakin dia melepaskan tembakan.

   "Yay!" Alia bersorak gembira setelah tembakannya mengenai sasaran.

   Berkerut dahi Izzkhair, susah untuk dia terima kebenarannya! Walhal Izzkhair tidak tahu yang Alia pernah tembak tayar kereta orang suruhan Datin sehingga termasuk longkang dua buah kereta tersebut!

   "Impossible." Kata Izzkhair sambil membuat gaya Thanos.

   "Ah... Terima kasih. Terima kasih. Dah biasa. Dah biasa kena puji." Alia mengulangi ayat Izzkhair semalam tetapi bezanya Alia mengakhiri ayat tersebut dengan ketawa terbahak - bahak.

    "Macam aku pernah kenal ayat tu tapi di mana, ya?" Izzkhair mengusap dagu, memikirkan di mana dia mendengar perkataan tersebut.

   Izzkhair menyandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Ingatkan si Alia ini masih baharu dalam bidang menembak ini. Tidak dia sangka yang Alia menembak seperti sudah menjadi anggota mafia selama 20 tahun!

   "Tak mencabarlah." Izzkhair menjongketkan kening mendengar keluhan Alia.

   "Aik, kenapa pula?"

   "Tukarlah benda lain. Tak nak lah patung ini." Ujar Alia sambil mengerdipkan matanya berkali - kali di hadapan Izzkhair. Izzkhair membalas muka comel itu dengan wajah menoya. Engkau fikir comelkah kau buat muka begitu, Nur Alia Natasha?

   "Oh, kau nak benda mencabar, ya? Kejap."

   Beberapa ketika kemudian, Izzkhair meletakkan bateri di belakang tikus mainan itu sebelum meletakkannya ke bawah setelah ditolak ke butang hidup. Tikus ini bergerak merentasi lantai loteng tersebut. Tikus mainan bila berjalan memang nampak comel cuma macam mana kalau tikus betul?

  "Tembak tikus tu."

   Alia yang sedang mengfokuskan pergerakkan tikus mainan itu berdecit kuat. "Tch, mana boleh! Laju sangat."

   "Hahaha, maknanya kau masih noob!" Izzkhair ketika itu ketawa di dalam hati. Puas hatiku! Puas hatiku! Amboi, ini kira balas dendam nampaknya.

  Kata nista itu membakarkan semangat Alia. Alia menghalakan muncung pistol tersebut. Ke mana sahaja tikus itu pergi, ke situlah sasarannya berada. Alia tersenyum sekilas apabila kepala tikus tersebut berjaya dijadikan  titik fokus untuk melepaskan peluru.

    "Baa!"

   "Tahi!"

   Tikus mainan itu masih bergerak tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya. Tembakan Alia tersasar!

  "Izzkhair!" Izzkhair bergerak laju turun dari loteng.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now