04

349 35 6
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous

ALIA mengikat rambutnya menjadi sanggul sebelum menyarungkan tudungnya. Siaran berita semalam masih dia ingat seperti cd yang tersekat - sekat.

   "Tok Tok Tok!"

   Mendengarkan ketukan pada pintu itu, cepat - cepat dia menyahut. " Ya, siapa?"

   "E.R," jawab Pemuda E.R di sebalik pintu. "Cepat bersiap."

"Bersiap? Pergi mana?" Tanya Alia dengan nada hairan. Dia mahu bawa aku pergi Giantkah apa? Nasiblah dia bukan Nobita kalau tidak mesti dia ketakutan mahu ikut.

   Kedengaran satu keluhan dari luar. " Haih, budak ni. Kau nak balik tak?"

   Terbit satu senyuman teruja pada bibir Alia. Tombol pintu dipulas. "Betul ke?"

    Pemuda E.R pada mulanya  terkedu itu lama - kelamaan mengukir senyum. Oh, lupa mahu beritahu! Pemuda E.R tidak menyarungkan topeng pada mulut tetapi sebaliknya pada mata. Jadi, Alia bolehlah tengok dia senyum.

   "Bersiaplah."

***

   "Ala, akak nak pergi juga ke?" Sina Yaya mencebikkan bibir, rasa sedih kehilangan 'kakak' keduanya.

   Alia tergelak kecil. "Ala nanti boleh lah jumpa lagi. Akak pun banyak kerja. Buat kerja elok - elok sambil tunggu keputusan SPM."

   Setelah mereka bertiga berpelukan dan berlaga pipi, barulah Alia bergerak meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.

   "Lamanya." Rungut Pemuda E.R sambil sipi sipi menjeling Alia.

   Alia menjelir lidah. "Biarlah."

   Pemuda E.R kelihatan memutarkan bebola matanya, malas mahu melayan kerenah Alia. Dia menekan pedal minyak. Kereta itu meninggalkan rumah banglo itu.

   "Bye! Bye semua!" Alia menjenguk ke luar tingkap teruja melambai ke arah banglo itu. Alia tersenyum sendiri

   "Masuk balik. Nanti aku bawa balik kepala kau je." Alia memandang tajam Pemuda E.R. Kecil besar, kecil besar aku tengok kau ini.

    Seminit di dalam kereta sepi dengan bunyi geseran tayar. Alia bermain jari menghilangkan rasa janggal antara mereka berdua.

   "Kau siapa?" Tanya Alia sekaligus memecah kesunyian di dalam kereta tersebut. Dalam masa yang sama, bolehlah korek rahsia si pemuda di sebelahnya.

   "Manusia," balas Pemuda E.R. Matanya masih fokus pada jalan raya.

   Alia membuat muka menyampah. Memanglah pemuda di hadapannya ini manusia. Tidak mungkin abangnya Firdaus pula!

   Pemuda E.R meraba poket pintu keretanya. Dihulur telefonnya pada Alia. "Taiplah alamat rumah kau."

   Alia membuat muka menyampah. Serius je dia ini. Tetapi aku suka. Eh?

   Tidak, maksud dia, memang lelaki ideal dia merupakan seorang yang serius dan bergaya tetapi pemuda di hadapan dia ini lain. Serius sangat!

   "Kau tunggu apa lagi. Ambillah. Lenguh tangan aku." Pemuda E.R melemparkan telefon kepada Alia. Telefon itu jatuh ke atas riba Alia.

   Eh, eh mamat ini? Tidak sayangkan telefon ke?

   Sambil menaip alamat rumah Amanda, Alia menanyakan soalan. "Kau kerja apa? Kenapa balik lewat semalam?"

   "Kenapa nak tahu? Kau rindu aku ke? " Soalan Alia dibalas dengan soalan.

   "Tahi. Jawab dulu!" Alia meletakkan telefon di dalam bekas yang tersedia di tepi kerusi pemandu.

   "Kerja overtime. Kau apa tahu? "

   Alia mengherotkan bibirnya, mengajuk kata - kata Pemuda E.R. "Kerja overtime. Kau apa tahu?"

   "Aku tendang kau keluar kereta kan." Nada suara pemuda itu kedengaran menahan geram. Alia tertawa macam lelaki. Siap terkangkang macam biasa!

   Pemuda E.R cuba menahan senyum. Sewel budak ini. Orang marah pun gelak. "Turn left."

   Alia memandang persekitaran. Oh, baru lalu depan sekolah. Ingatkan sudah sampai ke rumahnya. Mengisi masa yang ada, Alia bertanya lagi. "Umur kau berapa?"

   Pemuda E.R  berdecit. Rasa menyampah pada Alia pun ada. "Banyak tanyalah kau ni."

   Alia tersengih. "Ala aku pernah dengar dalam iklan, 'anak bijak banyak bertanya.'"

   "Yalah tu."

   "Go straight and turn left"

   "23." Alia memandang lelaki itu, seakan tidak percaya. "Umur aku 23."

   Mata Alia membulat teruja. "Jadi umur kita samalah!"

   "Yalah." Pemuda E.R  itu bersuara. Dari nada suaranya jelas kedengaran dia malas mahu melayan.

   "You have arrive the destination."

Nooroo : Hahaha, broken grammar.

   "Sebelum kau turun." Pemuda E.R memandang mata Alia. "Jangan pergi kerja buat masa ini. Orang - orang Datin tengah mencari kau sekarang."

   "Yalah." Alia membuka pintu kereta. "Tidak payahlah pesan macam saya budak kecil."

   Pemuda E.R tersenyum mengejek. "Memang kau budak kecil pun."

   "Hek ek leh. Kata orang." Baru sahaja Alia ingin meninggalkan kereta itu, dia terdengar suara Pemuda E.R.

   "Nanti dulu."

   Alia mendengus, kasar. "Apa la... "

   Pemuda E. R mengusap kepala Alia seperti mengusap kepala anak kucing. . "Take care ."

   "A... ak... " Entah kenapa rasa suaranya tersekat pada kerongkong.

   Pemuda E.R menurunkan tangan yang mengusap kepala Alia tadi. Mata Alia direnung, tajam. "Jangan beritahu apa - apa kat orang lain pasal aku."

   Tergagap - gagap Alia membalas. "O... oka... okay."

   "Bye, Assalamualaikum." Kereta putih SAGA itu bergerak meninggalkan Alia.

   "Wa... waalaikumussalam."

   Sebaik sahaja kereta milik Pemuda E.R menjauh, Alia tersedar dari temenung yang panjang. Alia mengipas mukanya yang terasa panas. "Kenapa dengan aku ni? Gatal en kau, Alia? Siap tergagap - gagap lagi dengan orang tak kenal. Hish, nasib lah aku takkan jumpa dia lagi."

   Amanda yang baru keluar untuk ke Cafe terjerit kecil melihat Alia. Air mata berlinangan tanpa dipaksa. "ALIA!"

   Dua sahabat itu berpelukan.

   "Amanda!"

   Amanda memeluk tubuh kawannya, erat. "Mana kau pergi, ha? Kau tahu tak aku terkejut bila tengok kau tiada masa aku keluar dari tandas? Kau tahu tak aku sedih gila sampai aku tiada perasaan layan drama Korea masa kau hilang? Kau tahu tak..."

   Bebelan Amanda seolah tidak dipedulikan Alia. Masih hangat rasanya kepala disentuh oleh pemuda itu. Kenapa dengan hati aku ni? Gatal sangat kenapa?

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now