PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerousALIA menjenguk ke luar bilik. "Ummi?"
Koridor tingkat 1 itu dipandang. Hairan. Kosong. Alia keluar dengan tudung yang dipinjamnya dari Ummi. Nasib baik rumah ini satu tingkat sahaja. Kalau dua tingkat, jenuh mahu cari.
Bagaikan pemilik rumah tersebut, Alia senang hati turun sambil matanya memerhatikan sudut rumah tersebut. Hadir pula rasa kenapalah dia beli rumah sewa. Tidak beli rumah mewah macam ini.
Huhuhu... Hidup ini bukan satu cerita dongeng. Kalau beli rumah seperti ini, makan maggi untuk dua tahunlah jawabnya! Silap hari bulan masuk hospital sebab makan banyak sangat maggi.
"Meow..." Alia tersedar dari angan - angan Mat Jeninnya tatkala terdengar seekor kucing Oren mengiau ke arahnya.
"Eh, kucing!" Alia naik geram melihat kegemukan kucing tersebut. Tangannya membelai kucing tersebut namun tidak semena - mena kucing itu ketakutan seperti nampak burung Puyuh menari tarian BlackPink.
Alia tercengang melihat bayang kucing itu berlari meninggalkannya. Wey, jangan cakap ada hantu dekat belakang dia.
Alia membuat bunyi memanggil kucing tersebut. Aksi kejar - mengejar antara Alia dengan kucing oren tersebut bermula. Ada masa kucing itu naik atas meja dan ada juga masa Alia terbaik atas sofa. Memang haru dibuatnya!
Alia lari punya lari bagai rumah itu milik dia pula. Syok sangat lari.
Eh, bukan kaki Alia terseliuh ke? Tidaklah. Kaki Alia bengkak sahaja. Sudah surut pun bengkak tersebut. Alia itu yang melebih - lebih. Dasar Nur Alia Natasha.
Alia : *berhenti berlari* Woi, bukan engkau ke?
Nooroo : Buat - buat tak dengar...
Akhirnya acara olahraga tiada pengganti itu menemui penamat apabila Alia merebahkan diri di atas kerusi dapur disebabkan terlalu penat.
Kucing itu pun nampak gayanya sudah lelah. Duduk sahaja dekat atas meja makan. Nasib lah makanan dilindung dengan tudung saji.
"Dahagalah." Alia mengambil gelas berwarna merah jambu dari rak pinggan. Alia bersenang - lenang bergerak menuju ke Coway, dengan harapan dapat mengisi sedikit mineral untuk dia teguk.
Wah, Alia memang buat rumah itu seperti rumahnya sendiri! Nasib tidak menari macam orang gila di ruang tamu. Nanti lari pula Ummi dan Jack dari rumah ini.
Belum sempat Alia menadah air, matanya menangkap sebuah benda berwarna coklat gelap di atas Coway itu. Gelas yang dipegang diletakkan ke tepi. Entah mengapa menggeletar tangannya ingin mengambil benda itu.
Buku tulis Matematik.
"Pergh! Cantiknya tulisan." Alia memuji tulisan pelajar buku tersebut. Lain benar dengan buku dia. Banyak benar dakwat merah melekat pada buku. Huhuhu.
Baru sahaja Alia ingin meletakkan semula, terdapat sepucuk pistol di atas Coway tersebut. Mungkin pistol tersebut dilindung dengan buku tersebut.
"Cikgu Ummi, nak ambil pistol." Hati Alia berdegup kencang mendengar suara itu. Tidak silap dia suara ini...
Alia menoleh ke belakang. "Sina Yaya?"
"Kak Alia?" Sina Yaya turut sama terkejut melihat Alia di hadapannya. "Bukan Kak Alia dah balik KL ke? Macam mana ada dekat Sri Bangsar ni?"
Alia tidak menjawab sebaliknya mengerling ke arah pistol yang terletak elok di atas mesin penapis air tersebut.
Sina Yaya tersenyum tipis. Pistol yang menjadi perhatian Alia diambil lalu disimpan ke dalam poket. "Come. Nanti saya cerita semua pada Kak Alia."
...
"White Knight?" Alia ternganga mendengar nama yang cukup asing bagi orang normal sepertinya.
"Ya." Sina Yaya menerangkan segalanya tentang kemasukkannya ke dalam dunia Mafia sambil mengelap pistolnya. "Semuanya bermula bila saya demam dekat sekolah beberapa bulan lepas."
"Kereta Cikgu Ummi diserang oleh beberapa orang Mafia. Dipendekkan cerita, setelah habis dibelasah, Cikgu Ummi minta maaf kerana libatkan saya dalam aksi pertempuran tadi. Tapi saya masa tu teruja gilalah!"
"Mula - mula Cikgu Ummi tak kasi saya masuk ke dalam dunia ini. Sebab saya masih lagi 17 tahun katanya. Tapi saya merayu dia pun kasi saya berlatih menembak."
Mata Alia bersinar mendengar cerita Sina Yaya. "Wah, bestnya."
"Kan? Jadi saya pun ambil kelas tuisyen Matematik dengan Cikgu Ummi sekaligus ambil kelas menembak! Saya siap ada pistol sendiri!" Sina Yaya bangga melayangkan pistol berwarna emasnya di hadapan Alia.
"Wah..." Alia tidak mampu menyorokkan rasa terujanya. Tangannya gatal turut mahu membelek pistol itu bersama.
Pistol itu segera disorok. Takut pula kalau orang lain nampak. Sudahlah rumah ini bersebelahan dengan jiran.
"White Knight atau WA ini merupakan satu agensi yang terkenal dalam dunia Mafia. Kira macam paling digerunilah katakan. WA diketuai oleh Dark Knight iaitu abang Jack. Dia ini kiranya macam penembak jarak dekat. Jadi kalau akak Alia ini mafia lepas itu lawan dengan abang Jack, memang konferm abang Jack menang." Sina Yaya bercerita serba sedikit tentang agensi Mafia.
"Eh, Ummi? Dia pun terlibat sekali ke?" Tanya Alia, ingin mengorek rahsia tentang dunia mafia.
"Oh, Cikgu Ummi pun terlibat sama. Dia penembak jarak jauh. Tapi disebabkan tengah mengandung dua minggu ni, abang Jack larang Cikgu Ummi sertai dunia mafia sampai bila - bila. Nak fokus dekat keluargalah katakan." Jelas Sina Yaya. Buku Matematiknya dibuka, bersedia untuk membuat kerja sekolah.
"Ummi tak kisah ke? Huhuhu, mesti rasa sedih." Alia memegang dadanya bagai dapat merasai apa yang Ummi rasakan.
Sina Yaya mengibas tangannya. "Ala mana ada. Cikgu Ummi okay je. Lagipun abang Jack dengan abang Izzkhair tengah sibuk nak usaha menentang agensi E.R."
Jantung Alia seakan berhenti berdegup mendengar nama agensi tersebut. E.R? Kenapa sama sangat dengan nama samaran Siao Fang?
"E.R?"
Sina Yaya menukar topik. "Bukan Kak Alia dah balik KL ke? Macam mana ada dekat Sri Bangsar ni?"
"Erm... Janji en jangan beritahu sesiapa. Walaupun Cikgu Ummi pun." Ujar Alia sambil mengangkat jari kelinkingnya, memandang adik Siao Fang itu dengan penuh harapan.
Sina Yaya melagakan jari kelinkingnya dengan jari kelinking Alia. "I promise."
"Macam ini..." Alia memulakan bicara. Sememangnya Alia memang handal dalam berlakon! Sekejap dia menembak - nembak seperti gaya mafia. Sekejap dia membuat gaya kereta terbalik. Akhir sekali dia mengukirkan senyuman sinis sebelum acah naik kereta.
"Wah..." Sina Yaya menepuk tangan setelah berakhir sudah teater Alia. "Kenapa kak Alia tak ambil kelas lakonan dekat universiti?"
Alia terdiam seketika sebelum meratap di hujung tembok dinding. "Eh, kenapa baru aku sedar sekarang?"
Setelah habis meratap, Alia menuju ke arah Sina Yaya. "Okay, erm... Sina Yaya. Kenal tak Pemuda..."
"Maksud akak, Pemuda E.R?"
Alia tergamam tanpa reaksi. "Eh..."
Sina Yaya tersenyum sedikit. Perlahan - lahan menuturkan kata. "Ada banyak benda yang akak tak tahu fasal abang."
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...