01

560 44 5
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

ALIA tersedar dari lamunan mimpinya tatkala terdengar satu bunyi hentakan yang agak kuat pada mejanya. Cepat - cepat air liur basi yang melekat di pipi dikesat. Risau pula dilihat orang lain. Boleh jatuh maruahnya sebagai anak dara yang menawan.

   Alia mengangkat wajahnya. "Amanda?"

   Amanda mendekatkan muka Alia dengan jam miliknya. "Kau tengok sekarang pukul berapa? Dah lewat malam. Cafe pun dah nak tutup."

   "Kau dekatkan aku dengan jam buruk kau itu dekat sangat. Manalah aku nampak sekarang pukul berapa..." Alia menjauhkan tangan Amanda supaya dia boleh melihat waktu sekarang. "APA? Pukul 12 tengah malam!"

   "Bos, tertidur lagi?" soal Siao Fang yang baru sahaja siap membasuh pinggan. Malangnya, soalan dia dibalas dengan angin lalu. Tidak mengapa, dia sudah biasa dipulaukan. Huhuhu, sedih pula.

   "Kenapa tak kejut aku?" Amanda memandang tajam Alia yang sedang kelam - kabut mengemas meja.

   "Tak kejut kau kata?" Suara lantang milik Amanda itu membuatkan Alia yang sedang menggalas begnya itu tergamam. Ah, sudah! Sudah mula bebelan rakan serumahnya itu.

   "Siao Fang, nanti kau kunci gerai ini!" pesan Alia kepada satu - satunya pekerja harapan dia.

   Siao Fang hanya tersenyum mesra. "Okay, boss!"

   Telinga Alia kembali menumpu pada bebelan Amanda. Ah, sudah.

   Amanda memulakan bebelannya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. "Aku tahulah kau tu bos Cafe Latte Alinda, tapi sanggup kau kasi aku jadi waiter 2 jam. Dari pukul 10 malam kau tidur. Sampai hati kau..."

   Alia menyumbatkan earphone ke dalam telinganya dan memasang muzik. Alhamdulillah, aku dah tak dengar suara bebelan tu dah!

   Tanpa menjawab soalan Alia, dia mengambil pistol dari poketnya sebelum dihalakan pada Alia.

   "Selamat tinggal, Alia..."

    "Bang!"

   'Siapa lelaki itu?' Alia masih memikirkan mimpi aneh yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Ada perkara yang tidak baik akan terjadikah? Dalam asyik memikirkannya, Alia terlelap dibuai mimpi sekali lagi.

    BAM!

   Kepala Alia terhantuk mengenai laci kereta. Alia menggosok dahinya sambil tangannya mencabut earphone. Rasa jadi bodoh sekejap...

   "Apa fasal kau..." Alia baru sahaja ingin memarahi rakannya namun bicaranya terhenti apabila terpandang pintu kereta di sebelahnya terbuka memaparkan pandangan luar yang merupakan tandas awam.

   "Lah, katalah nak pergi tandas." Alia menutup pintu di sebelahnya dan mengunci  dari dalam. Risau pula ada orang jahat datang nak menculiknya. Dia boleh tahan cantik, ehek!

   Demi mengisi kebosanan menunggu Amanda yang sedang membuang, Alia membelek siaran di Instagram. Ada ketikanya dia ketawa terkangkang - kangkang melihat jenaka di Instagram.

   Ini kalau dilihat bakal ibu mertua, mesti ditolak dari awal lagi.

   "Mak tak nak terima dia. Dulu mak nampak dia ketawa macam monyet dalam kereta seorang diri."

   Tidak ke naya?

   "Tok! Tok! Tok!"

   Alia menutup telefonnya dan mengalihkan pandangannya ke sebelah. Matanya membulat memandang ke arah susuk badan seorang lelaki bertopeng sedang mengetuk cermin tingkap sebelahnya.

   "ARGH!" Alia terjerit nyaring melihatkan mereka tiba - tiba mengetuk kuat tingkap kereta itu dengan penukul. Dia segera beralih  ke tempat duduk pemandu.

   Kaca bersepah merata - rata. Pipinya yang terluka akibat terkena kaca  tidak diendahkan. Dia perlu keluar dari sini!

   Lelaki bertopeng itu meraba - raba pintu kereta mencari pemegang pada sisi pintu untuk membuka pintu kereta. Sudahlah, memang masa begini tangan rasa berpeluh!

   Keluar sahaja dari kereta, mulut Alia ditekup oleh konco lelaki bertopeng itu. Memang kenalah dengan pepatah, 'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya'.

   Tidak semena - mena, satu tumbukan yang entah dari mana hinggap di pipi konco lelaki bertopeng itu membuatkan Alia bebas dari cengkamannya.

   Lelaki bertopeng yang melihat rakannya sudah pengsan, melungsur pada kereta Amanda dan menendang muka lelaki yang menyelamatkan Alia.

   Alia pula sudah terlopong. Macam manalah kalau si Amanda itu tahu yang kereta dia kena sentuh. Sudahlah baru lepas kena cuci. Memang naya dikejar si orang jahat itu dengan jentolak.

   Tumbukan berbalas dengan tendangan. Si lelaki bertopeng cuba menendang wajah si wira yang menyarungkan topeng putih tetapi dia tersilap langkah apabila kakinya telah ditangkap.

   Si wira menterbalikkan lelaki bertopeng itu menghempap kereta Kancil milik Amanda menyebabkan lelaki itu pengsan serta - merta. Takziah ke atas pemilik kereta tersebut.

   "Terima kasih sebab selam..." Belum sempat Alia mengucapkan apa - apa, si wira itu terus menekup mulut Alia. Udara yang disedut Alia ketika itu membuakkan rasa mengantuk yang tiba - tiba merasuki minda sehingga semuanya kelam dan hitam.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now