30

185 19 4
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

ALIA berundur ke belakang tatkala lelaki berhoodie itu cuba mendekatinya. Kau gila tidak berundur? Dia sudahlah pegang pistol! Ah, memang waktu begini kau tertinggal pistol, Alia!

   "Siapa kau sebenarnya? Syaitan atau manusia? Kenapa kau buat aku macam ni?" Si lelaki berhoodie itu tertawa mendengar soalan bertalu - talu daripada Alia.

   Alia memandang dia, hairan. Seingat aku tiada pula aku letak punchline  dalam soalan aku tadi.

   Tanpa menjawab soalan Alia, dia mengambil pistol dari poketnya sebelum dihalakan pada Alia.

   Alia menjadi panik. Eh, eh kenapa dia ini? Tiba - tiba keluarkan pistol lagi satu. Berapa banyak pistol Siao Fang ada?

   Alia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum memandang pada dia kembali. Apa yang dia mahu buat?

   "Selamat tinggal, Alia..."

   Entah mengapa, seperti dalam drama filem, Alia memejamkan matanya, pasrah menanti darahnya menitik jatuh ke bawah.

   "Bang!"

   Tidak sebarang petanda ribut taufan, Alia jatuh disebabkan ditolak seseorang ke tepi. Alia mengaduh apabila bahunya terasa perit.

   "Kenapalah awak selalu macam ni?"

   Alia tersentak. Perlahan - lahan wajah yang menyelamatkan dirinya dipandang. Kelihatan Siao Fang menyapu - nyapu hoodienya yang kotor dengan tanah.

   Suara Alia seperti tersekat - sekat pada kerongkong. Jadi siapakah lelaki yang bertopeng E.R ini?

   "Siao Fang... Apa jadi?" Alia kelihatan keliru.

   "No time to explain." Siao Fang tidak memandang Alia sebaliknya merenung pemuda di hadapannya, tajam. Tangannya ditepuk perlahan. "Kau rupanya pengkhianat dalam kumpulan White Knight. Tak sia - sia aku pura - pura belot WK untuk tangkap manusia macam kau... Eriz."

   Eriz mengundur selangkah ke belakang, terkejut apabila identitinya telah terbongkar. Tiada yang bersuara antara mereka bertiga sehinggalah Eriz tertawa besar.

  "Hahahaha... Tak ku sangka yang kau ini bijak meneka! Tak perlulah aku menyarungkan topeng bodoh ini lagi." Rizu mencabut lalu mencampakkan topeng ER ke tepi. Alia terpana melihat wajah Eriz. Dapat dia lihat wajah Eriz penuh dengan dendam. Eriz juga menanggalkan satu cip dari lehernya. Itulah cip yang digunakan untuk mengubah suaranya menjadi suara Siao Fang.

   "Kenap..." Soalan Siao Fang dipotong apabila Eriz melayangkan penumbuk sulungnya pada dada Siao Fang sebagai salam perkenalan. Siao Fang berdecit menahan keperitan.

   Siao Fang cuba menerajang perut Eriz. Eriz tersenyum sinis melihat kesilapan Siao Fang dalam membuat langkah, bersedia memegang kaki lawannya. Namun, tindakan Eriz itu merupakan kesalahan terbesar tatkala sebuah penumbuk milik Siao Fang menghinggap kepalanya.

   Alia yang turut ingin membantu, menendang belakang Eriz. Bagai mempunyai deria keenam, Eriz mengelak ke tepi menyebabkan perut Siao Fang menjadi sasaran.

   "Aduh!" Siao Fang mengetap gigi. Apalah salah dia... Dada sudahlah kena tumbuk dengan Eriz manakala perutnya disepak oleh Alia.

   "Maaf. Huhuhu, saya nak tolong sahaja." Alia berasa bersalah atas kesakitan Siao Fang.

   "Jadi, tolong diam!" Eriz memaut leher Alia dari belakang. Alia meronta melepaskan diri tetapi apalah yang dia mampu jika melawan lelaki yang lebih kuat daripadanya. Hampir biru warna mukanya mencari nafas.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now