17

159 22 3
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

LAMPU yang terhasil dari minyak tanah itu menerangi di dalam serta sekitar pondok itu. Alia yang sedap berbaring dipukul perut oleh Hafiz secara tiba - tiba.

   "Apa hal abang ni?" Alia bingkas bangun lalu menggosok bahagian yang sakit. Huhuhu, mahu baring pun tidak boleh.

   "Kau ni tak sopan betullah. Siao Fang ada dengan kita pun tunjuk perangai tak senonoh kau lagi." Hafiz memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri berulang kali, rasa malu dengan perangai adik perempuannya.

   Alia berasa tanggapan alongnya salah membalas. "Orang baring jelah. Bukannya pergi menari depan pondok. Itu baru tak senonoh."

   "Yalah. Ikut kaulah." Hafiz malas mahu berbalah kata. Perhatiannya dialih pada Siao Fang yang sedang memerhati suasana dusun Durian waktu malam. "Wey, Siao Fang, kau nak dengar cerita seram tak?"

   "Jangan wey. Jangan!" Alia siap membuat simbol pangkah lagi. "Cerita along tak pernah seram. Baik jangan."

   Siao Fang tersenyum mengejek memandang Alia. "Oh, ceritalah abang Hafiz."

   "Begini..." Hafiz menunjukkan ke arah langit malam. Siao Fang dan Alia membuang pandangan ke arah langit sebelum menghayati cerita Hafiz.

   "Ada seorang perempuan ini..."

   Di suatu malam yang hening, dua orang remaja perempuan yang baru balik dari perkuburan. Tidak semena - semena, mereka berdua terdengar suara seseorang menangis di jalan perkuburan. Ah, kenapalah mereka tidak mendengar firasat hati mereka sebelum ini?

   "Rose, aku terdengar satu suara..." Percakapan Lisa terhenti apabila mulutnya ditekup oleh Rose.

   Rose berbisik ketakutan. "Ya, aku tahu. Teruskan berjalan."

   Entah mengapa langkah mereka menjadi semakin lambat. Tiba - tiba mata Lisa menangkap sosok tubuh seseorang bayi merintih di hadapan kubur seseorang.

   Menakutkan, bayi itu terlalu kurus sehingga terkeluar tulang rusuknya. Walaupun jarak yang agak jauh, Rose dan Lisa dapat melihat mata bayi itu merah. Malah, bayi itu menangis air mata berdarah!

   "Jalan, Rose. Jangan menangis." Lisa memegang erat tangan rakannya yang sudah sejuk.

   Hampir terkeluar jantung Rose apabila bajunya seperti ditarik sesuatu. Lebih mengejutkan, sebuah kepala bayi dengan isinya terburai sedang menggigit bajunya!

   Mengerikan, muncul kelopak mata pada usus bayi itu."Kakak nampak ibu saya?" Serentak dengan itu, semua mayat di kubur cina itu tiba - tiba bangkit dari tidur mereka!

   "Dahlah! Sudahlah!" Alia berteriak, meminta Hafiz menghentikan cerita tersebut.

   "Eh, rasa seram ke cik kak?" Usik Hafiz sambil tersenyum sinis.

   "Eh, taklah, mana ada." Alia cuba menegakkan benang yang sudah basah. Walhal dia sudah mahu menangis mendengar cerita itu! Sebab inilah dia tak nak dengar! Sudahlah mereka di dalam dusun yang sunyi!

  "Cepatlah abang Hafiz, sambung. Dah part best ni."  Siao Fang meminta Hafiz meneruskan jalan penceritaan, dalam masa yang sama dia sengaja mengusik Alia.

   "Korang ni..." Nada suara Alia berubah, seakan - akan ingin menangis.

   "Tak apalah, abang sambung esoklah." Hafiz membatalkan niatnya untuk menyambung bercerita. Takut meleleh pula air mata Alia.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now