29

189 18 7
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

Satu jam sebelum kedatangan ER ke Markas WK...

PISTOL  dengan kelajuan tembakan bagai burung helang dipandang sepi. Datin Seri Linda menghadiahkan senyuman kepada sang lelaki bertopeng E.R di hadapannya.

   "Apa yang saya perlu buat?" Soalnya, tangannya mengambil pistol yang terletak di atas meja itu sambil memandang Datin Seri Linda penuh bingung.

   "Bawakan aku kepala Alia."

...

   "Bang!"

   Beberapa helai rambut Izzkhair ternaik ke atas apabila peluru itu sipi - sipi mengenai kepalanya. Izzkhair membuka pintu bilik bawah tanah seluas pintu gol sebelum segera menyorok di belakang salah satu kotak besi.

   Alia yang menjengukkan kepalanya ke luar segera mengikuti jejak langkah tiga lelaki WK itu. Amran menyeluk sepucuk pistol dari poketnya, bersedia untuk berperang.

   "Kau kena ingat. Ini bukan seperti dalam FreeFire ataupun PUBG. Ini peperangan kecil antara mafia." Izzkhair memberikan amaran kepada wanita di sebelahnya itu.

   Alia mengangguk, faham. "Baiklah."

   Seorang perempuan bersorak memanggil warga kumpulan White Knight. "Woi, keluarlah! Pengecut!"

   Alia tersentak mendengar suara itu. "Suara ini... Suara ini mirip benar dengan Datin Seri Linda."

   "Bang!" Amran, si penembak jarak jauh berjaya menembak kaki salah seorang ahli Endanger Regulation.

   Setelah bunyi tembakan itu bergema, bermulalah peluru dilepaskan oleh kumpulan masing - masing. Demi pertahankan diri, musuh menyorok di sebalik kotak - kotak besi berwarna biru.

   "Dark Knight, tolong! Kita orang diserang!" Eriz menghubungi Jack melalui walkie talkie. Eriz melepaskan tembakan apabila seorang lelaki keluar dari tempat persembunyiannya.

   Alia yang ligat menembak terasa lehernya disekat saluran pernafasan oleh seseorang. Tangannya menepuk - nepuk tangan yang melilitnya. Izzkhair menendang wajah gerangan yang mencekik Alia sebelum menembak tepat pada kepalanya.

   Ketika itu, jantung Alia berdebar - debar. Benarlah! Ini bukan seperti dalam permainan video! Terketar - ketar tangannya cuba mengambil pistolnya kembali tatkala baru melihat pembunuhan betul - betul di hadapan mata.

   "Alia, fokus!"

   Semangat kembali masuk ke dalam diri Alia. Alia cuba meletakkan titik fokus ke arah bahu Datin Seri Linda namun tembakannya tersasar pada salah seorang pekerja wanita itu.

   "Cis, sedikit sahaja lagi!"

   Berbalik pada situasi Amran dan Eriz. Amran dengan gahnya bangun dan menembak dengan dua pistol di tangan. Macam hero Bollywood gayanya.

   "Bengongloh mu ni. Turunlah!" Eriz yang ingin menembak musuh terganggu dengan kelakuan temannya. Sudahlah budak ini curi mangsa aku!

   Permainan FreeFire bersiaran secara langsung selama 10 minit di markas White Knight. Mahu menonton? Sila datang di lokasi rahsia.

   Melihatkan kebanyakan pekerjanya cedera ringan dan mati membuatkan hati Datin Seri Linda gusar. Dia menjatuhkan pistolnya ke bawah. "Baik, aku mengalah."

   Izzkhair tersenyum sinis. "Kalau begitu balik dan jangan datang lagi!"

  Senyuman sinis itu dibalas dengan ukiran senyum jahat pada wajah Datin Seri Linda.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now