23

166 20 9
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

"MENYAMAR?" Siao Fang memandang Datin Seri Linda tanpa emosi.

   "Abang dia tak nak aku bekerjasama dengan projek dia. Berlagak betul. Aku nakkan keuntungan projek tu!" Meja yang tidak bersalah menjadi mangsa hentakan Datin Seri Linda. Kesian meja ini. Selalu kena hentak.

   Sekeping gambar Alia dipandang sekilas. Siao Fang berpeluk tubuh sambil memandang Datin Seri Linda. "Apa maksud kau ini? Kau nak aku menyamar jadi apa? Tukang cleaner?"

   "Pemuda E.R."

   Siao Fang mengerutkan dahi, tidak mengerti kenapa dia harus menyamar dengan gelaran itu. "Kenapa Pemuda E.R?"

    Terbit senyuman sinis pada wajah wanita itu. "Dahulu, Pemuda E.R adalah atuk Jack, ketua White Knight. Musuh temurun Endanger Regulation. Tapi dia sudah mati. Jadi, aku nak kau pakai balik nama bodoh dia itu untuk dapatkan Alia."

   "E.R adalah sebuah agensi mafia. Nama panjangnya adalah Endanger Regulation. E.R ini dah lama bermusuhan dengan White Knight sejak dunia mafia diwujudkan lagi." Terang Sina Yaya dengan terperinci. Ini mesti tukang baca bila ada presentation.

    "Endanger Regulation? Kejap, ya." Alia membuka telefonnya sebelum mentafsirkan bahasa Inggeris tersebut pada Google Translate. "Peraturan Membahayakan?"

   "Ya. Agensi E.R ataupun agensi yang diketuai oleh Datin Seri Linda merupakan agensi yang agak bahaya. Dia orang ada pasaran gelap tersendiri. Dengan pasaran gelap itu, mereka beroleh keuntungan yang berjuta - juta!"

    "Afi..."

   Sudah terlambat, gudang itu sudah dibom sekali lagi. Tiada lagi kedengaran keluhan Afidah sebaliknya hanya bunyi talian diputuskan menjadi latar belakang.

   Bunyi siren polis mengejutkan Siao Fang. Siao Fang cepat - cepat menyorok dalam semak. "Tak guna..."

   "Abang Jack dapat tahu yang E.R culik kak Alia. Jadi, dia pun datang ke gudang itu untuk selamatkan Alia. Tapi memang terkejutlah juga sebab Alia tak ada dekat situ. Syukurlah Kak Alia selamat hari itu." Alia terkedu tidak terkata mendengar penerangan Sina Yaya.

  Tidak semena - mena dadanya terasa sakit. Bukan kerana dia mempunyai sakit jantung tetapi rasa sedih menyerbak dalam dada. Kenapa dia ini mudah percaya dengan kata - kata orang?

  "Sina Yaya..." Panggil Alia.

  Skrin telefonnya dibelek. Siao Fang menghela nafas keras. Kenapalah si Ridzwan itu lambat balas mesejnya?

Ridzwan
Aku langgar kereta kau
dari belakang nanti, ya?

Woi, asal lambat balas?

Ridzwan
Ala, aku tengah siapkan anggota kita.
Tak apa, nanti kau acah tembak.
Ataupun kau bagi Alia tembak.
Nanti kita akan bawa dia masuk
dalam kereta.

Okay.

   Siao Fang menutup telefonnya apabila seakan mendengar  suara Firdaus mengusik Alia.  "Alia pergi makan ke? Kenapa lama sangat?"

      "Ish, mana adalah. Along ni nak buat sesi berbual." Alia meletakkan segala kesalahan di atas bahu Hafiz.

   Siao Fang memandang wajah Alia dengan senyuman jahat. Rancangan kini sudah bermula.

   "Ya, kak Alia?" Sahut Sina Yaya yang masih larit membuat kerja sekolah Matematiknya.

   "Siao Fang tahu ke awak belajar menembak dan... Siao Fang tahu ke yang awak tahu dia pemuda E.R?" Tanya Alia. Namun, jika dilihat balik pada soalannya, memang agak berbelit nampaknya.

   Serta merta tangan Sina Yaya berhenti menulis. Perlahan - lahan Sina Yaya mengangkat wajahnya. Riak wajahnya tidak beremosi. "Tak... Abang tak tahu."

   Siao Fang berjalan terhinjut - hinjut mencari Alia. Semak dituju. Dia mencangkung menghampiri Alia yang sedang menahan kesakitan.

   "Alia, are you okay?"

   Alia menggeleng. "Sakit sangat..."

   Baru sahaja dia ingin mengheret Alia masuk ke dalam kereta, tiba - tiba memorinya teringatkan jasa baik Alia memujuk hatinya yang berduka teringatkan Afidah.

   "Siao Fang, it's okay to not be okay."

    "Mungkin Allah nak gantikan awak dengan jodoh yang lebih baik dari Afidah. Mana tahu awak dapat perempuan yang pilih awak walaupun diminati ramai lelaki. Terserlah pada diri awak untuk pilih.Tulah saya tengok dalam drama."

   Sungguh... Dia tidak sampai hati untuk meneruskan semua ini.

      "Awak akan okay." Siao Fang tiba - tiba bangun meninggalkan Alia terbaring lemah di dalam semak itu. Walaupun dalam samar kegelapan, Alia dapat lihat jelas senyuman sinis lelaki itu.

   "Siao Fang..." Lemah Alia bersuara memanggil Siao Fang.

   "She's dead."

   "Memang sakit bila abang sendiri terlibat dalam jenayah besar tapi..." Sina Yaya tertawa palsu. "But, what can I do? Patutlah dia tak balik semalam. Dia buat 'kerja' lagi rupanya."

   Buat pertama kalinya, Alia hilang idea untuk menaikkan semangat seseorang. "Akak... Tak tahu."

   Sina Yaya mengesot menghampiri Alia. Tangan Alia digenggam. "Terima kasih dengar luahan Yaya. Dah lama Yaya pendam rasa ni. But... Will he be okay?"

   "Awak akan okay."

   Alia tersenyum nipis. "Dia akan okay."

   Tiba - tiba kedengaran suara Ummi melaung dari dalam rumah. "Alia! Sina Yaya! Ada makanan dah! Mari makan!"

   "Okay!"

...

   "Tak guna! Kenapa kau tak bawa pulang mayatnya?"

   Siao Fang memandang kosong meja yang sudah diterbalikkan oleh Datin Seri Linda. "Perlu ke?"

   "Mestilah!" Datin Seri Linda berteriak marah.

   "Entah - entah dia tak mati. Mana tahu kau salah tengok." Ridzwan membuat andaian sendiri.

   "Kalau kau semua tak percaya yang dia dah mati. Kau orang boleh siasat sendiri. Aku nak keluar makan." Siao Fang menggalas begnya sebelum keluar meninggalkan pejabat Datin Seri Linda.

  Setelah kelibat Siao Fang tidak kelihatan lagi, Datin Seri Linda bersuara memberi arahan. "Ridzwan, siasat sama ada si Alia itu dah mati ke belum."

   "Baik, Datin."

  

  

  

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now