PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous"PON! Pon! Pon!"
Firdaus berdecit kuat mendengar bunyi hon yang membingitkan telinga di sebalik tingkap. Anak siapalah yang nyanyi lagu Didi And Friends malam - malam begini? Kalian ingat ini lagu 'hon bas berbunyi pon pon, pon pon pon, pon pon pon. Hon bas berbunyi pon pon. Di dalam bas. Sepanjang hari'... Eh, ternyanyi pula!
Kain langsirnya diselak dan dia mengintai sedikit keadaan di luar. Mata Firdaus tanpa kanta lengkap dapat menangkap imej kereta putih yang agak mewah rupanya. Tidak mungkin Along beli kereta baru senyap - senyap?
"Pon Pon Pon!"
"Ala, diamlah! Nak keluarlah ni!" Firdaus berteriak kuat, berharap pemandunya dapat mendengar. Nasib baik mamanya sudah keluar membeli barang dapur.
Hish, tidak reti sabar langsung!
"Ha Along. Kau ke tu? Dahlah beli kereta baru, lepas tu hon - hon..." Firdaus menghentikan bebelannya apabila melihat kepala Alia dijengukkan ke luar tingkap kereta.
Alia membuat simbol peace dengan pakej muka tidak bersalah. Siao Fang pula tayangkan wajah pasrah sahaja sebab Alia sibuk main hon dekat stereng kereta.
"Cepatlah Firdaus! Bukalah pintu!" Alia seronok mengarah - arahan abangnya seperti bos CEO.
Firdaus yang sedang memulas kunci merenung adik bongsunya, tidak puas hati. "Diamlah! Pasal engkaulah aku kena stop game PUBG!"
Alia membuat muka acah terharu. "Oh, kau sanggup stop game demi aku Firdaus? Oh, terharunya!"
Firdaus menolak pintu pagar dengan senyuman kambing, senyuman plastik dan apa - apa sahajalah jenis senyuman yang tidak ikhlas. Tidak mengapa kau, dik. Aku buli kau nanti! Firdaus tertawa kejam di dalam hati.
Setelah kereta itu berjaya dipandu ke tempat yang betul, Siao Fang mematikan enjin sebelum keluar dari kenderaannya. Harap - harap tiada orang curilah. Kereta mahal ini.
"Eh, kau siapa?" Tanya Firdaus apabila seorang lelaki keluar bersama - sama dengan adiknya.
"Lelaki." Jawab Alia acuh tidak acuh sambil tangannya sibuk mengeluarkan begnya dari bonet kereta.
"Aku tahulah kau lelaki tak kan Alia pula." Balas Firdaus dalam nada sarkistik apabila tidak dapat jawapan yang diinginkan.
"Oh." Siao Fang memperkenalkan diri berserta dengan senyuman di bibir. "Siao Fang. Nama saya Siao Fang."
...
Alia mencubit - cubit sandwich dengan perasaan penuh menyampah. Sejak dia sampai, keluarganya mencurah sepenuh perhatian kepada Siao Fang. Aku anak bongsukah atau dia?
"Ha Siao Fang. Nanti esok kita main game sama - sama. Aku dah add username kau. Boleh tidur dengan aku, ya?" Firdaus membawa Siao Fang ke biliknya. Tiba - tiba teringin mahu adik lelaki.
"Sukalah tu semua suka dia," Alia berbisik berbaur cemburu. Hingga mengunyah sandwich pun berbunyi - bunyi. Dengki sangatlah tu!
"Asal muka cemberut tu? Jealous ke?" Puan Lina menyapa anak daranya yang masih belum masuk tidur lagi. Baru sahaja sampai rumah, terus dikorek isi dapur. Lapar sangat agaknya!
Alia memaniskan mukanya. Malu pula kalau ditangkap yang dia cemburu akan kasih sayang yang dicurahkan pada Siao Fang! "Mana adalah mama. Alia tak kuat jealous. Along tu lainlah."
Puan Lina mengukirkan senyuman sebelum menghela nafas lega. "Mama bersyukur kerana kamu masih ada di hadapan mata mama."
Alia berasa gusar mendengar luahan ibunya. "Ish, kenapa mama cakap macam tu? Mama memang nak Alia mati en?"
Puan Lina menggeleng perlahan. "Alia tahukan Alia sudah dua kali diculik? Mama rasa lega bila Alia selamat buat masa sekarang. Jahat gila orang yang culik anak mama tu! Kalau mama dapat tangkap dia, mama kejar dia guna senapang gajah."
Alia tersengih sehingga nampak sisa - sisa sandwich di dalam mulutnya. Ini kalau Puan Lina tahu yang Siao Fang menyembunyikannya pasti kubur Siao Fang berada di sini.
Tetapi.... Siao Fang buat semua itu untuk lindungi dia dari Orang Datin Seri Linda.
"Cepat tidur. Nanti esok mama nak masak Ayam Masak Kicap." Puan Linda berura - ura melangkah meninggalkan anaknya di dapur. "Ha, lupa mahu bagitahu. Esok malam, along nak pergi dusun Tok Pa. Tunggu durian jatuh katanya."
Mata Alia bersinar - sinar seperti mata dalam anime. "Wah, tunggu durian! Dah lama tak makan durian." Sandwich di tangan disumbatkan ke dalam mulut. Tangannya cepat - cepat dicuci sebelum naik ke bilik lamanya.
"Oh, mama," Alia menyalam mamanya. "Selamat malam, mama."
"Yalah. Selamat malam." Puan Lina kemudian tertawa kecil melihat anak perempuannya berlari macam Naruto menuju ke bilik. Tidak sabar mahu tidur agaknya!
Haih.... Rasanya baru tukar pampers Alia semalam. Tidak dia sangka Alia kini menjadi seorang wanita yang bekerjaya.
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...