08

263 30 1
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

PUKUL 1 pagi di mana semua orang sudah melelapkan mata kecuali haiwan yang menjadi pak jaga pada waktu malam. Tetapi hari ini terdapat seorang manusia juga yang masih belum tidur iaitu siapa lagi kalau bukan watak heroin kita... Alia!

   Dikala semua orang meleleh air liur basi, Alia masih mengelamun dengan ayat yang diucapkan oleh Uzaiman tadi.

   Masih ingat lagi, sebaik sahaja Uzaiman mengucapkan ayat manis tangkap leleh itu, muka dia merona merah. Nasib baik Siao Fang menukar topik supaya untuk habiskan Pizza tersebut.

   Kalau tidak, malulah dia.

"Pertama kali saya nampak awak, Alia. Fuh... Berdegup hati saya. Rasa macam cinta pandang pertama pula. Agak - agak kalau saya ajak awak dating, awak nak keluar dengan saya tak? Sebab dua kali pandang, saya rasa awak sesuai jadi isteri saya."

Eh, entahlah Uzaiman. Mungkin saya mahu? Sempat lagi Alia mengelamun dalam dunianya sendiri. Hati perempuan mana tidak cair apabila mendengar kata manis lelaki itu! Walaupun ringkas, tetap menusuk hati Alia.

   Selama ini kawan lelaki dia menganjingnya sahaja kerja mereka. Huhuhu...

   Tidak semena - mena, pintu terbuka dan Siao Fang menjenguk ke dalam bilik.

   "Ah!" Alia terus masuk ke dalam selimut. "Kenapa tak ketuk pintu dulu?"

   "Oh, maaf." Siao Fang menutup kembali pintu tatkala perasan Alia tidak memakai tudung. "Saya ketuk banyak kali tapi awak tak dengar."

   Alia yang sedang memakai tudung dalam selimut itu mengerutkan dahi. Adakah dia mendengar Siao Fang ketuk pintu tadi? Memang budak ini tidak mendengar. Sibuk mengelamun tentang Uzaiman tadi!

   "Cepat. Pakai tudung. Ambil barang penting awak. Kita pergi dari sini."

   Alia yang sudah bersiap itu membuka pintu. Pemandangan yang dihiasi ialah Siao Fang dengan pemakaian Pemuda E.Rnya. "Kenapa nak cepat - cepat ni?"

   "Orang Datin dia akan sampai sekejap lagi."

    Degup jantung Alia ketika itu bagai nak berhenti. Gilalah. Tidak sabar mahu membunuhnya atau bagaimana?

   Alia berjalan di belakang Siao Fang. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak. Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi sebentar sahaja lagi.

   "Cepat bergerak masuk dalam kereta saya." Arah, Siao Fang dalam nada berbisik.

    Tit...

   Bunyi apakah itu? Siao Fang mengerutkan dahi. Ini seperti bunyi...

   Tit... Tit... Tit...

   Bom!

   "Tak guna." Siao Fang memandang bom yang masih berdetik berada di belakangnya. Mungkin dibaling oleh seseorang. Ditoleh pada orang - orang Datin Seri Linda yang sedang berkumpul menyelinap di celah - celah gudang.

   "LARI ALIA!" Siao Fang memegang lengan Alia yang berlapik dan membawa Alia lari dari situ. Alia termengah - mengah berlari mengikut jejak Siao Fang yang semakin laju. Kenapa tiba - tiba mereka berlari ini?

   BOOM!

   Kerana letupan itu, mereka berdua tercampak dan rebah ke tanah. Walaupun letupan itu kecil, tetapi cukup membuatkan Siao Fang dapat merasakan cecair hangat keluar dari mulutnya. Darah!

   Diseluk tangan ke dalam topeng. Terasa dahinya basah kerana sesuatu. Jarinya yang terkena cecair itu ditelek. Darah! Ah, ini mesti kerana dia terjatuh tadi.

   Walau bagaimanapun, Alia lebih penting. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah Alia. "Awak okay tak, Alia?"

   Alia cuba untuk bangun walaupun  pergelangan kakinya terasa perit sekali. "Saya okay."

   "Bang! Bang!"

   Nasib baik buat mereka kerana tembakan itu tersasar. Namun, berdas - das tembakan mula dilepaskan dari arah yang berbeza.

   "Good. Alia lari ke kereta warna putih yang tersorok belakang semak tu." Siao Fang menunjukkan ke arah semak yang agak jauh dari mereka. Sambil itu, Siao Fang mencapai pistol dari poketnya.

    Siao Fang melepaskan das tembakan pada salah seorang orang suruhan Datin Seri Linda." Bang!"

   "Macam mana dengan awak? " Tanya Alia. Tidak mungkin dia mahu meninggalkan temannya seorang menghadapi musuh - musuh abangnya.

   "Pergi."

   "Macam..."

   Tidak semena - mena, sebuah bintik warna merah muncul di dahi Alia. Siao Fang menolak tubuh Alia dari situ menyebabkan tembakan itu tersasar.

   "Pergi!"

   "Kalau awak takut, awak tutup telinga awak. Pergi!" Siao Fang kemudian menembak seorang penembak yang berada di pintu gudang. Penembak itu terus jatuh mencium tanah. Pergh, headshot!

   Alia segera meninggalkan sambil menutup telinganya. Air mata lebat mengalir di pipi. Bunyi tembakan berselang - seli kedengaran.

   Walaupun segila - gila mana pun perangai dia, dia masih gentar untuk menyerahkan nyawanya pada penembak - penembak tidak berperikemanusiaan. Senjata tiada. Bagaimana mahu melawan? Dia benci dirinya jadi lemah seperti ini!

   "Bang!"

   "Bang! Bang!"

    "Kau ingat kau hebat sangatkah?"

   Sampai sahaja di kereta putih itu, Alia lekas masuk ke bahagian penumpang. Diurut dada yang terasa berdebar - debar.

    "Mari pergi. Aku hantar kau balik rumah. Tunjukkan jalan." Kedengaran suara Anita di bahagian pemandu.

    "Mana semua. Uzaiman? Afidah?"

    "Diorang settlekan orang - orang Datin tu."Kereta itu dibawa dengan penuh aksi ngeri. Dengan kelajuan yang maksima, sekiranya mereka berada di jalan raya pasti melayang RM300 kerana membayar saman! Nasib baik mereka berada di kawasan yang agak terpencil.

    Nada suara Alia berubah risau. "Siao Fang?"

    "Jangan risau, Alia. Dia akan selamat. "

   Alia memandang Anita melalui biasan cermin tempat memandu , tidak percaya. Tidak mungkin Siao Fang selamat ketika  menembak seorang diri.

   Melihat Alia berura - ura membuka pintu, Anita menjerit. Sudahlah kereta yang dipandunya bergerak seperti kereta lumba! "Alia, dengar kata aku! Jangan kau berani turun dari kereta ni! Siao akan selamat! Uzaiman dan Afidah akan menolongnya!"

    Alia mengalah dan memilih melihat melalui cermin belakang kereta. Matanya terbutang melihat satu ledakan bom tiba - tiba berlaku di hadapan gudang itu.

    "Siao Fang!"

    Ya Tuhan, selamatkah dia?

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now