PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous"ITU bukan mayat saya." Penjelasan yang keluar dari bibir Siao Fang membuatkan Alia melopong. Ha? Jadi, jenazah siapa itu?
Setelah pekerja Cafe yang lain sudah pulang ke rumah masing - masing, barulah Siao Fang membuka cerita tentang hal semalam.
Amanda? Hahaha, dia tengah menonton K-Drama. Cerita apa ya yang berkisarkan seorang perempuan yang suaminya curang itu? The World Of Married?
"Habistu, tu mayat siapa?" soal Alia, kehairanan.
Siao Fang kelihatan teragak - agak mahu memberitahu. Kerenahnya seperti Nobita yang takut - takut memberitahu ibunya tentang markah kosongnya.
Perlahan - lahan Siao Fang menjawab. "Itu mayat Afidah."
Alia terpempan. "Afidah?"
"Bang!" Bunyi tembakan berselang - seli kedengaran. Keadaan di sekeliling sudah seperti berada di medan perang!
Siao Fang bersembunyi di sebalik pokok. Tangannya lekas mengisi peluru sebelum membalas tembakan musuh.
"Bang! Bang! Bang!"
Walkie talkienya bersuara. "Wey, matilah! Ada orang baling bom."
"Afidah. Dah tahu ada bom tu keluarlah!" tempik Siao Fang. Situasi begitu genting sekali. Sepatutnya Afidah sudah keluar setelah memasang bom di dalam gudang itu.
"Tak, kaki saya terseliuh sebab jatuh."Suara Afidah mengeluh menerpa telinga Siao Fang."Tetapi, saya..."
"Heret mayat - mayat orang kita!"
Hati Siao Fang berdegup kencang mendengar suara seseorang di sebalik walkie talkie tersebut. Patutlah hanya seorang sahaja yang melepaskan tembakan ke arahnya.
"Bom!"
Siao Fang menjerit apabila terdengar suara orang suruhan Datin Seri Linda berteriak memberi arahan di sebalik talian." Afidah. Keluar cepat. Aku rasa diorang dah pasang bom."
"Tak boleh. Kaki saya..."
"Bang!" Belakang pokok yang menjadi tempat persembunyian Siao Fang ditembak bertalu - talu.
"Sabarlah! Tembak kejap lagi boleh tak?" Siao Fang menghalakan muncung pistol pada si penembak. Tahu - tahu sahaja si penembak itu sudah tersungkur ke tanah.
Sebab inilah kita tidak boleh ganggu orang - orang tua bercakap.
"Afi..."
Sudah terlambat, gudang itu sudah dibom sekali lagi. Tiada lagi kedengaran keluhan Afidah sebaliknya hanya bunyi talian diputuskan menjadi latar belakang.
"Inannalilahwainahirojiun. Tetapi, mana Uzaiman?" Alia bertanya tatkala teringat Anita mengatakan bahawa Uzaiman turut serta dalam misi ini.
"Dia tiada masa itu. Dia tidur di rumahnya." Siao Fang menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia terduduk memeluk lutut. Mukanya diraup kasar. "Saya rasa saya bukanlah seorang kawan yang bagus."
Mata Alia terkebil - kebil memandang Siao Fang. Kepalanya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk dilontarkan. Nanti salah cakap, tidak fasal - fasal Siao Fang menangis tepi katil.
"Awak bukannya seorang kawan yang bagus." Riak wajah Siao Fang berubah mendengar kata - kata Alia.
Cepat - cepat Alia menyambung katanya. "Awak kawan yang terbaik. Walaupun awak tak dapat selamatkan Afidah, mesti Afidah tak kisah sebab dia tahu awak dah berusaha. Mungkin Afidah mahu kita terus hidup."
Air muka Siao Fang masih belum berubah. Okay, Alia sudah panik. Aku sudah 'coverline'lah ayat aku tadi. Tidak mengapa, Alia. Teruskan. Keyakinan itu penting!
"Afidah itu sangat baik. Tak mungkin awak nak seksa dia dengan asyik kenangkan dia? Saya pun sedih juga. Tapi kita boleh sedekahkan Al-Fatihah sebagai hadiah kita untuk dia, kan?"
Alia tersenyum melihat wajah Siao Fang kembali tenang semua. Nasib baiklah tidak perlu keluarkan duit untuk beli aiskrim.
"Terima kasih, Alia."
***
"Bam!"
Terkulat - kulat dua orang suruhan itu mendengar frekuensi kuat bunyi meja itu dipukul. Tidak berani mahu menatap muka bos di hadapan mereka berdua.
"Macam mana boleh terlepas? Bukan dah detect lokasi tu awal - awal lagi ke?" Barang - barang yang tersusun di atas meja dicampakkan ke tepi oleh Datin Seri Linda. "Aku bayar kau orang duit. Tak pandai rancang strategi ke?"
"Bu... bukan salah kami." Si kepala botak bersuara menafikan. Mana boleh dituduh sebegitu rupa! Kecil hati dia.
"Habis tu? Salah siapa? Monyet? Putih ?" Kucing putih parsi bersebelahan meja mengiau apabila mendengar namanya disebut tuannya. Salah aku pula.
"Pemuda E.R," ujar si rakan. "Dia dah kembali."
Datin Seri Linda terkedu sebelum tergelak terbahak - bahak mendengar nama musuh lamanya. Ya Tuhan, tidak sopan ini ibu. Bagaimanalah mak mertua dia tahan dengan sikapnya selama ini?
Nooroo : Aku syak dia janda.
Wanita berusia 40-an itu merebahkan diri di atas kerusi sebelum dipusingkan menghadap dinding."Aku ingat dia dah berhenti buat kerja 'amal kebajikan' tu."
"Tunggulah Pemuda E.R. Aku dah mula rancang strategi yang menarik. Khas untuk kamu." Bibir Datin Seri Linda menguntum senyuman sinis.
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...